Monday, November 9, 2009

Sejarah Hiudup Muhammad (2) - Siaran yang ke 81

CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 –4807767 ( Rumah 05- 7163954.)
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 81


Pendahuluan.


بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.


Masalah 262.

SIRAH RASULLULLAH S.A.W. (2)


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا

تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.(Al-Ahzab(33); ayat 56)


SEJARAH HIDUP RASULULLAH SAW. (2)

Isra’ dan Mi’raj.


1.. Malam itu Muhammad sedang berada di rumah saudara sepupunya, Hindun, putri Abu Talib yang mendapat nama panggilan Ummi Hani. Ketika itu Hindun mengatakan ”Malam ini Rasulullah bermalam di rumah saya.

Selesai solat akhir malam, ia tidur dan kami pun tidur. Pada waktu sebelum fajar Rasulullah sudah membangunkan kami. Sesudah melakukan ibadat pagi bersama-sama kami, ia berkata:

”Umi Hani, saya sudah solat akhir malam bersama-sama kamu sekalian seperti yang kau lihat. Kemudian saya ke Baitul-Maqdis (Jurusalem) dan bersembahyang di sana. Sekarang saya sembahyang siang bersama-sama kamu seperti kau lihat.

Kata ku ”Rasulullah, janganlah menceritakan ini kepada orang lain. Orang akan mendustakan dan mengganggu mu lagi.” Jawabnya ”Tapi harus saya ceritakan kepada mereka”

Isra’ dengan Ruh atau dengan Jasad.? (152)

2..Orang yang mengatakan bahawa Isra’ dan Mi’raj Muhammad dengan ruh itu berpegang kepada keterangan Ummi Hani ini, dan juga kepada yang pernah dikatakan oleh Aisyah: ”Jasad Rasulullah s.a.w tidak hilang, tetapi Allah menjadikan isra’ itu dengan ruhnya.”
Sebaliknya orang yang berpendapat bahawa Isra’ dari Mekah ke Baitul Maqdis itu dengan jasad, landasannya ialah apa yang pernah dikatakan oleh Muhammad, bahawa dalam Isra’ itu ia berada di pendalaman. Sedang Mi’raj ke langit adalah dengan ruh.

Gambaran Isra’ dalam Buku-buku Sejarah Hidup Nabi.(153)

3.. Pada tengah malam yang sunyi dan hening, ketika itu Muhammad terbangun oleh kerana kedengaran suara yang memanggilnya: ”Hai orang yang sedang tidur, bangunlah !” Dan bila ia bangun, di hadapannya sudah berdiri Malaikat Jibril dengan wajah yang putih bersih dan berpakaian seperti salji, melepaslan rambutnya yang perang terhurai, dengan mengeanakan pakaian berumbikan mutiara dan emas. Dan dari sekelilingnya sayap-sayap yang beraneka warna bergerlapan. Tangannya memegang seekor hewan yang ajaib, yaitu yang dipanggil ”buraq” yang bersayap seperti sayap garuda. Hewan itu membungkuk di hadapan Muhammad, dan Baginda pun naikilah dia.

4.. Maka meluncurlah ”buraq” seperti anak panah membubung di atas pergunungan Mekah, di atas pasir-pasir sahara menuju ke utara. Dalam perjalanan itu Baginda di temani Malaikat Jibril. Lalu berhenti di gunung Sinai ditempat Tuhan berbicara dengan Nabi Musa. Kemudian berhenti lagi di Bathlehem tempat Nabi Isa dilahirkan. Sesudah itu kemudian meluncur di udara.

5.. Sementara itu ada suara-suara misterius mencoba menghentikan Nabi, orang yang begitu ikhlas menjalankan rislahnya. Ia melihat, bahawa hanya Tuhanlah yang dapat menghentikan hewan itu dimana saja dikehendaki Nya. Seterusnya mereka sampai ke Baitl-Maqdis. Muhammad mengikatkan hewan kenderaannya itu. Di pusingh-pusing kuil Sulaiman ia bersembahyang bersama-sama Ibrahim, Musa dan Isa. Kemudian dibawakan tangga, yang lalu dipancangkan di atas batu Ya’qub, Dengan tangga itu Muhammad cepat-cepat naiki ke langit.

6.. Langit pertama terbuat dari perak murni dengan bintang-bintang yang digantungkan dengan rantai-rantai emas. Tiap langit itu dijaga oleh malaikat, supaya jangan ada setan-setan yang hendak naik ke atas atau akan ada jin yang akan mendengarkan rahsia-rahsia langit. Di langit inilah Muhammad memberi hormat kepada Adam. Di tempat ini pula semua makhluk memuja dan memuji Tuhan.

7.. Pada langit keenam berikutnya Muhammad bertemu dengan Nabi Nuh, Harun, Musa, Ibrahim, Daud, Sulaiman, Idris, Yahaya dan Isa. Juga di tempat itu ia melihat Malaikat Maut Izrail, yang terlalu besar. Dan kereana kekuasan-Nya maka yang berada dibawah perintahnya adalah seratus ribu kelompok. Ia sedang mencatat nama-nama yang lahir dan mereka yang mati, dalam sebuah buku besar. Ia melihat juga Malaikat Air Mata, yang menangis kerana dosa-dosa orang. Malaikat Dendam yang berwajah tembaga yang menguasai anasir api dan sedang duduk di atas singgahsana dari nyala api. Dan dilihatnya ada Malaikat yang besar luar biasa, separuh dari api dan separuh dari salji, dikelilingi oleh Malaikat-malaikat yang merupakan kelompok yang tiada hentinya menyebut-nyebut nama Tuhan. ”O Tuhan, Engkau telah menyatukan salji dengan api, telah menyatukan semua hamba-Mu sedia menurut ketentuan-Mu.”


8.. Langit ketujuh adalah tempat orang-orang yang adil, dengan Malaikat yang lebih besar. Mereka semua memuja dan memuji Tuhan. Sementara ia sedang merenuangkan makhluk-makhluk ajaib itu, tiba-tiba ia dibawa lagi sampai di Sidratul-Muntaha yang terletak di sebelah kanan ’Arsy, menaungi berjuta-juta ruh Malaikat. Sesudah melangkah tidak sampai sekejap mata pun ia sudah menyeberangi lautan-lautan yang begitu luas dan daerah-daerah cahaya yang terang-benderang lalu bahagian yang gelap-gelita. Kemudian ia sudah berada di hadapan ’Arsy, sudah dekat sekali. Ia sudah merasa seolah-olah melihat Tuhan dengan persepinya, yang tidak dapat dilukiskan dengan mata, diluar jangkaan otak manusia akan dapat menagkapnya..Maha Agung Tuhan berbicara dengannya.


9..Sesudah berbicara.....Tuhan memerintahkan hamba-Nya itu supaya setiap Muslim setiap hari sembahyang lima puluh kali. Begitu Muhammad pun kembali turun dari langit itu, ia bertemu dengan Nabi Musa, dan Musa berkata kepadanya. ”Bagaimanakah kau harapkan pengikut mu akan dapat melakukan solat lima puluh kali setiap hari.? Sebelum ini engkau tahu aku sudah punya pengalaman, sudah ku coba terhadap umat-umatku, tidak dapat yang melakukan. Percayalah dan kembalilah kepada Tuhan, minta supaya di kurangkan jumlah sembahyang itu.”


10..Muhammad pun kembali. Jumlah sembahyang juga dikurangkan menjadi empat puluh kali sehari. Tetapi Musa meanggap itu masih di luar kemampuan umat mu. Disuruhnya lagi Nabi Muhammad itu berkali-kali kembali kepada Tuhan memohn shingga berakhir dengan ketentuan yang lima waktu, yang mana Muhammad terasa malu untuk memohon bagi mengurangi lagi arahan Tuhan itu, maka berkekalalanlah sehingga hari ini wajib Muslim menunaikan sembahyang sebanyak lima waktu setiap hari.


11.. Sekarang Jibril membawa Nabi mengunjungi syurga yang sudah disediakan sesudah hari kebangkitan, bagi mereka yang sudah teguh iman. Kemudian Muhammad menemui wanita-wanita yang membakar tubuhnya.

Bertanya Rasulullah kepada Jibril:

“Apakah dosa kaum ini terdiri daripada wanita sahaja Ya…Jibril ?
Jibril menjawab:

“Maha Pemurah Allah s.w.t. menciptakan kecantikan kepadanya (wanita) baik rupa parasnya mahupun bentuk tubuhnya, lalu dibangga-banggakannya dengan menelanjangi dalam berpakaianh (tidak menutup aurat). Api neraka amat merindui untuk membakar tubuh wanita-wanita sedemikian. Sekarang lihatlah betapa gelojohnya api neraka memamah tubuh wanita itu.”


12..Kemudian Nabi dipertunjukkan satu golongan orang yang bermoncong seperti moncong unta, tangan mereka memegang segumpal api seperti batu-bata, lalu dilemparkan ke dalam mulut mereka dan keluar dari dubur. Nabi bertanya Jibril. ”Siapakah mereka itu. Jibrail menjawab ” Mereka itu yang memakan harta anak-anak yatim secara tidak sah. Kemudian Nabi melihat orang-orang dengan perut yang belum pernah dilihat dengan cara keluarga Fir’aun menyeberangi mereka seperti unta yang kena penyakit dalam kepalanya, ketika dibawa ke dalam api. Nabi bertanya ”Siapakah mereka wahai Jibril”. ”Mereka itu tukang-tukang memakan riba” Jawab Jibril. (154)


13.. Kemudian Nabi dipertunjukkan orang-orang yang ada daging di hadapan mereka yang baik dan sedap di makan di samping terdapat daging-daging yang kotor dan berbau busuk serta berulat-ulat, tetapi mereka tidak memakannya yang baik dan sedap itu, dan mereka berebut-berebut memakan daging yang kotor dan busuk serta berulat-ulat itu. Nabi bertanya Jibril mengapakah mereka berbuat begitu. Jawab Jibril: ”Mereka itu orang-orang yang meninggalkan wanita-wanita yang dihalalkan Tuhan dan mencari wanita-wanit yang diharamkan iaitu melakukan zina dengan perempuan-perempuan lacur. Mereka menaburkan benihnya (mani) ke tempat yang haram (bukan isterinya) tidak kepada yang halal (isteri yang sah). Sedangkan benihnya itu didatangi ke dalam tubuh melalui berbagai proses hingga terjadi pati segala pati membolehkan membebtuk jasad manusia dengan izin Allah.”(155).

14...Kemudian Nabi dipertunjukkan manusia dipersiksa dengan kelakuan mengoyak-ngoyakan kulit dibadan dan perutnya sendiri serta merasakan kesakitan, manakala kulit dan isi perutnya yang di koyak itu tumbuh kembali, lalu dikoyakkan lagi dan begitulah seterusnya azab yang ditangguanag oleh kumpulan itu buat selama-lamanya. Nabi bertanya kepada Jibril: ”Apakah k Jibril kesalahan kaum ini wahai Jibril;?
Jibril menjawab:” Semasa hidup di dunia dulu hatinya terlalu kotor dan busuk, menyuburkan hasad dengki dan berdendam hingga merosakkam hubungan sesama Islam dan keluargamya, lalu sekarang dia merasa kesal hingga mencabut hatinya bersama isi perutnya, tetapi Allah menumbuhkan kembali seperti sediakala, dikoyakkannya lagi untuk membuangt hati dan isi perutnya yang kotor itu, Allah tumbuhkan lagi, itulah kerjanya selama-lamanya di dalam neraka jahanam.” (48)


15.. Kemudian Nabi dipertunjukkan lagi di mana satu kaum sedang tubuhnya dibakar oleh api neraka, perutnya pula semakin membesar dengan berkeadaan luka akibat digigitt oleh binatang yang berbisa dari luar dan dalam perutnya. Nabi bertanya Jibril mengapah mereka berbuat begitu yan Jilbil.” Jibril menjawab: ”Wahai Rasul kekasih Allah. Lihatlah kaum itu dari umatmu yang menyukai menumbuhkan dagingnya dan mengalirkan darahnya dari hasil makanan yang haram, di neraka ini dan Allah tumbuhkan lagi perutnya membesar jadi makanan binatanag-binatang yang berbisa pula.” (46)


16...Nabi dipertontokan lagi di mana satu kumpolan orang-orang yang memecahkankepala dengan batu api neraka hingga kepala mereka pecah mengeluarkan isi otak. Kepala yang precah itu kembali menjadi sedia kala, lalu dipecahkan lagi. Begitulah seterusnya sentiasa berlaku pada mereka itu. Nabi bertanya kepada Jibril: ”Mengapakah mereka itu berbuat demikian.? Jibril menjawab:” Kau dengar apa kata kaum yang sedang memukul kepalanya sendiri wahai Rasul: ” ”Jeritan sakitnya...Bodoh aku....keluatr-keluar kau otak dalam kepala ku, kerana kamu tidak digunakan untuk sujud (sembahyang) kepada Yang Menciptakan aku (Allah ).” (44)


17.. Kemudian Nabi di pertontonkan lagi di mana satu kaum itu dipotong lidahhya dan tumbuh kembali, dan dipotong lagi lalu tumbuh kembali seperti sedia kala. Nabi bertanya kepada Jibril: ”Wahai Jibril: ”Mengapakah kaum itu berbuat demikkian.” Jawab Jibril: ” Mereka itu diberi balasan semasa hidup di dunia dulu menggunakan lidahnya mendustakan ayat-ayat Allah (al-Quran), berdusta, suka menabur janji yang tidak diukur dengan kemampuan diri, untuk mendapatkan sesuatu yang dia harapkan dan mencari keuntungan dengan muggunakan fasih bercakap dari lidahnya berbohong membuatkan orang percaya.” (42)


18.. Kemudian Nabi dipertontonkan lagi di mana api neraka dengan maraknya membakar tubuh wanita-wanita dalam kumpulan itu. Nabi bertanya Jibril. ”Mengapakan wanita-wanita itu tubuhnya di jamah api dengan maraknya wahai Jibril.” Jibril menjawab. ”Wahai Rasul kekasih Allah: ”Maha Pemurah Allah s.w.t. menciptakan kecantikan kepadanya, baik rupa parasnya mahupun bentuk tubuhnya, lalu mereka membangga-banggakannya dengan menelanjang dalam pakaian (tidak menutup aurat), tidak memelihara kemalauannya, menampakkan perhiasan dadanya, rambutnya, menggelegar tangan mereka agar menampakkan perhiasannya dan memukulkan kaki agar menampakkan perhisan di kaki. Sekarang lihatlah betapa gelojohnya api neraka memaham tubuh wanita-wanita itu.” (54)

Muhammad kembali ke bumi.

19..Sekarang Jibril membawa Nabi mengunjungi syurga yang sudah disediakan sesudah hari kebangkitgan, bagi mereka yang teguh iman. Kemudian Muhammad kembali dengan tangga itu ke bumi. ”Buraq” pun dilepaskan. Lalu ia kembnali dari Baitl-maqdis ke Mekah menaiki hewan bersayap itu.

Isara’ dan Mi’raj dengan ruh.

Iasra’ dengan ruh dalam pengertiannya adalah seperti Isra’ dan Mi’raj juga yang semuanya dengan ruh. Ini adalah begitu luhur, begitu indah dan agung. Ia merupakan suatu gambaran yang kuat sekali dalam arti kesatuan rohani sejak dari yang azli sampai pada akhir abadi. Ilmu pengetahuan pada masa kita sekarang ini mengakui Isra’ dengan ruh dan mengakui pula Mi’raj dengan ruh. Apabila tenaga-tenaga yang bersih itu bertemu, maka sinar yang benar pun akan memancar. Dalam bentuk tertentu sama pula halnya dengan tenaga-tenaga alam ini, yang telah membukakan jalan kepada Marconi ketika ia menemukan suatu arus litrik tertentu dari kapalnya yang saedang berlabuh di Vednesia. Dengan suatu kekuatan gelombang eter arus litrik itu telah dapat menerangi kota Sydney di Australi.



Sekian dahulu buat sementara waktu ini yang membicarakan secara ringkas sejarah hidup Rasulullah s.a.w., dan penulis akan menyambung lagi bab ini dalam sedikit masa nanti. Insya Allah.....!


(Rujukan: Kitab Sejarah Hidup Muhammad cetakan yang Ke 18, oleh Dr. Muhamad Husain Haekal, terjemahan Ali Audah, terbitan P.T.Pustaka Litero Antan Nusa Bogor Baru, Jakarta, Indonresia tahun 1995).





---------------------oooooooooooooooo------------------------

No comments:

Post a Comment