Monday, November 16, 2009

Amar Makruf dan Nahi Munkar - Siaran 90


CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 –4807767 ( Rumah 05- 7163954.)
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 90


Air yang bersih tak usah dikotorkan dengan membuang sampah sarap,
maka semua manusia yang akan menanggung ksusahan.

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه




Amar Makruf Dan Nahi Munkar.


Pendahuluan.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا


تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56)


Kemunkaran Yang Sering Berlaku.


1.. Kemunkaran yang berlaku di pasar-pasar dan dikedai-kedai ialah berkata dengan dusta semata-mata kerana mencari keuntungan yang lebih seperti menutup keburukan atau kecacatan barang-barang yang dijual. Barang siapa yang berkata kepada pembeli bahawa saya beli barang ini dengan harga $20.00 ringgit dan mendapat untung sedikit sahaja, tetapi sebenarnya untung banyak, katanya lagi barang ini amat baik sekali, tetapi ia belum tahu sama ada baik atau tidak, maka ia terjatuh dalam golongan orang yang berdusta dan menjadi seorang yang pasik.


2.. Termasuk juga yang berlaku di pasar-pasar dan di kedai-kedai ialah pengurangan timbangan atau sukatan barang-barang yang dijualnya. Ia terjatuh dalam kalangan orang-orang yang melakukan dosa kerana penipuan.


3.. Begitu jug terdapat peniaga-peniaga atau tuan punya restoran yang meletakkan barangan atau kerusi meja mereka untuk mendapatkan jualan pendapatan yang lebih, sehingga menjadi kesusahan kepada orang ramai dan perbuatan demikian ia menanggung dosa kerana menyusahkan orang lain.


4..Kemungkaran yang terdapat dijalan raya ialah melonggok barangan sehingga melebihi hadnya yang menyebabkan kesusahan kepda orang yang lain melalui disitu. Kerana itu juga boleh menjadi kemalangan kepada manusia yang lain.

5.. Kemungkaran yang sering berlaku apabila seseorang itu membuang sampah sarap di tempat-tempat yang yang tidak dibenarkan, seperti di tempat orang lalu lalang, membaling barangan dari rumah flat ke bawah yang menyebabkan terkena orang lain dan boleh jadi tercedera pada orang di bawah itu, membuang sampah sarap atau bangkai-bangkai binatang ke dalam sungai yang menyebabkan air itu kotor dan bahaya di minum dan digunakan. Perbuatan ini hendaklah dicegah, dan jika ada orang yang tahu tetapi dia mendiamkan diri maka dia juga mendapat dosa sama kerana bersyubhat.


5.. Terdapat banyak orang yang menyiarkan gambar-gambar mereka di Blog Internet ini semasa sesatu acara seperti persandingan semasa berkahwin, gambar rumah-rumah cantik mereka, kerera-kereta mewah mereka, gadis-gadis kenalan mereka dan sebagai lagi, semuanya itu adalah tergolong dalam perbuatan ”riak” yang amat di murkai Allah. Firman Allah s.w.t.:-


فَوَيْلٌ لـِلـْمُصَلـِّيْنَ. الـَّذِيْنَ هُمْ عَنْ صَلَا تِهِمْ سَاهُوْنَ.

الـَّذِيْنَ هُمْ يُرَاءُوْنَ. (الماعون 4-6)

“Maka celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang, yang sentiasa lalai kepada sembahyangnya, mereka yang mengerjakan kebaikan meminta di
lihat orang. (Al-Maun: ayat 4 - 6).


6..Terdapat kemunkaran yang berlaku di tempat-tempat mandi, ialah membuka aurat dan melihat kepadanya. Berlaku juga ada hambanya yang menolong menggosok badannya sehingga kepada kemaluannya; perbuatan ini adalah haram dari segi syariat. Elakkanlah berbuat demikkian.


7.. Kemunkaran juga berlaku kepada mereka yang kaya raya dan mempunyai banyak harta dan wang, tetapi sangat bakhil untuk membelanjakan bagi membantu yang miskin dan yang daif. Mereka ini amat tamak mengumpul wang dan harta. Perkara ini amat susah hendak dibetulkan atau diberi nasihat kepada yang berkenaan. Satu cara yang berkesan yang biasa dilakukan ialah pihak Jawatankuasa Masjid menjemput seorang Pensyarah dari kalangan Ulama’ dan diminta ianya meberi ceramah secara terperinci dosa-dosa menjadi orang bakhil, dengan cara tersebut dapat menerap dalam hati mereka yang berkenaan dengan beroleh keinsafan.

Kesimpulan.

Sebagaimana yang ditegaskan di atas maka setiap orang muslim adalah mempunyai tanggung jawab untuk mengambil iktibar di atas perlakuan kemungkaran yang biasa di lakukannya dan hendaklah di rentkan segera. Begitu juga mereka mempunyai hak untuk mengambil tindakan untuk bagi menghalang berlaku seterusnya perbuatan kemunkaran itu hendaklah melaksanakan tugsnya dengan gigih dan tegas sekali.

Sekian penyiaran Blog mengenai ”Amar Makruf dan Nahi Munkar” ini, semoga dengan tulisan ini dapat memberi cahaya baharu memulihkan perlakuan tersebut. Insya Allah....!

Wassala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh.

(Rujukan –” Kitab Bimbingan Mukminan” muka surat 384).





-------------------oooooooooooo---------------------------

No comments:

Post a Comment