Friday, November 27, 2009

Ibadat Qurban




CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 111.
.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Firman Allah s.w.t:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)
إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ
وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)

(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.
Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan
segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.


IBADAT QURBAN

Tujuan Qurban.

Qurban dilakukan semata-mata kerana Allah pada hari Raya Haji dan hari-hari Tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

Hukumnya.

Ada ulama' mengatakan sunat dan ada pula yang mengatakan wajib.

Binatang-binatang yang sah diqurbankan.

1. Kambing biri-biri yang berusia satu tahun lebih.

2. Kambing biasa yang berusia dua tahun lebih.

3. Unta yang berusaia lima tahun lebih.

4. Lembu atau kerbau berusia dua tahun lebih.

5. Binatang yang buta, sakit, kurap dan yang kurus tidak
sah dijadikan qurban.

Sunat-sunat ketika sembelih.

1. Membaca Bismillah: بسم الله الرحمن الرحيم

2. Membaca selawat Nabi : اللهم صلى على سيدنا محمد

3. Membaca takbir.

4. Berdoa agar Allah menerima ibadat qurban itu.

5. Binatang yang disembelih itu dihadapkan ke kiblat.

Hukum daging qurban.

1. Qurban Nazar.

Apabila seseorang itu bernazar untuk melakukan qurban maka wajiblah
ke atasnya melakukannya. Dagingnya wajiblah disedekahkan semuanya.
Ia tidak boleh makan dan menjualnya.

2. Qurban sunat.

Daging qurban sunat boleh dimakannya dan disedekahkan.
Daging qurban tidak boleh dijual.


Sekianlah dahulu secara ringkas untuk bab ini.

Wassala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh...!


------------oooooooooo-------------

No comments:

Post a Comment