Sunday, November 29, 2009

Khasiat Zikrullah - Siaran 114


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 114

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Firman Allah s.w.t:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

-----------------------------------

ZIKRULLAH –MENGINGATI ALLAH.

Perhubungan mrsra antara Ahli Sufi dengan Allah ternyata seperti tersebut dalam ayat al-Quran, Al-Baqarah ayat 152 :-


فَاذْ كـُرُونِىْ أ َذْكـُرْكـُمْ وَاشْكـُرُوالِى وَلَاتَكـْفـُرُونِ.
( البقرة 152)


Bermaksud: “Maka Ingatlah kamu kepada Ku, nescaya Aku ingat kepadamu dan berterima kadihlah krpadaKu danjanganlah kamu menyangkal (nikmatKu). (Al-Baqarah ayat 152).”

Perhubungan yang rapat dan erat ini membawa kepada penyerahan diri seluruhnya kepada Allah hinggakan diri sendiri terasa tidak ada lagi. Seluruh diri hanya seperti boneka yang digerakkan oleh Allah. Semuanya kerana Allah semata-mata. Orang Sufi mengagung dan menyerahkan durinya kepada Allah hingga ke taraf perasaan bahawa Allah sahaja yang di pandangnya . Inilah yang mereka namakan zikrullah. Zikrullah ini sangat besar faedah dan hasilnya. Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran Yang Mulia:-

وَاذْكـُرْ رَّبَّكَ كـَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالـْعَشِىِّ وَالْإِبْكـَرِ(41)

Beemaksud: “Sebutlah nama Tuhanmu sebanyak-banyak serta bertasbihlah pada waktu petang dan pagi.” (Surah Al-Imran, ayat 41)

فَإِذَاقَضَيْتُمُ ا لصَّلـَوةَ فَاذْكـُرُواللهَ قِيَمًا وَقـُعُودًا

وَعَلىَ جُنـُوبـِكـُمْ ج. (103)

”Apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah pada waktu berdiri, duduk dan berbarinag. (Surah An Nisa’ ayat 103)

اِنَّنِىْ أ َنَا اللهُ لَا إِلـَهَ إِلا َّاّنَا فَاعْبُدْ نِىْ وَأَقِمِ الصَّلـَوةَ

لِذِكـْرِىْ. (طـَـــهَ, اية 14)

“Sesungguhnya Akulah Allah, tidak ada Tuhan kecuali Aku, sebab itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku.”
(Surah Tohaa, ayat 14).

“Sesungguhnya mengiungati Allah itu adfalah lebih besar” (Surah al-Ankabut ayat 45)



“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama ) Allah, zikir yang sebanhyak-banyaknya” (Surah Al-Ahzab. ayat 41)

Ada banyak lagi ayat dalam al_Quran yang menunjukkan ketingghian dan kemuliaan Zikrullah ini. Mungkin ada orang meannggap zikir ini hanya ingat kepada ASllah atau nama-nama Nya seperti ibngatan yabg biasa sahaja. Setelah ayat-ayat tentang ingatabn (zikrullah) itu bturun, orangbertanya kerpada Nabi Muhammads.a.w. dan meminbta penjelasan tentang istilah zikir ini. Adalah dilaporkan dalamhadis bahawa Nabisa.a.w. pernah bersabda. ) الله لَا إِلـَهَ " ( la illaha illa " itu kalimat yang paling baik untu k zikrullah.”


Pendek kata tidak ada yang paling agung pada pandangan Allah selain zikrullah. Maha Suci Allah, la ilaha Illah. ) الله لَا إِلـَهَ).
Sesiapa pun boleh mengenang Allah (zikrullah) dengan fikiran atau lisan pada bila-bila masa. Tetapi adalah lebaik beramai-ramai duduk membentuk satu bulatan dan berzikir selepas sahaja menunaikan solat sama ada solat Maghrib, Isyak mahuun Subuh. Tidak mengapa seseorang itu membuat amalan zikrullah itu secara sederhana sahaja seorang diri, tetapi hendaklah secara berterusan dari sedikit-sedikit, pada waktu selepas Subuh dan kemudiannya selepas Maghrib dan Isyak.


Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan tentang apa yang terjadi dalam majlis zikrullah. Nabi bersabda bahawa sekumpulan malaikat diberi tugas khusus oleh Allah s.w.t. membuat rondaan di muka bumi ini untuk melihat orang yang berzikir itu. Apabila malaikat itu berjumpa dengan jemaah orang berzikir itu, malaikat itu berasa sukacita, lalu memenggil lebih banyak lagi malaikat masuk dalam kumpulan itu. Apabila majlis zikir itu tamat, malaikat itu pun kembali ke langit lalu melaporkan kepada Allah s.w.t. bahawa mereka kembali dari majlis zikir yang mengagung dan memuji Allah.


Kemudian Allah s.w..t berfirman keapada malaikat bahawa Ia telaah mengampunkan semua dosa mereka yang berzikrullah itu, termasuk juga ada seorang yang tidak berzikir tetapi menyertai kumpulan itu, Allah juga mengampunkan dia kerana sudi bersama-sama mereka.


Antara khasiat zikrullah itu ialah :-

1. Menghalau tenaga-tenaga jahat dan mengelakkannya.
2. Mendapat keredaan Allah dan mengampun dosa.
3. Memurahkan rezeki.
4. Membuat peribadi mulia dan agung.
5. Memcapaia taraf kehampiran dengan Allah.
6. Menghidup dan menyedarkan hati.
7. Menghilangkan kesilapan dan kecacatan.
8. Memelihara percakapan daripada mengumpat dan mengeji.
9. Menyembuhkan penyakit hati
10. Membuang ketakutan dan dukacita dalam hati.
11. Menghindarkan sifat-sifat munafik.
12. Allah akan mengkabulkan segala hajat.


Ada satu penjuru dalam hati yang tidak dapat dibuka kecuali dengan zikrullah. Dalam penjuru itu kuasa Ketuhanan berada. Zikrullah adalah satu alat yang penting dalam semua amalan tareqat Kesufian. Apabila seseorang sampai dalam peringkat perlakuan zikrullah yang ikhlas dan luhur, maka sampailah ia ke tahap di mana ilmu yang diperolehi daripada buku atau kitab tidak perlu lagi. Jika keadaan berzikir ini berkembang subur terus menerus, zikir ini membawa seseorang, dengan izin Allah, ke peringjkat yang paling tinggi dalam evolusi kemanusiaan, dan ia akan mencapai kuncia sumber mukjizat.



أ َشْهَدُ أ َنْ لآ إ ِلـَـهَ أِ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ

لـَهُ ,وَأ َشْهَدُ أ َنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولـُهُ.

اَللـَّهُمَّ اجْعَلـْنِى مِنَ التَّوَّبِيْنَ وَاجْعَلـْنِى مِنَ

الـْمُطَهِّرِيْنَ وَالجْعَلـْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ

الصَّالِحِينَ.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah tiada sekutu bagi Nya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu hamba Nya, Ya Allah jadikan aku daripada orang yang bertaubat dan jadikanlah aku daripada orang yang suci dan jadikanlah aku daripada hamba-hamba Engkau yang soleh.


Sekian dahulu dalam bab ini, semoga anda mendapat manfaat darinya.

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!

(Rujukan Kitab Ilmu Perubatan Kesufian, m.s. 147)


-------------ooooooooooooooo-------------

No comments:

Post a Comment