Wednesday, November 18, 2009

Jauhkan Tujuh Perkara Kemunkaran - Siaran 94


CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 –4807767 ( Rumah 05- 7163954.)
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 94
.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه



Pendahuluan.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا

تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56).

Jauhkan Tujuh Perkara Kemunkaran - Siaran 94.


Sabda Rasulullah s.a.w.”

قال عليه الصلاة والسلام.

إ ِجْتَنِبُو السَّبْعَ الـْمَوْبِقَاتِ. قَالـُوْا وَمَا هُنَّ يَا رَسُوْلُ اللهِ .؟ قَالَ :

الشِّرْكُ بِاللهِ, وَالسَّحْرُ, وَقـَتْلُ النَّفْسِ الـَّتِىْ حَرَّمَ اللهُ بِالـْحَقِّ, وَا َكْلُ الرِّبَا, وَأ َكْلُ مَالِ الـْيَتِيْمِ.

وَالتـَّوَلـِّى يَوْمَ الزَّحْفِ. وَقـَذْ فُ الـْمُحْصَنَاتِ الـْغَافِلَاتِ. (رواح مسلم).

Maksudnya:

”Jauhkan oleh kamu akan tujuh perkara yang membinasakan. Kata sahabat.: Apa dia perkara itu ya Rasulullah ? Sabdanya “Menyengutukan Allah, dan berbuat sehear, dan membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sebenarnya, dan makan wang bunga, dan makan harta anak yatim, dan berpaling lari pada hari perang sivil, dan menuduh zina akan perempuan-perempuan yang lalai.”

Ulasan.

Bahawa tujuh perkara yang disebut di dalam hadis ini setengah daripada perkara yang membawakan kepada dosa besar, dan yang terlebih besarnya ialah syirik atau menyengutukan Tuhan. Maka Nabi s.a.w. mengingatkan supaya menjauhkan diri daripadanya, moga-moga terpelihara daraipada kebinasaannya.

Pada hari ini ada sesetengah manusia yang masih belum sedar lagi tentang dosa makan harta anak yatim iaitu apabila mereka membuat kempen mengutip derma untuk keperluan anak-anak yatim, dengan sengaja mereka menyeleweng wang derma tersebut untuk kepentingan diri mereka sendiri, hanya tidak sampai setengah dari derma-derma tersebut sampai kepada badan kebajikan anak-anak yatim sebagaimana pihak penderma yang bertujuan memberi derma tersebut.

Ingtalah dosa tersebut akan dibalasi oleh Allah s.w.t. bukan sahaja diakhirat nanti tetapi juga di dunia ini akan berlaku. Oleh itu ingatlah dan bertaubatlah sebelum terlambat...!

Sekian dahulu dengan diucapkan”-

Wassala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh...!


Rujukan: Kitab Suluh Agama ,m.s. 232)



--------------------oooooooooooooooo-------------

No comments:

Post a Comment