Thursday, November 26, 2009

Mengenal Diri Melalui Rasa Hati - Siaran 110






CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 109.
.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Firman Allah s.w.t:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.


وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)

إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ

وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)


(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran

Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.


MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI.


Islam yang Allah redhakan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruhNya Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin.

Syariat lahir disebut syariat. Syariat batin diserbut hakikat. Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan kombninasi dari paduan antara jasad lahir dan jasad batin.

Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang menggerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengertahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita, masing-masing (yang lebih dikenal sebagai roh).

Allah s.w.t. menetapkan bahawa syariat lahir adalah untuk diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin untuk di amalkan oleh jasad batin (roh).

Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa di semua waktu dan keadaan.

Kalau kita mengasingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar, sebab Islam memandang syariat itu sebagai kulit. Manakala hakikat itu ialah intipati atau Allubbu.

Kedua-duanya sama penting dan saling perlu memerlukan ibarat kulit dan isi pada buah-buahan. Kedua-duanya mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri. Tanpa kulit isi tidak selamat malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa-apa. Sebab manusia memakan buah bukan pada kulit tetapi isinya.

Begitu juga hubungan antara syariat dan hakikat. Kedua-duanya mesti diterima dan diamalkan serentak. Kedua-duanya saling isi mengisi dan perlu
memerlukan, Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

”Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi), itu tidak membawa erti apa-apa di sisi Allah. Allah tidak melihat lahitr (rupa dan harta) kamu tetapi melihat hati dan amalan kamu.”

Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit) maka tiada jaminan keselamatan oleh Sllah s.w.t.. Hakikjat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperolehi apa-apa langsung hatta Idslam kita akan rosak tanpa sedar. Berkata Imam Malik r.a.

من تفقه ولم يتصوف فهو فاسق.

ومن تصوف ولم يتفقه فهو زندي.


Ertinya: :Barangsiapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barangsiapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka ia adalah kafir zindiq.”

Ertinya kita mesti mengamalkan kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasiq. Dan kalu kita berhakikat sahaja tanpa kawalan oleh syariat, maka hakikat kita akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindiq (kafir tanpa sedar).

Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan ada keduanya, hakikatlah yang lebih utama. Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

“Allah tidak memandang lahir (rupa dan harta) kamu tetapi memandang hati dan amalan kamu”
(H.R. sahih Bukhari dan Muslim).

Bukanlah syariat itu tidak dituntut bahkan syariat juga adalah hukum-hukum yang fardhu yang wajib diamalkan oleh semua umat Islam. Cuma dalam keadaan keduanya (syriat dan hakikat) itu sama-sama diamalkan. Allah memberi keutamaan pada amalan kulit dan isi buah (walaupun sama pentingnya) tetapi manusia memberi keutamaan pada isi sebab ia boleh dimakan.

Begitu peranan hakikat amenjadi penentu kepada berakhlak tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia. Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampir dengan Allah, sentiasa merasakan kebesaran Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorang zahid yang dapat mengorbankan dunianya untuk Tuhannya.

Seorang zahid juga seorang yang mampu mengasihi semua manusia, bersedia untuk susah untuk manusia dan yang bakal menyelamatkan manusia dari tipuan dunia, nafsu dan syaitan. Sebaliknya orang yang lemah dalam amalan batin adalah orang yang jauh (terpisah) hatinya dengan Allah (tidak takut dengan Allah, tidak malu, tidak harap, tidak cinta Allah, tidak redha dan tidak sabar), kurang beradab dengan Allah (penuh hasad, sombong, bakhil, dendam, dan pemarah) dan seorang pencinta dunia yang bekerja keras untuk dunianya.
Orang begini selalu dibelenggu oleh kecintaannya itu hingga menjadikan dia takut untuk berjuang dan berjihad untuk agama Allah dan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Orang yang tidak berhakikat (sekalipun sembahyangnya banyak, puasa, baca Quran dan gigih berjuang) adalah orang yang kurang berakhlak dengan Allah dan kurang berakhlak dengan manusia. Kekurangan pada amalan batin inilah yang menjadikan orang-orang yang tidak berakhlak itu selalunya mati dalam dosa yang tidak sedar. Mungkin dosa kerana buruk sangka dengan Allah, putus asa, tidak redha dengan takdir Allah dan dosa kerana merasakan amalan lahirnyalah yang bakal menyelamatkannya dari neraka Allah.

Rasa riak,ujub atau rasa diri bersih itu adalah dosa batin yang tiada siapa yang nampal walaupun yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya kevuali oranbgyang mempunyai basiurah (pandangan tembus) sahaja yang boleh mengesannya.

Nanti di akhirat bila Allah dedahkan kesalahan (dosa dosa batin) baru dia terkejut tersentak. Ulama’ tasawuf berkata :

”Bialah sedikit amalan beserta takut pada Allah itu lerbih baik daripada banyak amalan tetapi tiada rasa takut dengan Allah. Lebih baik orang yang sentiasa merasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa tenang dengan amalan itu.”

Firman Allah s.w.t. :-

يَوْم َلآ يَنفَعُ مِالٌ وَلآبِنُونَ . إِلا َّ مَنْ أَتىَ للهَ بِقـَلـْبِ سَلِيمٍ.


“Hari kiamat ialah hari di mana harta dan anak-anak tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah dengan membawa hati yang selamat sejahtera.” (Asy-Syuaraa, ayat 88-89)

Hati yang selamat sejahtera ialah hati yang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah s.w.t.. Hati yang sentiasa merasa sihat dalam sakit, kaya dalam miskin, ramai dalam kesaorangan, lapang dalam kesempitan dan terhibur dengan apa sahaja ujian kerana dia bersikap redha dengan apa sahaja pemberian Tuhannya.

Untuk memperolehi hati yang bergini, kita misti bersungguh-sungguh melawan hawa bafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin (syariat dan hakikat). Kedua-duanya akan saling kawal mengawal untuk mengangkat kita ke taraf taqwa. Syariat dan hakikat mendidik dan memimpin kita menjadi seorang insan yang kamil yang mampu memenuhi keinginan dan keperluan fitrah semulajadi manusia secar suci lagi mulia.

Orang beginilah yang Allah maksudkan sebagai golongan as-saddiqin atau golongan al-ariffin. Sifat mereka Allah senaraikan dalam surah Al-Furqan ayat 63. :-

وَعِبَادَالرَّحْمَنِ الـَّذِينَ يَمْشُونَ عَلىَ الْا َرْضِ هَوْ نـًا

وَإِذَا خَا طَبَهُمُ الْجَهِلـُونَ قـَالـُوا سَلـَمًا.


“Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan diatas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mnereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan.” ……(bersambung)

Sekian dahulu dalam bab ini dan penulis akan menyambung lagi dalam masa yang terdekat. Sehingga itu diucapkan:

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh….!


--------------------------oooooooooooooooooo-------------------------------

No comments:

Post a Comment