Monday, January 31, 2011

Bekerjasama amalanyang baik


Jauhkanlah Amalan Riak - Siaran 353





Daripada:

Hj.Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Atau – hjchedan@yahoo.com
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


JAUHKANLAH AMALAN RIAK – SIARAN KE 353


Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali lagi menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian.

JAUHKANLAH AMALAN RIAK – SIARAN KE 19
1.. Apakah itu Riak ?

Dari segi agama bererti Memikat Hati Orang Ramai Dengan Menampakkan Berbagai-bagai Amalan Baik. Dilakukan semata-mata untuk ingin megah, ingin pangkat dan kedudukan tinggi.

Maksud Riak - Perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan tipudaya orang ramai, kerana mereka itu tentu menyangka ikhlas dan betul.

Jika orang beribadat pada Allah tetapi hatinya ia mengharapkan sesuatu balasan makhluk maka dia seolah-olah mengejek Allah s.w.t. sebab ibadat itu tidak ditujukan pada Allah.

2. Asal-Usul Riak –

a. Mencintai pangkat dan kedudukan.
b. Amat suka ia dipuji orang
c. Elakan dari orang keji dianya.
d. Tamakkan hak orang lain.
e. Perasaan bangga diri dan dengki.
f. Terlalu mementingkan kebendaan.

Bahagian Riak.
3.. Amalan Riak mengandungi ”Riak Tubuh Badan”.
Seperti seorang itu sengaja memberikan tanda atau bekassujud di dahi supaya ia bermegah yangia seorang yang kuat beribadat sembahyang.
Juga seperti menghiaskan kecantikan rambutnya dengan berbagai fesyen untuk memegahkan dirinya sebagai seorang yang segak.

4..Riak Dengan Pakaian.

Seseorang itu berlagak dengan pakaian sebagai seorang ’alim dan ia
merasa riak dirinya sebagai seorang ulamak besar. Ada juga orang
sentiasa memakai pakaian yang berjenama bagi menunjukkan ianya
seorang yang kaya raya.

5..Riak Dengan Ucapan.

Apabila dia bercakap yang dia lebih tahu dari orang lain, dia sentiasa
bermegah-megah dengan percakapannya ataupun dia sentiasa berbangga
dengan dirinya dari orang lain. Dia memang suka berdebat dan sentiasa
hendak menanagkan dirinya selalu. Dia selalu bercakap sombong yang
dianya hebat, orang berada, orang bijak segala-galanya. Dia sentiasa
memuji dirinya yang dia itu lebih baik dari orang lain. Dia selalu mengatakan ”Jika tiada dia misti tidak akan berjaya, dan kerana dialah perkara itu jadi berjaya”

6..Riak Dengan Perbuatan.

Apabila dia bersembahyabg di masjid terdapat banyak orang yang
melihatnya dia akan melakukannya dengan begitu tertiab bagi
menunjukkan yang dia amatlah tertib bersembahyang.
Dia selalu bermegah dengan kekayaan wang ringgitnya. Apabila ada
orang memujinya dia akan memberi menderma dengan banyak dan
mahu namanya ditulis dengan terang supaya orang dapat tahu yang
dialah yang nenderma. Dia amat bermegah-megah dengan kebendaan
seperti memakai jam tangan yang berharga, mahu memiliki kereta besar
membesarkan rumahnya supaya dia boleh bermegah dengan orang lain.


7.. Riak Denganhal-hal Luar Diri.

Seseorang itu sentiasa bermegah-megah dengan adanya banyak sahabat
yang berpangkat besar, yang kaya raya atau yang ternama. Dia amat
berbangga apabila ada orang-orang besar itu melawat rumahnya dia akan
berbelanja kepada mereka itu. Dia juga selalu bermegah-megah yang dia
mempunyai banyak ilmu. Dia sentiasa beri tahu yang sudah banyak pergi
melawat negeri-negeri luar.

8..Riak dalam Sembahyang.

Tergesa-gesa menyudahkan solat hingga tidak dapat berzikir dan berdoa kerana ia takutkan Ketuanya marah lambat mausk kerja.
Riak ini menjadi syirik pula kerana dia tidak takutkan Allah murka tetapi takut Kutuanya marah. Dengan itu dia ada dua Tuhan.


Perbuatan itu menyalahi kehendak Allah s.w.t. FirmanNya:

إ ِنَّ الـَّ ِذيـنَ كـَفـَرُوا بــِا َيـَتِ اللهِ لـَهـُم ْعـَذ َابٌ شـَد ِيد ٌ ج
وَاللهُ عـَزِيـزٌ ذ ُو انـْتـِيقــَام ٍ.

Sesunguhnya orang-orang yang engkar terhadap ayat-ayat Allah, akan mendapat siksa yang berat dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan (siksa). ( Al-Imran ayat 4)

9..Riak yang Tertinggi

Orang yang mengucap syahadat dengan lidahnya tetapi batinnya
penuh dengan bohong dan dusta. Orang yang pergi sembahyang Jumaat atau
sembahyang lain-lain kerana takutkan celaan orang. Orang yang mengeluarkan zakat kerana takutkan kena kata-nista orang. Orang yang pergi mengerjakan haji kerana takut dikatakan orang kedekut. Orang yang pura-pura mengerjakan solat-solat sunat di hadapan khalayak ramai. Orang yang sembahyang hanya mengambil yang wajib sahaja. Orang yang sembahyang menambahkan dari apa yang telah disunatkan oleh hukunm syara.’ Untuk menunjukkan lebih berilmu.

10. Riak yangTersembunyui.

Tidak beramal ibadat bila keseorangan. Bila ada orang ia pun mulalah buat ibadat. Ia merasa bangga dan gembira bila orang tahu ia beramal soleh. Ia ingin sekali jika ia disambut dengan meriah. Ia merasa bangga diberi tempat terhormat dalam satu majlis

Riak gembira dan bangga bila ia disebut dalam majlis itu. Riak menggunamakan namanya beberapa banyak bintang kehormatan yang telah dikurniakan padanya tetapi jika tidak di tulis muram mukanya.
Riak bila ia menderma suka dicatatkan namanya dalam sinarai. Riak dalam jual beli supaya ia tidak dikenakan bayaran atau di kurangkan kerana ia merasa ia seorang istemiwa.


11. Hukumnya Riak.


Riak itu hukumnya haram. Orang yang melakukan sesuatu perbuatan atau percakapan secara riak akan dimurkai Allah s.w.t
Sabda Rasulullah s.a.w. Bermaksud:

“Allah s.w.t. tidak akan menerima sesuatu amalam yang dilakukan dengan riak miskipun riak itu sekadar debu sahaja.
( H.R Bukhari).

Firman Allah s.w.t. :
فـَوَيـْلٌ لــِّـلـْمـُصـَلـِيـْن َ (4) ا َلـَّذ ِيـْن َ هـُمْ عـَـنْ صَلاَ
تـِهـِم ْ سـَا هـُوْن َ (5) ا َلـَّذ ِيـْنَ هـُم ْيـُرَاءُوْن َ.
Ertinya: ”Maka celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang yang sentiasa lalai kepada sembahyangnya dan mereka yang mengerjakan kebaikan diminta dilihat oleh orang ” (Al-Ma’in ayt 4 -6).

12..Ingatan Kepada Mukmin.

Oleh yang demikian sekalian mukmin dan mukminat diharapkan lakukanlah amalan-amalan yang tidak ada apa-apa perbuatan riak agar amalan-amlan kita yang soleh itu ditujukan khas semata-mata kepada Allah s.w.t. sahaja dan memohon agar Allah s.w.t. memberi pahala dan balasan yang baik di hari qiamat kelak. Amin…..

Untuk Renungan:

Firman Allah s.w.t. :

• ا َ أ َلـْيـَوْم َكـْمـَلـْتُ لـَكـُمْ د ِيـْنـَكـُمْ وَا َتـْمـَمْتُ عـَلـَيـْكـُمْ نـِعـْمـَتِى وَوَضَيـْتُ لـَكـُمُ الْإ ِسـْلـَمَ د ِينـًا . (المأيده : اية 3)

Bermaksud: Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmat Ku dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama..
(Al-Maidah ayat 3)

Sabda Rasulullah s.a.w. ”

تـَرَكـْتُ فـِيكـُمْ أ َمـْرَيـْنِ لـَنْ تـَضَلـُّوْا مـَا
تـَمَسَكـّْـتــُمْ بـِهـِمَا: كـِتـَابَ اللهِ وَ سـُنـَّة َ
رَسـُولُ الله. (الحديث - رواه مسلم)
Bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaiatu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya.
• (H.R. Bukahri dan Muslim)

Sekian, jumpa lagi dalam Blog yang sama akan datang. Terima kasih kpada anda yang sentiasa taat mengikuti Blog siaran yang membicarakan hal ehwal agama Islam, semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran pahala diatas ketekunan anda dalam mentalaah hal ehwal agama Islam. Amin...

-----------------------------ooooooooooooo-------------------------



.

Tafsir Ringkas Surah 112 - Siaran 353




Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Atau – hjchedan@yahoo.com
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

Tafsir Al-Quran, Surah Al-Ikhlas 112. Siaran 353


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

قـُـلْ هـُوَ الله ُأ َحَد ٌ (1) اللهُ الصَّمَد ُ (2) لـَمْ يـَلِـدْ وَلـَمْ يُـو لـَد ْ(3) وَلـَمْ يـَكـُن لـَّه ُ كـُفـُوًا أ َحَــد ٌ (4)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Katakanlah (wahai Muhammad): ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.”

2. ”Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhkluk untuk memohon sdebrang hajat.”


3. ”Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.”

4. ”Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya.”



---------------------------ججججح---------------------

Bismi-LLahir-Rahmanir-Raheem.

1. Qul Hu-wa-Llahu’Ahad

2. ’ALLahus-Samad

3. Lam yalid, wa lam youlad

4. Walam yakul-laHou kufuwan ’ahad.



Surah al-Ikhlas, (112) or Purity (of Faith)

In the nama of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

1. Say: He is Allah, the One and Only;

2. Allah, the Eternal, Absolute;

3. He begetteth not, nor is He begotten;

4. And there is none like unto Him.



--------------------

Sunday, January 30, 2011

JAUHKAN AMALAN TAKBUR - SIARAN 352



Daripada:

Hj. Che Dan bin Ahmad
Email – hjdan@myjaring.net
Atau –hjchedan@yahoo.com
Blog: http:// hjchedan.blogspot.com/



السَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُهُ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.





Jauhkan Amalan Takbur dan Bangga Diri

Siaran yang ke 352

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali lagi menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian.


1. Apakah Itu Takbur dan Bangga Diri ?

Takbur Batin iaitu pekerti diri yang digerakkan oleh hati
Takbur Lahir iaitu gerak geri badan yang ditimbulkan oleh anggota.

2.. Ketahuilah ada 7 Sifat Takbur

a. Kerana K eturunan
b. Kerana kecantikan
c. Kerana Kekuatan
d. Kerana Kekayaan
e. Kerana banyak wang
f. Kerana Ilmu.
g. Kerana ‘Alim

3..Ciri-Ciri Takbur dan Sombong
• Memandang rendah dan menghina orang lain darinya.
• Meanggap diri sudah berilmu dan merasa megah terhadap diri.
• Meanggap dia dari keturunan yang mulia dan orang lain rendah taraf darinya.
• Dia Bercakap sentiasa meninggikan diri dan dia tahu semua.

4.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?

Firman Allah s.w.t.

إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)

Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan
(Al-Mukmin ayat 60)

كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ قـَلـْبً
مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار ٍ.

“ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang sombong yang bersifat ankara. (Al-IMukmin ayat 35) 631

Sabda Rasulullah s.a.w
لاَ يـَدْ خـُلُ الـْجـَنـَّة َمـَن َ كـَا ن َ فـِيْ
قـَلـْبـِهِ مـِثـْقـَا لُ حـَبـَّةٍ مـِنْ
خــَرْ دَ لٍ فِيْ مـِنْ كـِبـْرٍ .

• Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.
(H.R Bukhari dan Muslim).632

Sabda Rasulullah s.a.w

ثـَلآث ُمـُهـْلـِكـَاتُ :شـُح ٌمـُطَاع ٌ وَهـُوَ
مـُتــَّبـَع ٌ, وَإ ِعـْجـَابُ الـْمـَرءِ بـِنـَفـْسِه ِ.
Tiga perkara akan membinasakan diri manusia iaitu (1) bakhil yang diikutkan,, (2) hawa nafsu yang diturutkan dan (3) seseorang yang suka membangga-banggakan diri sendiri.
(H.R. Abu Hurairah r.a.) 664

5.. Hakikat Takbur dan Bahayanya.

a.Sifat takbur kelak di akhirat akan menjadi tabir pemisah antara seorang hamba dengan syurga, sebab ia merupakan penghalang antara seorang hamba dengan berbagai-bagai akhlak dan budipekerti kaum mukminin.

b. Akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji menjadikinci penentu dirinya ke syurga sedang sifat takbur dan membesarkan diri menyebabkan tertutupnya semua pintu-pintu syurga.


6.. Perasaan Orang Takbur dan Sombong (16)

a. Ia tidak mencintai kaum muslimin.
b. Ia tidak akan merendah dirinya
c. Ia tidak menjauhi perasaan hasad dengki dendam.
d. Ia tidak akan bercakap benar
e. Ia tidak akan menjauhi sifat marahnya
f. Ia amat gemar mengumpat dan mengejek.orang.

7.. SEORANG ITU MENJADI TAKBUR DAN SOMBONG (17)

a. Takbur keraan keturunan
b. Takbur kerana kecantikan
c. Takbur kerana kekuatan
d. Takbur kerana kekayaan
e. Takbur kerana banyak wang
f. Takbur kerana banyak ilmu
g.Takbur kerana wara’ dan ‘alim

8.. Takbur Kerana Keturunan (19)

a. Orang yang takbur kerana keturunanya hendaklah mengubati hatinya dengan mengingati bahawa anggapan itu suatu kebodohan dan hendaklah mengetahui bahawa kejadiannya adalah dari benda yang hina dan kotor. Bagaimana boleh ia katakan yang ia dari keturunan yang mulia.

b. Ayah dan dato’ neneknya itu ibarat setitis air mani yang kotor dan dato’nya itu juga adalah ibarat tanah yang telah hancur dalam perut bumi. Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran surah Al-sajadah ayat 8 - 9 :-


ثــُمَّ جـَعـَلَ نـَسـْلـَه ُمـِنْ سُلـَلـة ٍ مـِنْ مـَّاءٍ مـَّهـِيـْن ٍ (8)
ثـُـمَّ سـَـوَّــه ُوَنـَفـَخَ فـِيهِ مـِن رُّو حـِه ِج وَجـَعـَلَ
لـَكـُم ُالسـَّمـْعَ وَاْلأ َبـْصَرَوَ اْلأ َفـْـءـِدَة ُقـَلـِيلاً
مـَّا تـَشـْكـُرُون َ(9)
Ayat 8. Dia (Allah) jadikan anak-anak cucunya (keturunannya) dari sari air hina (mani).Ayat 9. Kemudian Dia (Allah) sempurnakan (kejadiannya) dan Dia tiupkan ruh kedalamnya, dan Dia adakan untuk mu pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima kasih (kepadaNya). (As-Sajaddah 8 & 9)


9. Takbut Kerana Kecantikan

a. Ada orang suka bermegah dirinya kerana rupanya cantik, lalu ia megan dan takbur. Ia sentiasa ingat kecantikan dirinya itu lebih dari orang lain dan merasa begitu sombong sekali. Ia ingat kecantikannya akan kekal selama-lamanya.

b. Hendaklah meneliti batinnya dan apa yang dikandung oleh badannya
nescaya ia akan dapati badannya mengandungi berbagai kekototoran,
kerana manusia itu dijadikan dari kekotoran bila ia mati menjadi
bangkai. Sedangkan segala kecantikannya itu tidak kekal. akan
musnah bila-bila masa.

c. Seseorang hendaklah ingat semuanya itu kurniaan Allah dan Allah
amat murka orang yang sombong dan takbur. Aabila seseorang itu
telah ingat semua perkara-perkara itu nescaya ia akan hilang segala
takbur dan sombong dirinya.

10.. Takbur Kerna Kekuatan

a. Allah memberikan badannya besar dan ia merasa megah dan takbur
kerana ia mempunyai kekuatan.
b. Ia menyombongkan diri dengan orang lain dan takbur kerana ia merasa dirinya gagah.
c. Ia bercakap takbur dan bersikap angkuh dan nmemandang rendah terhadap orang lain.

d. Akibat dan padahnya. Seseorang itu hendaklah ingat apabila ia takbur dan merasa gagah maka Allah mudah mengenakan dirinya diserang penyakit. Ia sudah terjatuh dalam golongan syirik kerana ia merasa megah dari Allah pada hal Allah Maha Gagah dan Kuat
Amalannya akan dihapus selagi ia tidak bertaubat.

e. Hendaklah insaf diri kerana tiada siapa yang megah dari yang megah. Tiada siapa yang gagah dari yang gagah.
Sentiasa ingat Allah yang memberi dan Dialah yang akan
mengambil balik.

11..Takbur Karana Kekayaan

a. Seseorang itu merasa megah dan ia pun bersifat takbur kerana kekayaan mempunyai rumah besar,kerata mewah, dan harta banyak.
Ia berlagak bercakap besar dan menghina orang yang miskin .
Ia merasa hina bergaul dengan orang bawahnya kerana megah ia kaya.

b. Bahaya dan padahnya. Seseorang itu lupa bahawa segala kekayaan,
kemewahan dan kemegahan itu dengan sekelip mata sahaja Allah
boleh mengubahnya jika ia berterusan sombong dan bongkak serta
takbur diri. Orang yang sombong bongkak dan takbur di dunia jauh
dari syurga.

c. Sabda Rasulullah s.a.w.
pabila anak Adam itu meninggal dunia hanya tiga perkara sahaja yang
dibawanya ke akhirat:-
(1). Ilmu yang bermanafaat.
(2). Sedekah jariah yang dibuat.
(3). Anak-anak yang sentiasa mendoakan baginya.

c. Cara menjauhkan dari takbur ini. Seseorang itu hendaklah ingat ia akan kembali papa kedana bila Allah s.w.t. membakar gedongnya, merugikan sahamnya, harta kekayaannya musnah pada suatu hari nanti jika ia masih bersifat demikian. Hendaklah mengambil iktibar dengan beberapa kejadian yang berlaku sehari-hari di dunia ini.

12. Takbur Kerana Banyak Ilmu (34)

a. Seseorang itu sudah anggap banyak ilmu yang ia ada lalu ia
sentiasa megah, sombong dan takbur.
b. Ia sentiasa meninggi-ninggikan diri dan anggap orang lain rendah darinya.
c. Ia sentiasa menunjuk-nunjuk yang ia berperasaan sudah banyak ilmu.
d. Bahaya dan padahnya.

Hendaklah ia menyedari bahawa balasan orang yang megah dan takbur kerana ilmu itu amat berat sekali. Allah tidak dapat memaafkan walau satu per sepuluh sekalipun, melainkan ia bertaubat nasuha.
Ini kerana ia menderhaka pada Allah sedangkan ia mengetahui



e. Cara mengatasinya:

Hendak ia sedar perkara seperti yang tetsebut di atas tadi.
Hendaklah ia insaf bahawa sifat takbur dan membesar diri
kerana berilmu tidak layak bagi sesia pun. Selalu ia ingat
bahawa sifat takbur dan membesar diri itu di murkai Allah s.w.t.


13.. Takbur Kerana Wara’ dan ‘Alim

Alangkah cepatnya perasaan takbur menyerap dalam diri para ulama’ sekejap sahaja mereka merasa diri serba cukup dan dada penuh ilmu. Pandangan mereka semua orang itu bodoh dan meanggap diri mereka tinggi dan utama di sisi Allah s.w.t

Munkin ilmu yang ada itu bukan haqiqi kerana jika haqiqi ia akan tahu haram dan dosa.Munkin orang alim itu ada ilmu yang haqiqi tetapi batinnya masih kotor lagi, jiwanya busuk dan akhlaknya masih keji. Sebenarnya ia belum lagi berusaha untuk membersihkan dirinya maka tinggallah sebagai jiwa yang kotor.


Dalam amal ibadat juga ada sifat sombong dan hina. Seperti orang banyak beribadat timbul dalam hatinya takbur. Ia harap orang ramai selalu menyebut tentang waraknya. Ia memandang semua manusia akan binasa hanya dirinya kerana ibadatnya yang banyak, dan anggapan in membinasakan dirinya.

Bahaya dan padahnya

Firman Allah s.w.t.
كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ قـَلـْبً مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار ٍ

Ertinya. “ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang sombong yang bersifat angkara”
(Al-Mukmin ayat 35)

14.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?

• Firman Allah s.w.t.
إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)

• Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan
(Al-Mukmin ayat 60)

• Sabda Rasulullah s.a.w. :-

كـَفىَّ بـِالـْمـَرْ ء ِ شـَرَّا أ َ ن ْ يـَحـْقـِرَ
أ َخـَاه ُالـْمـُسْلـِم َ.

• Ertinya: “ Cukuplah bagi seseorang itu dikira jahat dengan memandang hina terhadap saudaranya yang muslim.”
(.H.R. Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. :33 6

طـُوْبُى لـِمـَنْ تـَوَاضـَّعَ فـِي غـَيـْرِ مَسْكـَنـَةٍ,
وَانـْفـَق َ مـَا لاَ جـَمـْعـَهُ فِي غـَيـْر ِ مـَعـْصِيـَة ٍ
وَرَحـِمَ أَهـْلَ الـذ ُّلَ وَالـْمَسـْكـَنـَة ٍ, وَخـَا لـَط َ
أ َهـَلَ أ لـْفـِقـْهِ وَالـْحـِكـْمـَة ِ .

Maksudnya: “Berbahagialah orang yang merendah diri bukan kerana kemiskinan, juga orang membelanjakan harta yang di kumpulnya bukan pada jalan maksiat, begitu juga orang yang suka menaruh belas kasihan tehadap si hina dan si miskin, atau bercampur gaul dengan para ahli ilmu dan hikmah.
(H.R. At-Termizi).

Sabda Rasulullah s.a.w.





مـَن ْتوَاضَعَ لِلهِ رَفـَعـَهُ اللهُ, وَمـَن ْتـَكـَبـَّرَ
وَضَعـَهُ الله, ُ وَمـَن ِاقـْتـَصَدَ أ غـْنـَانـَه ُ اللهُ,
وَمـَن ْبـَذ َرَأ َفـْقـَرَهُ اللهُ, وَمـَن ْ أ َ كـْثــَرَ
ذ ِكـْرِ الله ِ أ َحـَبــَّه الله ُ.
(رواه مسليم)

Bermaksud”
Barang siapa merendah diri kerana Allah, nescaya ia kan ditinggikan oleh Allah darjatnya. Barang siapa menyombong diri pula, nescaya akan dijatuhkan oleh Allah kedudukannya. Barang siapa berekonomi, nescaya akan dimewahkan oleh Allah hidupnya. Barang siapa boros nescaya nescaya ia akan dimiskinkan Allah keadaannya, dan barangsiapa yang sentiasa ingatan kepada Allah, nescaya ia akan dicintai oleh Allah s.w.t.
(HR. Bukhari dan Muslim)
15.. KESIMPULAN
• Sifat takbur dan sombong sesama manusia apatahlagi kaum Muslimin itulah kelak di akhirat nanti akan jadi penghalang seorang hamba ke syurga.
• Sebab ia di dunia penghalang dengan akhlak buruk, sombong dan takbur dengan kaum mukminin.
• Akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji kunci bagi ianya ke syurga.
• Mukmin hendklah ikuti segala budi pekerti yang terpuji dan sifat merendah diri yang menjadi akhlak dan budi pekerti Rasulullah s.a.w.
• Baginda berjabat salam dengan si kaya dan si miskin.Baginda dahulu memberi salam pada tetamu sahabat dan rakan. Baginda murah hati tanpa boros. Prinsip Baginda hidup merendah diri dan cara miskin lebih utama dari hidup mewah dan kaya raya.
16.. Penutup - Harapan Kita
Kita bermohon kepada Allah s.w.t supaya dilindungi daripada segala rupa takbur dan bangga diri untuk kita beroleh selamat dari azab Allah di akhirat kelak.

Sekian…..
والسلام عليكم ورحمة الله.

----------------------oooooooooooooo------------------

Saturday, January 29, 2011

Jangan kamu dengki-berdengki - Siaran 350



CHE DAN BIN AHMAD,

E-mail – hjchedan@yahoo.com.
Atau http://hjchedan.blogspot.com
Atau” http://www.hjchedan.blogspot.com


HAL EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 350


Jangan Kamu berdengki-dengki.


Dari Abi Hurairah r.a., katanya. ”Telah bersabda Rasulullah s.a.w: ”Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadikanlah kamu hai hamba Allah bersaudara.”

”Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkan (dalam kehinaan), dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakanya.”

”Taqwa itu di sini – kata Nabi s.a.w. sambil menunjuk ke dadanya tiga kali, Sudah cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya,”

Diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Sekian dahulu untuk renungan bersama.

-------------ooooooo------------

Fadhilat Qiamullail Siarann350

Solat Tengahmalam atau biasa disebut sebagai Qiamullail itu merupakan amalan Rasulullah s.a.w.,para aulia' dan orang-orang solih yang cintanya kepada Allah melebihi segalanya yang hanya mengharapkan keredaanNya jua.

Jika ditinjau latar belakang kehidupan para auia' dan ulama' terbilang, maka kita dapati bahawa analan Qiamullail ini merupakan satu amalan yang tidak pernah diabaikan dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh kerana itu sebagai umat Muhammad yang menjadikan Rasulullah itu sebagaqi Qudwah Hasanah, maka sudah sewajarnya kita sedia mengetahui jenis-jenis sembahyang nalam, kelebihan-kelebihan dan kaedah kaedahnya dan kita dapat mengamalkannya dengan sempurna. Amalan ini merupakan sebagai tamrin untuk membina insan yang bermoral, insan yang beristiqamah, insan kamil dan insan yang bertaqwa kepadaa Allah s.w.t.

Saudara-saudaraku sekalian ketahuilah bahawa keutamaan sembahyang malam itu berdasarkan perintah Allah s.w.t. sendiri kepada Rasulullah s.a.w. agar melakukan sembahyang waktu malam sebagaimana firmanNya:


Bermaksud- "Dan bangunlah pada sedbahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang Tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu (pada hari Akhirat) di tempat yang terpjuji (syurga).
(Al-Quran surah Al-Isrfa' ayat 79)


Perintah ini meskipun sifatnya khusus untuk Rasulullah s.a.w., tetapi seluruh umat Islam termasuk di dalamnya kerana mereka itu dianjurkan untuk mencontohi sunnah Rasulullah.

Dijelaskan oleh Allah bahawa orang-orang yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layakj menerima kebaikan serta rahmatNya dengan sebanyak-banyaknya.
Firman Allah s.w.t.

Bermaksud -"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dan mata air-mata air terpancar daripadanya (keadaannya pula mereka itu tidak brsikap sombong dan takbur). Mereka selalu merenggangkan diri dari tempat tidutr (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang Tahajjud dan amal-amal solih), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu menderma dan bersedekah dari apa-apa yang Kami rezekikan kepada mereka. Maka tiada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah difrahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan,." (Al-Quran surat Al-Zuriat ayat 15-18)

Oleh it saudara-saudaraku sekalian,marilah kita banguan di tengah-tedngah malam dan kerjakan sembahyang-sembahyangb malam agar kita dikurniakan nikmat-nikmat dari Allah s.w.t itu.

Percayalah saudara-suadaraku akan memperolehinhya bukan sahaja dia Akhirat bahkan di dunia ini juga akan mendapatunya. Percayalah...!

Sekian, wassala mualaikum......

-------------oooooooooooo-------------

Sembahyang Malam -Qiamullail - Siaran 349

Sikap Kakitangan Awam 'Lagat 'Tuan' Wajar DiUbah

CHE DAN BIN AHMAD,

E-mail – hjchedan@yahoo.com.
Atau ‘http://hjdan@myjaring.net
Atau” http://www.hjchedan.blogspot.com


HAL EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 348


SIKAP KAKITANGAN AWAM LAGAT ’TUAN’
WAJAR DUBAH..!

Penulis amat tertarik dengan sebuah rencana yang ditulis oleh Encik Abd Razak Hussin (Penulis ialah Ketua Pejabat Perhubugan Awam dan Korporat UKM). Yang membicarakan perkara di atas.

Ada kemungkinan beberapa golongan kakitangan Awam yang tidak terbaca rencana ini kerana tiada masa untuk itu, maka penulis Blog ini menyalinkan perkara tersebut dengan tujuan agar dapat dibaca dan di fahami untuk wajar diubah. Petikannya seperti berikut:-

”Saya masih ingat, pada 1960-an, mengunjungi Pejabat Daerah saat paling digeruni. Pada waktu itu, banyak urusan memerlukan tandatangan dan cop Pejabat Daerah. Menjadi kebiasaan pula, orang kampung yang rata-ratanya tidak berpelajaran diherdik petugas ketika berurusan.

Orang kampung hanya pasrah dengan herdikan. Itulah yang menyebabab orang kampung sangat gerun mengunjungi pejabat daerah yang begitu tidak meraikan. Justeru, bapa saya berulang kali mengingatkan saya ’supaya apabila besar nanti menjadi DO yang baik, hormat orang, bantu orang, jangan menyusahkan orang dan berlemah lembut”

Namun, hasrat bapa untuk melihat saya menjadi DO tidak kesampaian, Cukup sekadar menjhadi seorang pegawai kecil di sebuah universiti yang terus berusaha untuk menjadi seorang pegawai yang baik dan berciri seperti pesanan bapa.

Oleh demikian, jika pada hari ini, masih ada pegawai atau kaitangan lain di mana-mana pejabat awam yang suka mengherdik orang ramai, bersikap acuh tak acuh, tidak memperlihat kesediaan untuk membantu, membanggakan kedudukan dan pangkat, berlagak ’tuan’, bertutur dan bertingkah kasar serta menyukarkan sesuatu proses, saya berpendapat mereka sebenarnya masih terperangkap dalam suasana ’menjajah’ lebih 40 tahun lampau.

Ubahlah sikap dan ia akan mengubah persepsi masyarakat. Jangan lupa kedudukan, pangkat dan jawatan disandang hanya pinjaman daripada masyarakat dan ada hutang perlu dibayar kepada mereka. Walaupun penjaga kubur itu sudah pergi, pesannya yang sangat mudah sangat relevan buat saya khususnya dan mungkin seluruh rakan penjawat awam unumnya.

(Rujukan BERITA HARIAN Isnin 12 Oktober 2009 muka surat 29)


------------------------ooooooooooooooooooooo--------------------------------

Friday, January 28, 2011

Taubat Pencuci Jiwa - Siaran Bil. 334 Tahun 2011

Hj. Che Dan bin Ahmad.
E-mail – hjdan@myjaring.net.



Taubat Pencuci Jiwa - Siaran Ke 334



Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Sekali lagi penulis membawa hal ehwal taubat, kini disebutkan doa-doa taubat bagi pencuci jiwa kita.

1. Selepas memberi salam sewaktu solat sunat taubat bacalah doa ini :-

اَسْتـَغْفـِرُ اللهَ الـْعـَظِيْمَ الـَّذِيْ لاَ اِلـَهَ اِلا َّ هـُوَ الـْحَىُّ الـْقـَيـُّوْمُ وَاَتـُوْبُ اِلـَيْهِ تـَوْبـَة َ عَبـْدٍ
ظَالـِمٍ لا َ يَمْلِكُ لِنـَفـْسِهِ ضَرًّا وَلا َ نـَفـْعـًا وَلا َ مَوْتـًا وَلا َحَيـَاة ًوَلا َ
نـُشـُوْرًا
.
اَللـَّهُمَّ اَنـْتَ رَبِّىْ لاَ اِلـَه َ اِلا َّاَنـْتَ. خـَلـَقـْتـَنِىْ وَاَنـَا عَبـْدُكَ وَاَنـَا عَلىَ عـَهْدِكَ وَوَعـْدِكَ مَا اسْتـَطَعـْتُ اَعُوْذ ُبِكَ مِنْ شَرَّمَا صَنَعـْتُ اَبـُوْءُلـَكَ بِنِعـْمَتـِكَ عَلىَّ وَاَبـُوْءُ بـِذ َنـْبـِىْ فـَاغـْفـِرْلـِىْ فَإِنـَّهُ لَا يَغـْفِرُ الذ ُّنـْوبَ اِلَّا اَنـْتَ.

Bermaksud:
“Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, aku mengaku bahawa tiada Tuhan nelainkan Allah,Tuhan yang terus hidup dan selalu jaga. Aku mohon taubat kepadaNya, sebagai taubatnya saeorang hamba yang banyak dosa, yang tiada mempunyai daya upaya untuk berbuat mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun bangkit nanti.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan melaikan Engkau yang tekah menciptakan aku, dan akulah hamba-Mu. Dan akupun dalam ketentuan serta janjiMu sedapat nungkin aku lakukan. Aku mohon perlindungan kepada Mu dari segala kejahatan yang telah Engkau ciptakan, akju mengakui dosaku, oleh sebab itu berilah ampunan kepada aku sebab tidak ada yang dapat memberi pengampunan, kecuali hanya Engkau sendiri. Aku memohon perlindungan dari segala kejahatan sesuatu yang aku lakukan. (Kitab Taubat m.s. 191)


2.. Doa Memohon Keampunan danTaubat.

Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar bertaubat dengan sebenarnya iaitu taubat nasuha. Dengan demikian mudah-mudahan Allah berkenan mengamnpunkan segala kesalahan dan dosa, sehingga kita tergolong insan yang mempoerolehi hidayat.

(1) رَبـَّنـَآ أ َتـْمِمْ لـَنـَا نـُورَنـَا وَاغـْفـِرْ لـَنـَآ,
إِنـَّكَ عـَلىَ كُــلِّ شَيْءٍ قـَدِيـرٌ.
(2) رَبَّنـَآ إِنـَّـنـَا ءَا مَنـَّا فـَاغـْفـِرْ لـَنـَا ذ ُنـُوْبـَنـَا وَقـِنـَاعـَذ َابَ النـَّارِ.

(1). “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampuni kami, sesungguhnya Engklau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al-Quran surah At-Tahrim, ayat 8)

(2). “Ya Tuhan kami, sesungguhnhya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka.” (Al-Quran surah Ali-Imran: ayat 16).

Penutup.

Sekian dahulu buat sementara waktu, dan bertemu lagi dalam masa yang terdekat, Wassala mualaikum….


-----------------------oooooooooooo---------------

Sunday, January 16, 2011

APAKAH ITU QIRADH (Mudharabah) - Siaran 02/2011


CHE DAN BIN AHMAD,.
E-mail – hjdan@myjaring.net.



Masalah 347– Qiradh-Mudharabah (Pemberian Modal) Siaran 02/2011

Apakah ertinya dan bagaimankah urusniaga dijalankan?

Jawapan.
Qiradh ertinya memutuskan. Tetapi yang dimaksudkan dalam istilah syarak ialah suatu aqad yang dilakukan oleh pemodal dengan cara meyerahkan modalnya itu kepada orang lain supaya diperniagakannya, dan keuntungannya akan dibahagi di antara mereka.
Misalnya, Taufiq berkata kepada Hidayah:
”Saya serahkan wang sebanyak limna ribu ringgit ini kepada kamu supaya anda perniagakan dan keuntungannya kita bahagi dua.”
Hidayah menjawab: ”Saya terima”

Rukun Qiradh ialah enam perkara:

1..Pemodal: Ialah orang yang menyerahkan modalnya supaya
diperniagakan dan ia mendapat bahagian daripada keuntungan
perniagaan itu serta bersedia pula menanggung kerugiannya.

2..Peniaga: Ialah orang yang memperniagakan modal yang
disderahkan kepadanya, dan ia mendapat bahagian daripada
keuntungan perniagaan itu.
a.. Syaratnya:

Hendaklah ia orang yang sah memperlakukan pekerjaan bagi
modal yang diserahkan kepadanya, iaitu baligh, berakal dan
tidak ditegah mempergunakan hartanya sert ia seorang yang
celik (baik).

b..Hendaklah ditentukan perniagaannya.

c..Hendaklah ia sendiri yang bertanggungjawab di atas
pekerjaan bagi modal yang diserahkan kepadanya, agar ia
dapat bekerja menurut budi bicaranya.

3.. Modal: Ialah harta yang diserahkan oleh pemodal kepada seseorang
untuk diperniagakan.
Syaratnya:

a.. Hendaklah ia wang yang diperlakukan sekarang ini.
b.. Hendaklah ia diketahui jenisnya, jumlah dan sifatnya, srperti
wang dolar atau ringgit,masih lakukah lagi wang itu atau telah
dimansukhkan.
c..Hendaklah ia ditentukan, seperti katanya:
”Saya serahkan wang lima ribu ringgit ini kepada anda untuk
diperniagakan.”:

4.. Pekerjaan: Iaitu perniagaan dengan menggunakan modal yang
diserahkan oleh pemodalnya.
Syaratnya:
a.. Hendaklah ia merupakan perniagaan.
b.. Janganlah ia mempersempitkan ke atas peniaga. Hendaklah ia
diberi kebebasan dalam menjalankan pekerjaannya itu menurut
budi bicaranya.

5.. Keuntungan: Iaitu hasil dari dua sumber:
a.. Pertama -Modal yang dikeluarkan oleh pemodal dan
diserahkan kepada peniaga.
b.. Kedua Perniagaan yang diusahakan oleh peniaga berdasarkan
harta modal yang diserahkan kepadanya, setelah ditolak
modal;.
Syaratnya:
(1).. Hendaklah keuntungan itu untuk pemodal dan peniaga
saja.
(2).. Hendakkah keuntungan itu hak bersama bagi pemogal
dan peniaga. Tidak boleh dibolot semuanya untuk mana-
mana dari dua pehak.
(3).. Hendakla keuntungan itu dibahagi, dengan ditentukan
bahagian masing-masing, umpamanya dibahagi dua atau
dibahagi tiga.

6.. Ijab dan Kabul- Ialah tawaran untuk memperniagakan modal yang
tertentu dan kabul pula ialah penerimaan kepada tawaran itu.
Syaratnya:
a. Hendaklah ijab itu diikuti olel kabul dengan agak segera.

b..Hendaklah kedua-duanya didengar oleh orang yang berdekatan
dengnnya.
c..Hendakklah bersamaan kedua lafaz itu pada maknanya.
d..Hendaklah kedua-duanya tidak pakail ta’alik.
e..Hendaklah kedua-duanya tidak berubah sebelum adanya kabul.

7...CARA BERKERJA.

a.. Yang bekerja (peniaga) hendaklah bekerja dengan ikhls se
ikhlasnya.
b.. Tidak boleh menghutangkan barang.
c.. Tidak boleh membawa barang keluar negeri, kecuali dengan izin
tuan puya modal,
d.. Tidak boleh membelanjakan wang qiradah (pemberian modal)
untuk dirinya sendiri.
e.. Tidak boleh bersedekah dari wang qiradah.
f.. Belanja untuk keperluannya hendaklah diambil dari koceknya
sendiri.

8..SUMPAHAN.

a.. Oleh kerana yang bekerja (peniaga) wajib ikhkas dalam saegala urusan yang bersangkutan dengan qiradah, maka ia hendaklah membenarkan dirinya dengan sumpahnya, sekiranya ia mengatakan tidak untung atau ada untung hanya sedikit, maka itulah sumpahnya.

b.. Begitulah juga tentang banyak dan sedikitnya modal pokok, atau ia mengatakan modal pokoknya sudah hilang, maka semua dakwaan tersesut hendakklah diterima dengan sumpahnya.

c..Kalau terjadi selisih faham antara keduanya (yang bekerja dan tuan punya modal) tentang penmbahagian keuntungan, umpamanya yang bekerja mengatakan untuknya seperdua, sedang yang punya modal mengtakan sepertiga, kedua-duanya hendaklah bersumpah, dan yang bekerja diberi keuntungan menurut kebiasaan yang berlaku di tempat dan waktu itu.

d.. Aqad Qiradah adalah aqad percaya mempercayai, maka sekiranya ada barang yang hilang, yang berkerja tidak wajib mengganti, kecuali apabila disebabkan kecuaiannya.

e.. Kerugian hendaklah ditutup dengan keuntungan. Kalau masih rugi juga, kerugian itu hendaklah ditanggung oleh pemodal, bererti pekerja, tidak dituntut mengganti kerugiannya. Aqad Qiradh samalah seperti sistem Mudharabah yang digunakan di mana-mana bank di Malayia hari ini.

------------------ooooooooooooo--------------------------

Tauhid Asas (Untuk adik-adik)

CHE DAN BIN AHMAD,.
E-mail – hjdan@myjaring.net.


TAUHID PERINGKAT ASAS – SIARAN KE 01/2011.
(Untuk Adik-Adik)

Soalan 501.

Apa didapati oleh orang yang berpegang dengan agama Allah?

Jawapan.

Agama Allah iaitu Islam yang berarti sepatah kata yang mengandungi sekalian Syari’at (undang-undang) yang diberikan oleh Tuhan kepada RaslulNya dan disampaikan kepada sekalian umat yang membawakan kepada bahagia selama-lamanya bagi orang yang berpegang dengan dia. Itulah yang didapati oleh orang yang berpegang dengan agama Allah iaitu Islam.

Soalan 502.

Bagaimana kita beriman kepada Allah ?

Jawapan.

Kita beriman kepada Allah s.w.t. iaitu kita berpegang teguh di hati dan mengaku akan bahawa alam ini ada Tuhan yang menjadikana akan dia; iaitu Allah s.w.t. Tuhan yang asa yang hidup, Yang Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa pada sebarang kehendakNya.

Soalan 503.

Apakah maknanya Malaikat dan bagaimana kita percayakan akan dia?

Jawapan.

Malaikat ialah sejenis makhluk, barang yang dijadikan Tuhan. Kita misti percayakan Malaikat iaitu berpegang teguh dihati dan mengaku akan bahawa ada Malaikat itu, sebahagian daripada hambaNya yang tida makan, tiada minum, tiada lelaki dan tiada perempuan dan juga tiada tidur, hanya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhan.

Soalan 504.

Berapa banyak Malaikat yang wajib di ketahui dan apa-apa namanya?

Jawapan.

Malaikat itu banyak maka tiada sesiapa yang mengetahui akan bilangan mereka yang sebenarnya melainkan Allah s.w.t. Hanya yang wajib diketahui dengan nyata satu-satunya iaitu sepuluh sahaja. Nama-nama mereka ialah: Jibril, Mikail, Israfil, Azrail, Munkar, Nankir, Raqib, ’Atik, Malik dan Reduan.

Soalan 505.

Berapa banyak Suhup dan kitab yang Tuhan turunkan dan berapa Suhup yang diturunkan kepada Nabi Idris dan Nabi Ibrahim?

Jawapan.

Banyaknya Suhup dan Kitab yang diturunkan ialah seratus empat buah. Maka seratus daripadanya itu dinama akan dia Suhup dan empat buah lagi dinamakan Kitab iaitu Taurat, Injil, Zabur dan Furqan (Qura’an). Diturunkan kepada Nabi Allah Adam sepuluh Suhup, Nabi Allah Idris Tiga puluh, kepada Nabi Allah Syith Lima puluh dan kepada Nabi Allah Ibrahim sepuluh. Dan ada ulama’ mengatakan ada diturunkan kepada Nabi Allah Musa sebelum Taurat sepuluh Suhup, Wallah hu ’alam.


Soalan 506.

Kepada siapakah ditutrunkan Kitab-kitab itu dan apa pula bahasanya.

Jawapan.

Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Allah Daud dengan bahasa Qubti (Yunan Geris), Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa dengan bahasa ’Abrani (Yahudi), Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Allah ’Isa dengan bahasa Suria (Syria) dan Al-Qur’an di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan Bhasa Arab.
Soalan 507.

Apakah perbezaan di antara Rasul dan Nabi.?

Jawapan.

Makna Nabi dan Rasul itu ialah Nabi itu manusia yang lelaki yang dipilih oleh Allah s.w.t dan diberikan kepadanya syari’at untuk amalan dirinya sahaja. Adapun Rasul itu dilantik oleh Allah s.w.t. daripada Nabi-nabi itu, disuruh menyampaikan dan mengajarkan syari’at itu kepada umat-umat mereka. Nabi itu banyak dan tiada siapa yang mengetahui akan bilangan mereka yang sebenarnya melainkan Allah, tetapi ada ulama; berkata iaitu seratus dua puluh empat ribu, dan yang jadi Rasul daripada mereka itu iaitu tiga ratus tiga belas orang atau tiga ratus empat belas orang.

Soalan 508

Bagaimana beriman kepada Rasul dengan ajmal.?

Jawapan.

Rasul yang wajib diketahui dengan tafsil (dengan nyata satu-satunya) iaitu sekalian Rasul yang ada disebut nama-nama mereka di dalam Al-Qur’an iaitu dua puluh lima sahaja. Ada pun selain daripada itu maka wajib diketahui akan dia dengan ajmal (dengan kumpulan) sahaja, iaitu bahawa beriktiqad (simpulkan di hati) mengakukan bahawa Nabi dan Rasul itu banyak, tiada mengetahui akan bilangan yang sbenarnya melainkan Allah.
Soalan 509

Berapa orang Rasul yang disebut di dalam Al-Qur’an yang wajib kita ketahui dan apakah nama-nama mereka itu.?

Jawapan.

Nama-nama Rasul yang ada tersebuat di dalam Al-Qur’an iaitu dua puluh lima orang, dan nama-nama mereka adalah seperti berikut:-
(1) .Adam (11). Yusuf (21). Yunus
(2) .Idris (12). Ayub (22). Zakaria
(3) .Nuh (13). Shuib (23). Yahaya
(4) .Hud (14). Harun (24). ’Isa
(5) .Soleh (15). Musa (25). Nabi Muhammad s.a.w.
(6) .Ibrahim (16). Alyas’ak
(7) .Lud (17). Zulkifli
(8) .Ismail (18). Daud
(9) .Ishaq (19). Sulaiman
(10)..Ya’akub (20). Aliyas.



Soalan 510.

Berapa orangkah Rasul yang digelar ‘Ulul Azmi’, dan siapakah nama-nama mreka itu.?

Jawapan.

Wajib kita ketahui bahawa sekalian Rasul itu berlebh kurang pangkat mereka pada sisi Allah s.w.t, tetapi ada yang lebih utama lima orang daripada mereka itu yang digelarkan ‘Ulul Azmi’ iaitu:

(1). Nabi Muhammad s.a.w.
(2). Nabi Ibrahim a.s.
(3). Nabi Musa a.s.
(4). Nabi ’Isa a.s
(5). Nabi Nuh a.s.


Soalan 511.

Bagaimanakah kita misti mempercayakan tentang hari kiamat itu.?

Jawapan.

Wajib kita mempercayakan tentang hari kiamat itu. Iaitu berpegang teguh dihati mengaku dan percayakan bahawa semua kita akan dihidupkan semula kemudian daripada telah mati, sekalian yang bernyawa dan dihimpunkan dipadang ’mahsyar’ untuk dibicarakan. Maka orang yang beriman dan taat dimasukkan ke dalam syurga dan orang yang kafir dan orang yang banyak melakukan maksiat dimasukkan ke dalam neraka.

Sekian dahulu, akan disambung lagi dalam hal ini kemudian.
-------------oooooooooooo----------------