Wednesday, December 30, 2009

Setiap masa jangan abaikan keselamatan




Melintasi jalan keretapi yang tidak berpagar amatlah merbahaya sekali, perlulah berhati-hati dan jangan abaikan keselamatan anda dan sekeluarga.

Pembinaan Jalan Raya yang menjadikan merbahaya..




Anda harus memerhatikan adakalanya pembinaan jalan raya itu yang membawa merbahaya pada anda...

Jangan mengekori kenderaan terlalu dekat





Jika mengekori kenderaan di hadapan terlalu dekat manakala kenderaan di hadapan itu berhenti secara mengejut anda akan melanggari dia dan berlaku kemalangan.

Jangan memandu laju






Jangan anda memandu terlalu laju yang melebihi had laju yang ditetapkan kerana apabila kecemasan dalam masa memandu akibatnya kita dalam bahaya.

Patuhilah Undang-Undang Jalan Raya






Apabila anda mengguna jalan raya sama ada memandu kenderaan, menunggang motosikal atau berjalan kaki hendaklah berhati-hati dan sentiasa menurut Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya supaya anda sentiasa selamat tiba di destinasi anda.

Monday, December 28, 2009

Thursday, December 24, 2009

Tafsir al-Quran Surah ali-Imran ayat 92- Siaran 142



CHE DAN BIN AHMAD
E-mail –
hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/


EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 142
.


Tafsir Al-Quran.


Surah Ke 3, Ali-Imran, Ayat 92.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ


لـَنْ تـَنَالـُوا الـْبِرَّ حَتىَّ تـُنْفِقـُوا مِمَّا تُحِبُّونَ.


وَمَا تـُنـْفـِقـُوا مِنْ ثسَىْءٍ فـَإِنَّ اللهَ بـِـهِ عَـلِـيـمٌ.



)92). Tiada akan tercapai oleh kamu kebaikan itu sehingga kamu membelanjakan apa-apa yang kamu sayangi. Dan apa jua pun yang kamu belanjakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (untuk memberi balasan).


Ayat yang berbunyi: لـَنْ تـَنَالـُوا الـْبِرَّ -

Huraiannya:


Ibn Abbas mentakwilkan “al-Birra” di sini ialah “syurga”. Setengah ulama’ mengatakan ”al-Birra” ialah ”takwa,” dan ada pula yang mengatakan ”ketaatan.”
Maka takwa dan ketaatan –keduanya ini- bolehlah diMelayukan bererti ”kebaktian


Jadi maksud ayat tersebut ; ” Tiada akan tercapai oleh kamu sebenar-benar kebaktian dan kamu tiada akan menjadi orang yang solih, sehingga kamu belanjakan apa-apa yang kamu sayangi.

Boleh juga dimaksudkan: ”Tiada akan kamu capai kebaktian – yakni memperolehi pahala – sehingga kamu belanjakan apa-apa yang kamu sayangi.”


Asal makna ”al-Birra” atau kebaktian itu ialah ”memperluas kerja bakti.” Kalau orang katakan si polan itu berbakti kepada Allah, ertinya memperluas ketaatannya terhadap Allah dengan kerja-kerja kebajikan. Kebaktian yang terbit dari Allah bererti ”pahala” dan yang terbit dari hamba bererti ”ketaatan.”


Boleh juga ”al-Birra” itu digunakan dalam perkara ”berkata benar” dan ”berbudi pekerti yang baik.” kerana kedua-duanya daripada jenis kerja-kerja kebajikan yang sangat luas pengertiannya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya: ”Bersabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Sesungguhnya berkata benar itu membawa kepada kebaktian dan kebaikan itu membawa kepada syurga, bahawa lelaki yang sememang berkata benar dituliskan oleh Allah ia orang yang berkata benar. Dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa kepada neraka, bahawa lelaki yang sememang berdusta ditulis oleh Allah ia orang yang berdusta.”

Kemudian ayat tadi dikaitkan dengan ayat yang berbunyi:

حَتىَّ تـُنْفِقـُوا مِمَّا تُحِبُّونَ


“Sehingga kamu belanjakan apa-apa yang kamu sayangi.”


Maksudnya: Apa yang kamu sayangi – di sini- ialah dari jenis harta benda yang baik dan sangat-sngat kamu sayangi termasuk juga tenaga dan diri yang kamu miliki. Dibelanjakan sebagai bakti pada jalan Allah untuk memperolehi keredaanNya.

Orang-orang terdahulu dari As
-Salaf Ash-Shalih jika di antaranya ada yang mempunyai sesuatu barang yang disayanginya, djadikan barang tersebut sedekah Lillah (suatu pemberian atau hadiah kerana Allah) – bererti barang yang dikasihinya itu didermakannya untuk kepentingan orang lain.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas r.a. katanya: ”Adalah Abu Tolhah itu orang Ansor yang paling banyak kebun kurmanya di Madinah. Harta (kebun) yang paling disayanginya ialah Biyarha’ (suatu tempat) yang menghadap masjid di mana Nabi s.a.w. kerap memasukinya dan minum airnya yang amat baik itu.”

Manakala turun ayat:


لـَنْ تـَنَالـُوا الـْبِرَّ حَتىَّ تـُنْفِقـُوا مِمَّا تُحِبُّونَ


Berkatalah Abu Tolhah “Ya Rasulullah, sesungguhnya harta yang sangat saya sayangi ialah Biyarha,’ saya sedekahkan ia kerana Allah. Saya harap ia menjadi kebaktian dan simpanan di sisi Allah, maka letakkanlah dia, ya Rasulullah.” di mana Allah perintahkan kepada tuan hamba.” Nabi s.a.w. menyambutnya dengan gembira seraya berkata: “Syabas! Syabas! Inilah harta yang berlaba, saya telah dengar katamu dan saya berpendapat, untukkanlah dia bagi kaum kerabatmu.”
Maka jawab Abu Tolhah: ”Saya akan lakukan, ya Rasulullah.” Kemudian Abu Tolhah pun membahagikannya kepada keluarganya dan saudara-saudara sepupunya.

Abu Hatim telah mengeluarkan riwayat dari Muhammad bin Al-Munkadir katanya: ”Manakala turun ayat ini, datanglah Zaid bin Harith membawa seekor kuda bernama Sabal. Tiada harta yang paling disayanginya melainkan itulah. Maka katanya: ”Saya jadikan kuda ini sedekah.” Rasulullah s.a.w. pun menerimanya, Tetapi ditunggangkan ke atas kuda tadi anak si Zaid sendiri yang bernama Usamah. Maka kelihatan seolah-olah Zaid tadi berdukacita. Bila diketahui yang demikian itu oleh baginda lalu ujar baginda: ”Jnganlah, sesungguhnya Allah telah menerimanya.”

Kesan dari dua hadis tadi menunjukkan betapa baiknya pertadbiran agama yang dijalankan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. setelah baginda perhatikan dan mengetahui apa yang sedang bergelora di dalam jiwa Abu Tolhah dan Zaid yang mereka sama-sama melucutkan harta kesayangan masing-masing didorong oleh kasihkan agama tetapi baginda telah menyerahkan barta-harta tersebut kepada keluarga masing-masing dengan tujuan supaya hati keduanya bertambah tetap dan keimanan keduanya bertambah sempurna. Sehingga syaitan tak berpeluang menembusi dan memasuki hati kecil masing-masing untuk membisikkan rasa sesal dan kesal melihat harta bekas miliknya itu berpindah ke tangan orang lain.

Kerana biasa terdapat orang yang sudah menyerahkan hartanya –
sebagai sedekah didorong oleh kasaihkan agama- taklama kemudian teringat-ingat pula kepada harta yang disayanginya itu dan menyesal bercerai dengannya.

Sebagai contoh yang dilakukan oleh Ibn Umar di dalam riwayat yang dikeluarkan oleh Abdul ibnu Hamaid dari Ibnu Umar, berkata: ”Saya telah dibawakan ayat
لـَنْ تـَنَالـُوا الـْبِرَّ ini, maka saya mengingat-ingat sesuatu yang Allah kurniakan kepada saya.


Tak saya dapati sesuatu yang melebihi kesayangan saya dari Marjanah (seorang jariah bangsa Rom) maka saya pun berkata: “Dia saya merdekakan untuk keredaan Allah. Kalaulah boleh saya kembali kepada sesuatu yang telah saya serahkan kepada Allah nescaya saya kahwin dia, tetapi saya telah kahwinkan dia kepada Nafi’ (salah seorang hamba sahayanya yang sangat dikasihi)”

Perhatikan, sidang pembanca Blog ini! Rupanya rasa kasih sayag terhadap jariah yang telah dimerdekakannya itu masih lagi mempengaruhi dan meninggalkan kesan yang belum dapat dikikis dari jiwa Ibnu Umar, hingga teragak hatinya hendak mengahawininya – tak mahu bercerai dengannya –kalaulah tidak digigih oleh keputusan yang diambilnya iaitu, tidak akan kembali kepada sesuatu yang telah diserahkannya untuk keredaan Allah. Namun demikian, kekasih yang dicintainya itu – iaitu Marjanah bekas jariahnya – dijodohkannya kepada orang yang paling disayanginya pula iaitu Nafi’ – hamba sahayanya.

Kemudian ada satu riwayat mengenai Ibnu Umar juga: Bahawa Ibnu Umar waktu di Makkah ingin makan ikan setelah sembuh dari sakitnya. Diuruslah orang mencari ikan ke Makkah tetapi tidak dapat. Tak lama kemudian dapatlah ikan itu lalu dibeli dengan harga satu setengah dirham. Ikan itu pun dibakar lalu dihidangkan di hadapannya bersama roti.


Tiba-tiba datanglah pengenis tercegat di pintu. Ibnu Umar pun menyuruh budaknya (khadamnya) seraya berkata: ”Bungkuskanlah ikan itu dengan rotinya, serahkan kepada si pengemis. Rupa-rupanya budak itu enggan memberikannya kepada pangemis tersebut, lalu dibawanya balik dan diletaknya di hadapan Ibnu Umar sambil berkata: ”Jemputlah makan dengan senang hati, wahai Abu Abdurrahman (gelaran bagi Abdullah Ibnu Umar). Saya telah beri pengemis tadi wang sebanyak satu darham dan ikan ini saya minta balik.” Maka ujar Ibnu Umar pula: ”Bungkus ikan itu balik, serahkan kepada si pengemis dan jangan engkau ambil balik wang sederham itu. Sesungguhnya saya telah mendengar Rasuullah s.a.w. bersabda:


أ َيُّمَا امْرِىٍّ ا ِشْتَهَى شَهَوَةً فَرَدَّ شَهْوَتـَهُ وَا َثـَرَ


عَلىَ نَفْسِهِ إ ِلَّا غَفَرَ اللهُ لـَـهُ.


Sesiapa ingin kepada sesuatu terapi ditahannya keimanannya itu dengan mengutamakan dirinya dari melayani keinginannya (syahawatnya), nescaya Allah ampunkan dosanya.”


Demikianlah, semoga jejak langkah yang digambarkan oleh para sahabat yang solihin dalam beberapa riwayat tersebut, menjadi contoh yang akan diteladani oleh setiap orang yang benar-benar berjiwakan keimanan kepada Allah dan hari kemudian – contoh dan teladan yang ditunjukkan itu. untuk berderma dan berbakti pada jalan Allah
kita patut ambil iktibar.

-----------------------------------------

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah, membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


(Rujukan: Tafsir al-Quran Jilid 4, oleh Ahmad Sonhadji Mohamad keluaran Pustaka Al-Mizan,Taman Sitiawangsa, Kuala Lumpur 1989)


--------------ooooooooooooo--------------





Wednesday, December 23, 2009

Kaabah


Bencana Akibat Lidah - Siaran 141

CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 141.

Firman Allah s.w.t. berikut ini untuk menjadi renungan dan memikirkan tentang kebaikan dan keburukannya :-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Bencana-bencana akibat lidah. Siri 141.

Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar sekali, dan manusia tidak akan selamat dari bahaya ini, melainkan dengan bertutur kata yang baik.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksaud :

لَايَسْتَقِيْمُ إِيْمَـانُ الْعَبْدِ حَتىَّ يَسْتَقِيْمَ قَلـْبُهُ, وَلاَيَسْتَقِيْمُ قَلـْبُهُ حَتىَّ يَسْتَقِيْمَ

لِسَانُهُ, وَلاَيَدْخُلُ الـْجَنَّة َ رَجُلٌ لَايـَأ ْ مَنُ جَارُهُ بَوَاءِـقَهُ. (رواه مسلم)

Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.
(H.R. Muslim).
Sabda Rasulullah s.a.w. :
”Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah s.w.t. akan menutup kecelaannya. Barang siapa yang menahan kemarahannya, Allah s.w.t. akan melindungi dari siksaannya, dan barang siapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya.” (H.R. Termizi

Firman Allah s.w.t

فَلاَ تَقْعُدُوْا مَعَهُمْ حَتىَّ يَخُوْضُوْا فِيْ حَدِيْثٍ غَيْرِهِ, إِنـَّكـُمْ إِذَا مِثْلـُهُمْ. ( النساء: 140)

“Jangan kamu sekalian duduk bersama-sama mereka, sehingga mereka mula dengan perbicaraan yang lain, kalau tidak tentulah kamu sekalian serupa dengan mereka.” (An-Nisa’ ayat 140)

Berkata yang tidak perlu.

Ketahuilah bahawa modal seseorang hamba itu ialah waktunya, selagi ia menghabiskan waktunya pada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah atau menguntungkan pahala di akhirat, maka orang itu telah mensia-siakan modalnya itu.

Antara kebaikan seorang Islam ialah meninggalkan apa yang tiada sangkut paut dengan dirinya. Sebabnya berlaku demikian ialah keinginan seseorang untuk mengambil tahu terhadap sesuatu yang tidak perlu ia tahu. Ataupun menghabiskan masa dengan menceritakan hal ehwal yang tidak ada faedah baginya.
Bahawasanya seorang itu setiap nafas yang dihembuskannya itu adalah modalnya, manakala lidahnya adalah jaringan, yang mana dengannya ia akan memburu segala kebaikan yang berbagai-bagai. Oleh itu hendaklah ia faham benar-benar bahawa mencuaikan lidah itu atau mensia-siakannya merupakan suatu kerugian baginya yang amat besar.

Melibatkan diri dalam kebatilah.

Bahawasanya berbual-bual dalam hal-hal yang bersangkutan dengan maksiat seperti menceritakan hal keadan kaum wanita, menceritakan tentang parti minum arak, duduk bersama-sama orang yang fasiq, menceritakan tentang orang-orang yang takbur dan rancangan-rancangan mereka yang terkeji dan tingkah laku mereka yang buruk, semua ini tidak patut dilibatkan diri kita di dalamnya.

Bencana lidah seterusnya ialah bercakap perkataan yang kotor seperti memaki hamun, berlaku cabul, suka berteriak-teriak di dalam pasar. Untuk menjadi orang yang baik hendaklah sentiasa menjaga diri dari menyebut kata-kata yag kotor itu.
Ketahuilah sebesar-besar dosa besar itu ialah bila seseorang itu memaki hamun kedua ibu bapanya.

Seperkara lagi ialah lidah dan mulut menghina atau mengejek-ngejek orang. Ketahuilah bahawa menghina agtaupun mengejek-ngejeknya orang lain adalah haram menurut syarak. Allah berfirman:

يَأ َيُّهَاا لـَّذِيْنَ آمَنُوْا لَايَسْخَرَ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أ َنْ يَكُوْنُوْا

خَيْرًا مِنْهُمْ, وَلَانِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسىَ أ َنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ. (الحجرات : 11)

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain. Sebab munkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina. Dan janganlah pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.” (Al-Hujrat, ayat 11)





Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat frdhu, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...


وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


--------------ooooooooooooooo--------------

Beruntung Orang Yang Beriman - Siaran 140


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/


Gambar ialah kawasan pergunungan di Pakistan.


EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 140.


Amat Beruntung orang yang beriman.

Firman Allah s.w.t. berikut ini untuk menjadi renungan dan memikirkan tentang kebaikan dan keburukannya :-:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

قَدْ أَفْلَحَ الـْمُؤْمِنُوْنَ. الـَّذِيْنَ هُمْ فَىْ صَلَاتِهِمْ خَاثِعُوْنَ.


وَالـَّذِيْنَ هُمْ عَنِ اللـَّغْوِمَعْرِضُوْنَ. وَالـَّذِيْنَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلـُوْنَ . وَالـَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجِهِمْ حَافِظُوْنَ. إِلَّا عَلىَ


أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلـَكَتْ أِيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلـُوْمِيْنَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأوُلـَءِـكَ هُمُ الـْعَادُوْنَ. وَالـَّذِيْنً هُمْ


لأِ َمَانَا تِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُوْنَ. وَالـَّذِيْنَ هُمْ عَلىَ صَلَواتِهمْ يُحَافِظُوْنَ. أ ُوْلـَءِـكَ هُمُ الـْوَارِثـُوْنَ الـَّذِيْنَ يَرِثـُوْنَ


الـْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيْهَا خَالِدُوْنَ. (المؤمنين 1-11

“Sesungguhnya telah beruntung orang-orang yang beriman. Mereka yang berkhusyuk di dalam sembahyang mereka. Dan mereka yang berpaling dari perkara-perkara yang kotor. Dan mereka yang membayar zakat. Dan mereka yang menjaga alat-alat kelamin mereka, Kecuali pada isteri-isteri mereka ataupun pada hamba sahaya yang nereka miliki, maka sesungguhnya mereka tiada tercela. Barangsiapa mencari selain dari itu, maka nereka itu adalah orang-orang yang melanggar batas. Dan mereka yang memelihara amanat-amanat dan janji mereka. Dan mereka yang menjaga sembahyang-sembahyang mereka. Mereka itulah orang-orang yang mewarisi, yaitu mewarisi syurga firdaus, dan mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. ”
(Al-Mukminin ayat 1 hingga 11).




Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran Surah At-Taubat ayat 112, yang bermaksud:-

”Orang-orang yang bertaubat, beribadat, yang menuji Tuhannya, yang merantau (di bumi Allah), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat baik, dan melarang dari perbuatan-perbuatan jahat, dan yang menjaga bagtas-batas Allah. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (At-Taubat ayat 112).



Firman Allah lagi dalam al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2-4 bermaksud :-

”Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu, ialah yang apabila disebutkan sahaja nama Allah maka takutlah hati mereka dan apabila dibacakan sahaja ayat-ayatNya, maka bertambahlah keimanan mereka. Dan mereka itu sentiasa berserah diri kepada Tuhan mereka. Yaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan membelanjakan dari apa yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan sebenarnya. Mereka memperolehi beberpa darjat di sisi Tuhan mereka, juga pengampunan dan rezeki yang mulia.
(Al-Infal ayat 2 hingga 4).



-------------------------------



Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat frdhu, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه

--------------ooooooooooooooo--------------








Tuesday, December 22, 2009

Bretaubat dari dosa-dosa- Siaran 139




CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 139.

Firman Allah s.w.t. berikut ini untuk menjadi renungan dan memikirkan tentang kebaikan dan keburukannya :-

Faedah Bertaubat dari Dosa-dosa.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ


Firman Allah s.w.t.

. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ . ( الانعام (120)

“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am ayat 120).

---------------------------------



Meninggalkan Dosa Mendapat Pahala.




Firman Allah s.w.t

إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َ

عـَنْهُ نـُكـَفِرْعَنْكُمْ سَيِّـءَـا تِكُمْ وَنـُدْ

خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا.

(النساء : 31)

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa –dosa yang dilarang kamu mengerjakan, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”
(An-Nisa’ 31).
-------------------------------


Memaaf menjauhkan dosa.


وَالَّذِيْنَ يَجـْتـَنِـبُوْنَ كَبَـءِـرَا لْاءِثْمِ ِ وَالـَفَوْا

حِشَ وَإِذَامَاغَضِبُوْاهُمْ يَغـْفِرُوْنَ.

(ألشورى :37)

“Dan bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, apabila mereka marah mereka memberi maaf”
(As-Syuura: 37)

----------------------------------------

Fitrman Allah s.w.t. :-


مَآ أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللهَ وَمَا
أَصَا بَكَ مِنْ سَيِّـءَـةٍ فَمِن نَّفـْسِكَ ج
وَأَرْ سَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُوْلاً ج وَكَفَى
بِاللهِ شَهِيْدًا. (النساء: 79)


“Apa saja nikmat yang kamu perolehi dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari kesalahan dirimu sendiri.
Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi” (An-Nisa’ 79).



وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ

يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء (110


“Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah,niscaya ia memperolehi Allah Pengampun lagi penyayang.
--------------------





Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


--------------ooooooooooooo--------------



Janganlah Memencilkaan Diri - Siaran 138


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail –
hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 138.

Firman Allah s.w.t. berikut ini untuk menjadi renungan dan memikirkan tentang kebaikan dan keburukannya :-:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ


Firman Allah s.w.t


. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ .

( الانعام (120)

Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am ayat 120).

---------------------------------

Jangan Memencilkan Diri.

Para ulama’ menggalakkan pergaulan dengan orang ramai, dan mencari beberapa banyak kenalan dan kawan untuk menimba perpaduan dan kasih sayang antara kaum Mukmin. Kemudian bertolong-tolongan antara satu dengan yang lain dalam urusan-urusan agama dan masyarakat, yakni untuk menegakkan kebaktian dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Hanya dengan jalan bercampur gaul sahajalah segala faedah itu dapat terhasil, yaitu dengan tekad bersunggaug-sungguh serta mengalahkan hawa nafsu, pendek kata bercampur gaulan itu mempunyai banyak faedah yang besar mengatasi faedah-faedah memencilkan diri.

Faedahnya ialah memgambil pelajaran daripada orang lain, atau memberi pengajaran kepada orang lain. Melakukan sesutu pekerjaan yang bermanafaat kepada orang lain, atau mengambil menafaat dari sesuatu pekerjaan yang dilakukan orang lain. Mendidik atau menerima didikan dan mendapat faedah dari berbagai-bagai pengalaman dari orang lain serta mengambil iktibar dan contoh tauladan dari mereka.

Dalam hal menerima dan memberi pelajaran, kedud-duanya adalah terkira antara sebesar-besar ibadat yang boleh dilakukan oleh seseorang di dunia ini. Orang memang sangat berhajat kepada pengetahuan dan menuntut pelajaran ilmu agama yang wajib, jadi adalah berdosa kita kepada Allah s.w.t. kiranya kita memencilkan diri. Orang yang mempunyai bakat dan mempunyai banyak ilmu pengetahuan syariat dan ilmu pemikiran baginya adalah satu kerugian jika memenclikan diri dari masyarakat.

Adapun tentang pengajaran dan menaburkan ilmu pengetahuan ilmu agama dan ilmu yang memeberi manafaat kepada orang ramai maka pekerjaan ini memang besar pahalanya, apabila niat sepengajar dan sipelajar itu bersih dan jujur.
Firman Allah s.w.t. :-



وّ لـِيُنـْذِرُوْا قـَوْمَهـُمْ إِذَا رَجَعـُوْا إِلـَيْهـِمْ
لَعـَلَّهُمْ يَحـْذَرُوْنَ .

(التوبة: 122)

Maksudnya: Hendaklah mereka memberikan pengajaran kepada kaumnya apabila telah kembali kepada mereka nanti, mogoa-moga mereka berhati-hati.”
(at-Taubat: 122)
Adapun mereka yang memencilkan diri dan menyembunyikan ilmu pengetahuan mereka maka berdoslah mereka itu. Firman allah s.w.t. :-


وَإِنَّ فَـرِيـْقـًا مِنـْهُم ْ لـِيَكـْتُمُوْنَ الـْحَقَّ وَهُمْ يَعْمَلـُوْنَ. (البقرة 146)


"Ada sebahagian dari mereka itu yang menyembunyikan kebenaran ilmu pengetahuan sedangkan mereka itu mengetahuinya." (Al-Baqarah 146)


وَمـَن ْ يـَكـْتــُمـْهـَا فـَـإ ِ نـَّه ُآثـِـمٌ قـَلـْبـُهُ.


"Barangsiapa yang menyembunyikannya (penyaksian) Maka berdosalah hatinya. “ (al-Baqarah 283)

Menegenai memberi manfaat dan mengambil manafaat pula ialah menerusi usaha dan bermuamalah, dan yang demilkian hanya boleh berlaku dengan bercampur gaul dengan orang ramai, lalu suka bersedekah dari ilmu dan amal uashanya adalah baik sekali dan lebih baik dari suka memencilkan diri dengan banyak melakukan amal ibadat seorang diri.

Memberi manfaat berarti dengan membuat sesuatu pekara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain, sama ada dengan membelanjakan wang ringgit mahupun dengan memeras tenaga sendiri. Umpamanya menolong orang yang susah dalam segala perkara yang menjadikan dirinya susah, semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah s.w.t.

Merngenai mendidik orang lain dengan berbagai nasihat dan tunjuk ajar yang mereka tidak tahu, mengadakan kelas agama pada belia-belia dan wanita, mengajar fardhu ‘ain kepada masyarakat setempat, mengajak mereka supaya pergi solat berjemaat di masjid dan sebagai lagi, dan begitu juga dengan bercampur gaul dengan orang ramai dan belajar perkara-perkara yang kita masih tidak tahu adalah lebih baik dari memencilkan diri berseorangan.

Dengan bercampur gaul dengan masyarakat kita dapat memilih seorang teman atau lebih yang dapat diajak bertemu dan berbual dalam hal keagamaan dan kebaikan diri. Kita misitilah mempunyai seorang teman atau lebiah yang akan menolong kita bilamana kit dalam kesuahan nanti. Sabda Rasulullah s.a.w. :-


ا َلـْمَرْءُ عَلىَ دِيْنِ خـَلـِيْلـِهِ فـَلـْيَنْظُرْ أ َحَدُكـُمْ مـنْ يُخَا لـِلْ.
(اابخارى و المسلم)


Seorang itu menurut perjalanan temannya, maka hendaklah seorang kamu memerhatikan siapa yang patut diajak berkawan. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hal bercampur gaul dengan orang ramai itu kita akan mendapat banyak pahalanya dari memencilkan diri berseorangan, seperti menghadiri jenazah-jenazah, melawat pesakit-pesakit, menghadiri jemputan kenduri, menghadiri solat berjemaah yang tidak adal kelonggaran untuk meninggalkan berjemaah itu, menghadiri majlis-majlis ilmu, membantu mangsa-mangsa yang menimpa mala petaka seperti kebakaran dan banjitr, mengerjakan gotong royong bagi membersihkan dan mencantikkan masjid dan banyak lagi. Semuanya ini kita akan beroleh ribuan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


--------------ooooooooooooo--------------










Monday, December 21, 2009

Untuk Renungan - Siaran 137


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 137.

Beberapa firman Allah s.w.t. berikut iniu untuk menjadi renungan dan memikirkan tentang kebaikan dan keburukannya :-:-



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.


إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج


الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab; ayat 56.
-----------------------------------------------------


Firman Allah s.w.t

. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ .


( الانعام (120)

“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am ayat 120)


-------------------------------------


Meninggalkan doisa mendapat pahala. Firman Allah s.w.t.:-

إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َ عـَنْهُ نـُكـَفِرْعَنْكُمْ


سَيِّـءَـا تِكُمْ وَنـُدْ خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا

(النساء : 31)

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa –dosa yang dilarang kamu mengerjakan, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”
(An-Nisa’ayat 31)


----------------------------------------


Mengerjakan kejahatn.

وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْاءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ


يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء (110)

”Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehi Allah Pengampun lagi penyayang.”


----------------------------------------------------

Dosa-dosa yang tidak mendapat keamapunan Allah s.w.t.


أنَّ اللهَ لَا يَغْفـِرُأَنْ يُشُرِكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَآؤُ ج وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللهِ فـَقَـدْ ضَلَّ ضلـَلًا بَعِيْدًا.
(النساء :116)

”Sesungguhnya Allah tidak mengampuni jika Dia dipersekutukan dengan yang lain Dia mengampuni dosa yang kurang dari itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, sesungguhnya ia telah sesat sejauh-jauhnya”
( An-Nisa’ ; 116)


--------------------------------

Berzikir dan ingatlah selalu kepada Allah.
Firman Allah s.w.t.


فـَإذَا قـَضـَيـْتـُم ُالصَّلا َة َ فـَاذ ْكـُرُوْا اللهَ قـِيـَامـًا


وَقـُعـُوْد ًا وَعـَلىَ جـُنـُوبـِكـُم ْ : (النساء 103)


“Dan apabila kamu telah selesai menunaikan solat, maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk, dan sedang berbaring.(An.Nisa’ ayat 103).
------------------------------------

وَآقـِمُ لصَّلـَوة َ ج إنَّ الصَّلـَوة َ تـَنْهـَى عَـن ِالـْفـَحـْشَآءِ وَالـْمـُنـْكـَر ِج وَلـَذ ِكـْرُاللهِ إكـْبـَرُ ج وَالله ُيـَعـْلـَمُ
مـَا تـَصْنـَعـُون َ.


(العنكبوت 45)

“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”.
(Al-Ankabut ayat 45)



Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...


وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه



--------------ooooooooooooo--------------






Tuesday, December 15, 2009

Sunday, December 13, 2009

Batu tergantung di Masjid al-Aqsa


Masalah Agama - Siaranb 136



CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 136

Pendahuluan.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah
Al-Baqarah ayat 254 :-


يَاَ يُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا اَنـْفِقـُوْا مِمَّارَذَ قـْنَكُمْ


مِنْ قـَبْلِ اَنْ يّأْ تِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِـيْـهِ


وَلَاخُلَّـة ٌ وَلَا شَفـَا عـَة ٌ وَالـْكَفـِرُوْنَ


هـُمُ الظـَّلِمُوْنَ.


Bermaksud:-

Bermaksud “Hai orang-orang yang breriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli hari itu, tak ada persehabatan dan tak ada pertolongan, (yakni hari kiamat). Orang-orang kafir itu adalah orang-orang inanya.” (Al-Baqarah ayat 254)

-----------------------------------------------


Soalan 305 (307)

Apakah ertinya solat sunat itu.?

Jawapan.

Solat sunat adalah satu bentuk ibadat tambahan yang digalakkan saupaya kita melakukannya secara sukarela. Ia disukai oleh Allah s.w.t. dengan ganjaran kerana mengerjakannya dan tidak menjadi kesalahgan apabila ditinggalkannya, hanya kita mendapat kerugian sahaja apabila Allah s.w.t. memberikan sesatu ganjaran kepada kita, kita tidak menghiraukannya.

Solat-solat sunat juga sebagai menampung apa-apakara kesalahan dalam masa kita mengerjaklan solat-solat wajib sehari semalam lima waktu itu.

--------------------------------------

Soalan 306

Apakah kita masuk ke daam masjid semasa imam berkhutbah,adakah kita dituntut solat tahiyatulmasjid.?

Jawapan.

Sebenarnya memang kita dituntut melakukannya supaya kita berbuat demikian. Sabda Rasulullah s.a.w.”

”Dai Jabir melaporkan seorang lelaki masuk ke dalam masjid pada hari Jumaat semasa Nabi s.a.w. sedang berkhutbah dan beliau bertanya:
”Sudahkah kamu bersolat?” Jawab lelaki itu: ”Tidak”, lalu Baginda berkata ”Bangun dan solatlah diua rakaat.”
(HR Abu Hurairah)

----------------

Soalan 307.

Apakah bilangan solat tarawih yang sebenarnya.?

Jawapan.

Solat tarawih adalah solat semasa waktu selepas isyak dalam bulan Ramadzan. Pada zaman Nabi s.a.w. beliau sendiri pernah melakukan sebanyak lapan rakaat dengan setiap dua rakaat satu salam. Kemudian Khalipah Kedua, Umar al-Khatab melakukan solat tarawih sebanhyak dua puluh rakaat di masjid. Amalan solat tarawih 20 rakaat terus diamalkan hingga kezaman sekarang.

--------------------------

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


--------------------oooooooooooo------------------

Untyk Renungan - Siaran 135


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 135

Pendahuluan.


إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج


يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56.

----------------------------------------------------

Sabda Rasulullah s.a.w. :-


تـَرَكـْتُ فـِيكـُمْ أ َمـْرَيـْنِ لـَنْ تـَضَلـُّوْا مـَا

تـَمَسَكـّْـتــُمْ بـِهـِمَا: كـِتـَابَ اللهِ وَ سـُنـَّة َ

رَسـُولُ الله. (الحديث - رواه مسلم)


Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaiatu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya.
(H.R. Bukahri dan Muslim).


----------------------------------------------------


Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 254 :-

يَاَ يُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا اَنـْفِقـُوْا مِمَّارَذَ قـْنَكُمْ


مِنْ قـَبْلِ اَنْ يّأْ تِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِـيْـهِ


وَلَاخُلَّـة ٌ وَلَا شَفـَا عـَة ٌ وَالـْكَفـِرُوْنَ


هـُمُ الظـَّلِمُوْنَ.


Bermaksud:-

Bermaksud “Hai orang-orang yang breriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli hari itu, tak ada persehabatan dan tak ada pertolongan, (yakni hari kiamat). Orang-orang kafir itu adalah orang-orang inanya.” (Al-Baqarah ayat 254)


-----------------------------------------------


Firman Allah s.w.t. dalamSurah al-An’am ayat 120 :-


وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج


إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَالْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ


بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ .


( الانعام (120)


Bermaksud:


“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan” (Al-Am ayat 120)

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.


Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه






---------------------oooooooooooooooo----------------







Friday, December 11, 2009

Bab Solat - Siaran 134


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 134.

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56.

-----------------------------------------------------

Masalah Agama.

Soalan 302. – (304)

Apakah waktu yang dilarang bagi mengerjakan solat-solat sunat.?

Jawapan.

Waktu-waktu yang dilarang bagi melakukan solat-solat ialah:-


a. Selepas solat Subuh.
b. Semasa matahari terbit.
c. Semasa matahari rembang.
d. Selepasa solat Asar.
e. Semasa matahar terbenam.

Solat yang dilarang itu adalah solat yang tidak mempunyai waktu dan sebab seperti solat sunat mutlak, sunat tasbih, dan juga solat yang mempunyai sebab terkemudian seperti solat istikharah. Kita dibenarkan melakukan solat waktu yang diqadha.


Soalan 303.

Apakah erti solat berjemaah dan hukumnya. ?

Jawapan.

Solat berjemaah ertinya solat beramai-tramai iaitu sekurang-kurangnya seorang iman dan seorang makmum, itu sudah dikira mendapat pahala solat berjemaah,

Hukumbnya adalah fardhu kifayah menurut Imam Syafie dan Imam Maliki dalam pendapat pertamanya. Manakala Imam Ahmad bin Hambal berpendapat solat berjemaah itu adalah fardhi ’ain sedangkan Imam Hanafi mengatakan wajibn hukumnya.
Solat berjemaah memang banyak kelebihannya. Sabda Rasulullah s.a.w. :-
”Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat”

Solat berjemaah boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan tempat itu bersih dan suci sama ada dipadang, hutan, kebun, madrasah, di rumah, di masjid, dan tempat-tempat lain, namun tuntutan berjemaah adalah lebih baik di masjid.



Soalan 304.

Apakah syarat-syarat sah solat berjemaah.?

Jawapan.

Ketahuilah bahawa syarat-syarat sah solat jemaah itu adalah:-

(1). Makmum perlu berniat mengikut imam, tetapi imam itu tidak disyaratkan niat menjadi imam. (Adalah lebih baik imam itu berniat ianya menjadi imam untuk mendapatkan pahala menjadi imam).

(2). Makmum mengkemudiankan kedudukan, bacaan dan perbuatan daripada imam.
(3). Makmum perlu mengetahui perpindahan imam daripada satu rukun ke satu rukun yang lain sama ada dengan melihat ataupun mendengar imam ataupun melihat makmum di hadaannya.

(4). Makmum perlu mengetahui dan yakin akan sah solat imamnya.

(5). Imam dan makmum perlu berada dalam satu bangunan. Sekiranya kedua-duanya ataupun salah seorang berada di luar bangunan ataupun di tanah lapang, maka disyaratkan jarak antara kedua-duanya tidak melebihi 300 hasta.

(6). Solat makmum perlu muafakat ataupun sama dengan solat imam daripada segi caranya.

(7). Makmum tidak boleh menyalahi imam dalam melakukan ataupun meninggalkan perkara-perkara sunat.

(8). Makmum tidak boleh mengikut imam yang kurang daripadanya seperti imam itu orang tidak tahu membaca (ummi), dan bagi lelaki, imam itu perempuan.

(9). Makmum tidak boleh mengikuti orang yang menjadi makmumn kepada imam yang lain.

(10). Makmum tidak boleh ketinggalan daripada imamnya dua rukun dengan sengaja ataupun tiga rukun dengan uzur ataupun mendahului dua rukun daripada imam dengan sengaja.

(11). Hanya terdapat satu perkara yang dituntut kita menyamai imam iaitu ucapan ”amin” sebaik sahaja selesai bacaan surah al-Fatihah. Ini berdasarkan hadis yang bermkasud :

”Apabila imam mengucap ”amin” maka kamu perlu turut memgucapkannya, sesiapa yang ucaan ”aminnya” serentak dengan ucapan”amin” imam malaikat pasti diampunkan dosanya yang lalu.”


Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...



وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـ



--------------------------ooooooooooooooooooooo--------------------------

Tsunami.


Untuk Renungan - Siaran 133

CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 133.

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56.

-----------------------------------------------------

Allah menyempurnakan agama Islam.

الـْيـَوْم َ أ َكـْمـَلـْتُ لـَكـُمْ د ِيـْنـَكـُمْ

وَا َتـْمـَمْتُ عـَلـَيـْكـُمْ نـِعـْمـَتِى وَوَضَيـْتُ

لـَكـُمُ الْإ ِسـْلـَمَ د ِينـًا

(المأيده 3)

Brmaksud:
“Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmat Ku dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama.” (Al-Maidah ayat 3).


------------------------------------

Berbuat baik kepada dua orang ibu bapa.
Al-Quran Surah Al-Ahqaaf ayat 15.

وَوَصَيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ اِحْسَنًا حَمَلَتْهُ اُمُّهُ كُرْهًا

وَّوَضَعَتْهُ كُرْهًا. وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَثُوْنَ شَهْرًا .

حَتَّى اِذَا بِلَغَ اَشُدَهُ وَبَلَغَ اَرْبَعِيْنَ سَنَةً. قَالَ رَبِّ اَوْ

زِعْنِىْ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الـَّتِىْ اَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَى

وَالِدَىَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْ ضَهُ وَاَصْلِحْ لِىْ

فِىْ ذُرِّيَتِىْ.اِنِّىْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّىْ مِنَ الـْمُسْلِمِيْنَ.


Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengn susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula, Masa mengandungnya sampai menceraikankanya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya.


Sehingga bila ia sampai dewasa dan (umurnya) empat puluh tahun, ia berkata: Ya Tuhanku…..taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmat Engkau, yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan soleh yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunan ku). Sungguh aku bertaubat kepada Mu dan aku termasuk orang-orang Islam.


------------------------------------------------------------------

Firman Allah s.w.t. :

وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج

إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَالْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ

بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ .

( الانعام (120)

Bermaksaud:

Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan” (Al-Am ayat 120)


------------------------------------------


Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...


وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه




-----------------oooooooooooo---------------------------

Masalah Agama Islam - Siaran 132


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 132.

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56.

-----------------------------------------------------

Allah menyempurnakan agama Islam.

الـْيـَوْم َ أ َكـْمـَلـْتُ لـَكـُمْ د ِيـْنـَكـُمْ

وَا َتـْمـَمْتُ عـَلـَيـْكـُمْ نـِعـْمـَتِى وَوَضَيـْتُ

لـَكـُمُ الْإ ِسـْلـَمَ د ِينـًا

(المأيده 3)

Brmaksud:
“Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmat Ku dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama.” (Al-Maidah ayat 3).

------------------------------------


Masalah Agama 300. ( 301 )

Soalan.

Bilakah waktu solat Dhuha boleh dilakukan dan berapakah bilangan rakaatnya yang diperlukan.

Jawapan.

Waktu solat Dhuha adalah lebih kurang setengah jam selepas terbit matahari sehingga sebelum gelincir matahari. Ia boleh dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat ataupun dua belas rakaat.


Masalah 301.

Apakah solat-solat sunat yang dituntut supaya berjemaah dan apakah solat sunat yang boleh bersedirian?

Jawapan.

Solat-solat sunat yang dituntut berjemaah di antaranya ialah:-

a. Solat Tarawih.
b. Solat dfua hatri raya.
c. Solat istisqa’
d. Solat gerhana mnatahari danbulan.
e. Solat witir dalam bulan Ramadzan.

Solat-solat sunat yang tidak berjemaah antaranya ialah :-

a. Solat-solat rawatib.
b. Solat witir.
c. Solat tasbih.
d. Solat tahajjud.
e. Solat taubat.
f. Solat awwabin.
g. Solat hajat.
h. Solat tahiyatul masjid.
i. Solat wuduk.
j. Solat musafir.
k. Solat ihram.
l. Solat istikharah.



Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.


Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه



--------------------------oooooooooooooo

Masalah Agama - Siaran 131





CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 131.

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56


Masalah Agama. 298. – (299)

Mohon beri keterangan ataupun hadis yang menerangkan berkenaan tuntutan mengerjakan solat-saolat sunat ?

Jawapan:

Sesungguhnya setiap ibadat sama ada wajib ataupun sunat perlu ada keterangan dari al-Quran, ataupun contoh daripada Rasulullah s.a.w. ataupun para sahabat.
Fitrman Sallah s.w.t.:

وَمِنَ الـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلـَةً لـَكَ عَسَى أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقَا مًا مَحْمُوْدًا. ( ال اسرق اية 79).


”Dan sebahagian dariada waktu malam, bangunlah bagi bersolat Tahajjud sebagai tambahan untukmu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di tempat yang terpuji (syurga)."
(Al-Israq ayat 79).

Terdapat beberapa banyak Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan solat-solat sunat itu diperlukan:

a. Rabiah bin Malik al-Aslami melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya , “Mintalah….”Lalu saya pun berkata “Saya mahu menjadi pengiring ataupun bersama tuan dalam syurga.” Kemudian beliau berkata, “Adakah permintaan lain selain daripada itu.” Saya menjawab. “ Itu sahaja. ”Kemudian baginda berkata. “ Hendaklah kamu membantu akan daku terhadap dirimu dengan memperbanyak sujud iaitu banyak bersolat sunat.”

b. Aisyah r.a. berkata, ”Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat empat rakaat sunat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh.”

c. Aisyah r.a. berkata : ‘Tidak sesuatu dan solat yang Nabi s.a.w. mengambil berat selain dua rakaat solat fajar.”

d. Aisyah r.a. berkata “Rasulullah s.a.w. bersolat dhuha sebanyak empat rakaat dan menabahkan apa yang diizinkan oleh Allah.”

e. Rasulullah s.a.w. bersabda. “Sebaik-baik solat selepas solat-solat fardhu adalah solat-solat sunat pada waktu malam.”

f. Rasulullah s.a.w. bersabda.”Berwitirlah kamu, wahai ahli Quran, sesunggunya Allah itu ganjil, dan mengasihi yang ganjil.”

g. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat wititr itu adalah kewajipanm setiap individu Muslim; sesiapa yang suka berwitir dengan lima rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berweitir dengan tiga rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berwitir dengan satu rakaat, maka lakukanlah.”

Masalah 299.

Mohon senaraikan solat-solat rawatib muakad dan rawatib tidak muakad.?

Jawapan.

1. Sunat rawatib yang muakad iaitu sunat yang dituntut dan sentiasa dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. :

a. Dua rakaat sebelum Subuh.
b. Dua rakaat sebelum Zuhur
c. Dua rakaat selepas Zuhur.
d. Dua rakaat selepas Maghrib
e. Dua rakaat selepas solat Isyak.

2. Sunat rawatib yang tidak muakad ialah :

a. Dua rakaat sebelum Maghrib.

b. Dua rakaat sebelum Isyak.

c. Dua rakaat sebelum Zuhur.

d. Dua rakaat selepas Zuhur.

f. Dua rakaat sebelum Asar.


-----------------------------------------------




Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.

------------------ooooooooooooo-----------------------

Thursday, December 10, 2009

Masalah solat - Siaran 130


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 130.

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56


Masalah Agama. 295. - (297)

Bagaimana sekiranya kita terlupa membaca surah al-Fatihah semasa dalam solat?

Jawapan.

Sekiranya meninggalkan rukun dalam solat dilakukan dengan sengaja, maka batallah atau tidak sah solatnya itu. Tetapi jika berlaku dalam keadaan terlupa, tidak batal solatnya. Cuma wajib kita melakukan nya semula (menanmbah) rakaat yang terluupa bacaan al-Fatihah itu, apabil teringat. Contohnya apabila terlupa membaca surah al-Fatihah kemudian teringat semasa ia sedang rukuk, pada masa itu kita perllu bangun semula dan membaca surah al-Fatihah.

Tetapi apabila teringat selepas bangun daripada rakaat pertama, maka perlu diteruskan solat dengan empat rakaat lagi (sekiranya solat itu solat Zuhur, atau Asar atau Isya yang, empat rakaat) kerana rakaat yang pertama tadi tidak dikira sebagai satu rakaat.

Sekiranya teringat sebaik sahaja memberi salam, kita perlu niat masuk semula ke dalam solat dan kerjakan satu rakaat lagi beserta membaca tahayat dan member salam semula, kerana rakaat yang terlupa membaca al-Fatihah itu tidak dikira sah.

Masalah Agama 296.

Apakah hukumnya dengan orang yang semasa solat suka menoleh ataupun memaling muka ke kiri atau ke kanan atau melangut ke atas ?

Jawapan.
Sebenarnya banyak perkara yang dilarang ataupun makruh dilakukan semasa solat. Selain menoleh ataupun memalingkan muka daripada kiblat, ada beberapa perkara lagi yang makruh yang dilakukan dalam solat, antaranya :-

a. Berdiri dengan sebelah kaki.

b. Berada dalam menahankan diri daripada membuang air besar, atau kecil,
ataupun menahan kentut.

c. Bersolat di samping ada makanan atau menangguhkan makan yang tersedia dan
pergi bersolat.

d. Bersolat dalam keadaan mengantuk atau dalam keadaan mabuk.

e. Bersolat dengan memejamkan mata.

f. Menyaringkan bacaan pada tempat yang perlahan ataupun sebaliknya.

g. Menyapu-nyapu muka.

h. Bersembahyang di tempat lalu lintas orang ramai.

i. Terlalu lapar bersolat.

j. Bersandar di tembok ketika solat di tepi dinding.

k. Menggerak tangan atau jari ketika solat.


Masalah Agama 297.

Adakah terbatal solat seseorang itu apabila ia berangan-angan atau mengingtakn sesuatu semasa ianya sedang bersolat?

Jawapan.
Solatnya itu sah dan tidak terbatal, tetapi mengurangkan pahala dan kelebihan solat secara khusyuk. Allah mengutuk orang yang lalai dalam masa melakukan solat. Firman All s.w.t. :

وَلَا تـَكُنْ مِنَ الـْغَافـِلِيْنَ . (الأعرف 205)

”Dan janganlah kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai.” (Al-Ikraf 205).


Sekian dahulu dan diharapkan kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh dan kita benar-benar memahami perkara-perkara yang membatalkannya sama ada solat atau iabadat-ibadat lainnya.

Sekian dahulu dandsudsahu...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.


(Rujukan kitab :Fikah Harian m.s.63)


------------ooooooo-----------

Yang Membatalkan solat - Siaran129


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 129

Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56


Masalah Agama. 294.

Mohon jelaskan satu persatu perkara-perkara yang nembatalkan solat ?


Jawapan.


Berikut ini adalah perkara-perkara yang menyebbakan terbatalnya solat kita:-

a. Berkata-kata atau bercakap dengan sengaja walaupun dengan satu huruf sahaja yang dapat difahami.

b. Perbuatan yang banyak dan berturut-turut, kecuali semasa solat sunat dalam perjalanan.

c. Kedatangan hadas kecil atau bresar.

d. Terkena najis sama ada pada badan, pakaian dan tempat solat.

e. Terbuka aurat. Aurat lelaki dalam solat antara pusat dan lutut, manakala aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.

f. Mengubah niat, iaitu ubah dari niat yang diangkat semasa takbiratiul ihram.
g. Berpaling dada daripada kiblat.

h. Makan ataupun minum walaupun sedikit.

i. Menambah rukun ”fi’li” (perbuatan) dengan sengaja.

j. Memanjangkan rukun yang pendek dengan segaja.

k. Murtad dan dari agama Islam.

l. Meninggalkan bacaan ”fatihah”


Dengan itu dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh dan kita benar-benar memahami perkara-perkara yang membatalkannya sama ada solat atau iabadat-ibadat lainnya.
Sekian dahulu dandsudsahu...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.



------------------oooooooooooooooo-----------------------

Wednesday, December 9, 2009

Dosa besar dan kecil - Siaran 128



CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 128

Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56


Dodsa bersar dan Dosa Kecil.

Ketahuilah bahawasanya dosa itu terbahagi kepada dosa besar dan dosa kecil. Dalam menentukan dosa besar dan dosa kecil telah berlaku pertelingkahan antara para ulama’. Setengan mereka mengatakan tidak ada dosa besar dan dosa kecil, bahkan semuanya dosa itu tingkatannya sama belaka. Sebab setiap penentangan terhadap perintah Allah s.w.t. dan laranganNya dikira sebagai berdosa sahaja.

Tetapi pendapat ini adalah lemah disebabkan adanya firman Allah s.w.t. seperti berikut yaang bermaksud:-

”Jika kamu menjauhi fdosa-dosa besar yang dilarang kamu mengerjakannya nescaya Kami (Allah) hapuskan segala kesalahan kamu dan akan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia”
(Al-Quan surah An-Nisa’ ayat 31)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:-

”Orang-orang yang menjauhi doda-dosa besar dan perbuatan keji, kcuali kesalahan-kesalahan yang kecil”
(Al-Quran surah An-Najmu Aat 32)

Abu Talib al-Maki berkata bilangan dosa-dosa besar itu semuanya berjumlah tyjuh belas iaituhasdil prenyelidkannya dari berbagai Hadis dan Atar:

(1). Empat macam daripadanya berkaitan dengan hati:-

a. Syirik kepada Allah.
b. Berkecimpung terus menerus dalak maksiat.
c. Putus adsa dari rahmat Allah s.w.t.
d. Merasa diri aman dari balasan Allahs.w.t.

(2). Empat macam lagi berkaitan dengan lidah:

a. Bersaksi bohong.
b. Menuduh orang berzina.
c. Melakulan perbuatan sihir.
d. Mengucapkan sumpah palsu.


(3). Tiga macam lagi berkaitan dengan perut:

a. Minum arak.
b. Makan harta anak yatim dengan inanya mererka.
c. Makan riba sedangkan ia taghu riba itu haram.

(4). Dua macamlagi berkaitan dengan alat kelamin

a. Berzina.
b. Melakukan perbuatan lewad.

(5). Dua macam lagi berkaitan dengan kedud-sdua
belah tangannyya. (a) Mencuri (b)Memuku orang.
(6). Satu lagi mengenai melarikan diri dari peperangan.

(7). Satu lagi mengenai menderhaka kepada kedua ibu
bapa.

Dosa-dosa kecil.

Setiap insan pasti telah melakukan berbagai kesalahan atau dosa yang kita sendiri tidak sedar mahupun yang kita sedar. Diantara sebahagian dari dosa-dosa kecil itu ialah:

(1). Mengumpat kepada orang
( 2). Berdengki khianat
( 3.) Bercakap takbur
( 4). Perbuatan riak diri
( 5). Marah dan berdengki
( 6). Berdendam
(7). Tamak dan haloba
(8). Takbur dan bangga diri
( 9). Menipu orang ramai
(10). Memutus solitarahim
(11). Bakhil, kikir dan kedekut
(12). Gibah atau buat fitnah.

Dosa-dosa kecil ini boleh menjadi dosa besar apabila dilakukan terus menerus tanpa hentian. Sebab itu dikatakan bukanlah namanya dosa kecil, dan bukanlah dosa besar pula sesudah
dipohonkan ampun pada Allah s.w.t. dan tidak di ikuti lagi dengan perlakuan dosa-dosa tersebut lagi.

Janganlah kita memandang enting terhadap sesuatu dosa kecil itu, sebab setiap dosa yang dipandang berat dan besar oleh seseorang hamba, teapi menjadi kecil di sisi Allah .sw.t..dan yang dipandang kecil itu tetapi menjadi besar pula di sisi Allah s.w.

Sesungguhnya hendaklah menganggap sesuatu dosa itu sebagai satu perkara yang besar dengan timbul di hati yang kurang senang dan benci terhadap perlakuan dosa itu. Orang mukmin itu akan memandang dosanya seperti gunung di atas kepala yang pada bila-bila masa sahaja akan menimpanya. Orang-orang yang munafiq memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas batang hidungnya lalu di usirkan sahaja.

Sekin dahulu dalam Bab ini, semoga dengan siaran Blog ini dan mereka yang malayari dan membacanya agar mendapat menafaat dan moga-moga mereka tidak akan melakukannya sama ada besar atau kecil. Dan mareka yang telah terlibat dengan pelbagai dosa tersebut hendaklah bertaubat memohon dan memohon keampunan dari Allah s.w.t.Sekian.

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ

-------------ooooo------------





Tuesday, December 8, 2009

Jenis haram dan halal - Siaran 127

CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 127

Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56


Jenis Haram dan Halal – Siaran 127.

Bahawa satu kesimpulan dalam pokok pembahgian halal dan haram aitu sesuatu benda itu menjadi haram kerana keadaan zat benda itu sendiri, ataupun kerana sesuatu punca dalam cara memperolehinya.

Bahagian Pertama :

Adapun yang dikatakan haram kerana sesuatu sdifat pada zatnya ialah sepertti arak, daging babi dan lain-lainya, dan keterangan selanjutnya, bahawasanya semua benda-benda yang dimakan yang terdapat di atads muka bumi ini tidak terkeluar dari tiga bahagian iaiu :

a. Merupakan benda galian seperti garam dan tanah atau sebagainya.

b. Benda-benda tumbuh-tumbuhan.

c. Binatang-binatang.


Benda galian.

Adapun benda galian itu daripada berbagai-bagai bahagian bumi dan segala yang keluar dari bumi. Maka hukumnya tidak haram memakannya, kecuali jika ia mendatangkan mudarat bagi orang memakanya, atau kerana pada sebahagiannya terdapat bahan-bahan yang sama seperti racun. Pendek kata jika roti sekalipun bila memudaratkan orang yang menakannya tetap haram hukumnya. Bagitu juga dengan tanah, jika ada orang yang biasa memakannya, tidak haram hukum memakanya, hanya diharamkan kerana ia boleh memudaratkan pemakannya sahaja.

Tumbuh-tumbuhan.

Segala tumbuh-tumbuhan tidak haram hukum memakannya, melainkan yang mempunyai unsur-usur yang boleh merosakkan akal fikiran, ataupun yang boleh memusnahkan kehidupan, atau mengganggu kesihatan. Adapun yang boleh merosakkan akal fikiran itu saperti ganja, arak, candu, dan segala yang boleh memabukkan, yang memusnahkan kehidupan pula ialah segala jenis racun, seperti kulat jenis yang beracun, dan yang mengganggu kesihatan ialah memakan ubat bukan pada masa-masa yang tidak ditentukan. Pokok pengharaman yang disebutkan ini ialah disebab ia mendatangkan kemudaratkan kepada diri, maka hukunmnya tetap haram samaada ia diminum sedikit sahaja, ataupun memang orang yang meminumnya itu biasanya tidak mabuk.


Binatang.


Manakala binatang pula, maka ia terbahagi kepada yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Hanya dikatakan binatang yang boleh dimakan iutu,bila ia disembelih dengan sembelihan yang ditunjuk oleh syariat. Dengan syarat-syarat yang ditentukan ke atas menyembelih, alat penyembelihan dan tempat-tempat yang disebutkan di dalam kitab-kitab fiqah. Binatang yang bukan disembelih menurut syarat-sayarat syariat, atau pun yang mati begitu sahaja adalah haram memakanya dan dikira seperti bangkai, sedangkan memakan bangkai itu tidak halal, kecualibangkai ikan danbelalang sahaja.

Haram kerana memperolehinya.


Dalamhal ini adalah terbahagai kepada dua jenis:

a. Sesuatu yang diperolehinya.

Bermaksud sesuatu yang diperolehi tanpa ada pemilliknya, benda-benda galian, (seperti bijih timah, emas, tanah merah dan sebagai lagi), dengan syarat segala yang diperolehi itu tidak terkhusus kepunyaan seseoeang atau Kerajaan, tegasnya tidak ada pemikliknya yang sah, adalah halal.


b. Sessuatu yang diperolehi secara paksa dari orang-orang adalah terjatuh dalam golongan haram.


c. Sesuatu yang diperolehi secara tukar menukar dengan syarat masing-masing reda satu sama lain (seperti jualbeli) adalah halal.


d. Sesuatu yang diperolehi seperti warisan harta yang diperolehi mengikut hukum syarak adalal halal.


Sekian dahulu dalam hal ini dan diucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi melayari Blog ini, semoga kita sama-sama mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.


وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.


(Rujukan - Kitab Bimbingan Mukminin, m.s. 276)

-----------------------ooooo---------------------------

Saturday, December 5, 2009

Jangan hidup meminta-minta - Siaran 126






CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 126


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56



Jangan Hidup meminta-minta.


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :-

”Barangsiapa yang meminta-minta daripada orang-orang dengan maksud supaya menjadi banyak apa yang dimlilikinya, jadi sudah cukup tetapi terus saja meminta-minta, maka sebenarnyalah orang itu meminta bara api. Maka dar itu baiklah ia memilih hendak mempersediakan atau memperbayakkan, siksanya.”
(Hadis Riwayat Muslim.)


”Tangan yang di atas, yang memberi, adalah lebih mulia daripada tangan yang di bawah, yang orang memberi padanya. Dan dahulukan dalam pemberian itu kepada orang-orang yang menjadi tanggungan kamu, yakni yang wajib dinafkahkan. Sebaik-baik sedekah ialah yang diberikan di luar kebutuhan, yakni keadaan diri sendiri dan keluarga sudah dicukupi. Barangsiapa yang enggan meminta-minta, maka Allah akan memberikan kecukupan padanya dan barang siapa tidak membutuhkan pemberian manusia, maka Allah akan memberikan kekayaan padanya.
(Hadis Mutafaq ’Alaihi)



Sekian dahulu untuk renungan, semoga meninggalkan kesan pada diri kita bersama untuk menuju ke jalan kebaikan.

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh.

---------------------oooooooooooooo---------------

Masalah Agama 267- 293 - DSiaran 125






CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 125


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56

-----------------------------------------------------------

MASALAH AGAMA – Siaran 125


Masalah 268 - (hingga 296
Orang yang masbuq. (hingga 296)

Makmum yang mula takbir dimana keadaan Imamnya tengah ruku’. Dia sempat ruku’ bersama Imam sekadar membaca “subhana rabbiyal ‘azim” sahaja, adakah ia dapaat satu rakaat?

Jawapan.

Orang yang masbuq ini dapat satu rakaat., bacaan fatihahnya ditanggug oleh Imam. Bermaksud jika ia lakukan niat dan takbiratul ihram, lalu ia segera ruku’, tanpa membaca fatihah, lalu ia dapatkan thumaniunah (berhenti sekejap) bersama-sama Imam dalam ruku’ maka ia dapat satu rakaat itu. Akan tetapi jika ia tidak dapat thumaninah bersama-sama Imam dalam ruku’ itu maka ia tidak dapat satu rakaat. (masaslah 1 ms.71)

Masaslah 269…Tempat Sembahyang yang bersih.

Bagaimanakah tempat sembahyang yang bersih.

Jawapan.

Yang dimaksudkan tempat sembahyang ialah Tempat yang bertemu atau bersentuhan dengan badan atau pakaian orang yang bersembahyang. Waktu berdiri dimana tempat kedua tapak kaki diletakkana. Waktu duduk dimana kain dan bahagian badan diletakkan. Waktu sujud dimana segala anggota sujud dan bahagaian-bahagian badan dan pakain diletakkan. Jadi yang tidak terkena dengan satu bahagian badan atau pakaian orang yang sembahyang, bukanlah tempat yang dimaksudkan. Misalnya kita tengah sembahyang bila hendak sujud, terjatuh tahi cicak luar dari tempat sembahyang, maka cukup kita elakkan, artinya jangan dikenakan bahagian dari anggota badan dan pakaian kita. Pada ketika itu tidaklah yang kejatuhan tahi cicak itu dinamakan tempat sembahyang kerana tidak terkena dengan anggota badan atau pakaian kita. (Masalah 33(1) ms. 74)

Masalah 270…Solat yang hamnpir masuk waktu lain.

Adakah solat seorang itu sah apabila ia sujud sekali sudah masuk waktu Asar.

Jawapan

Solatnya sah tetapi dikatakana solat Qada’. Akan tetapi bila dia telah lakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dan ia telah masuk melakukan rakaat kedua maka masuklah waktu Asar maka solatnya itu sah dan dinamakan “Ada’an”, kerana telah dilakukan serakaat penuh dalam waktu yang ditentukan iaitau Zohor.

Masalah 271 …Bolehkah wuduk digunakan untuk beberapa solat
Jawapan.

Sebelum kita terbatal dari suatu wuduk yang kita sudah lakukan, tidaklah terbatas kekuatan wuduk itu kepada satu atau dua solat yang fardhu, artinya masih boleh dilakukan solat yang dengam wuduk itu walaupun ratusan solat fardhu, asalkan jangan terbatal, kecuali tayammum hanya terbatas untuk satu solat fardhu sahaja, tetapi solat sunat bolehlah berbilang-bilang dengan tayammum. (Masalah 20 (1) ms 48.)

Masalah 272… Tayammum wuduk dengan tayammum junub bersamaan.
Mengapa tayammum wuduk dengan tayammum junub sama sahaja yakni tidak berbeza cara pembasuhannya.

Jawapan.

Tempat yang disapu dalam tayammum atau angguta tayammum hanyalah muka dan dua belah tangan sampai dua siku, baik tayammum itu untuk pengganti hadas kecil ataupun hadas besar. Sebabnya adalah kerana tayammum itu adalah rukhshah (kesenangan) yang menghilangkan cegahan sembahyang dan bukan mengangkatkan hadas. Orang yang berhadas besar, atau orang yang berjanabat dan orang yang berhadas klecil , jika berhalangan mempergunakan, air kerana sakit, atau kerana ketiadaan air bolehlah ia bersembahyang, dalam keadaan berhadas jika ia telah lakukan syarat-syarat iaitu melakukan tayammum. Tayammum hanya membolehkan sembahyang dan tidak mengangkatkan hadas. Oleh kerananya jika telah beroleh air wajiblah orang junub mengangkat hadas besar dengan bermandi untuk melakukan sembahyang. (Masalah 23(1) ms 55)

Soalan 273…Menahan-menahan hadas kecil da;am sembahyang
Bagaimana hukumnya jika kita ada air sembahyabng sedang sembahyang menahan-nahan hadas kecil.

Jawapan.

Menahan hadas kecil, artinya menahan ingin buang air kecil, menahan ingin keluar angin, menahan buang air besar. Keinginan ini ada kalanya datang di luar sembahyang dan adakalanya pula di tengah kita sedang bersembahyang adalah makruh. (Masalah 26(1) ms 64)


Masalah 274… Imam membuat sujud sahwi
Jika Imam meninggalkan sesuatu pkerjaan solat yang menyebabkan sujud sahwi wajibkah Makmum turut sama sujud sahwi.

Jawapan,

Makmum wajib mengikut apa yang diperbnuat oleh Imam. Dalam hal sujud sahwi wajib makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi wasupun makmum tidak mengetahui apa yang menjadi sebab imam sujud sahwi.
(Masalah 31 (1) ms 73)

Masaslah 275.. Wanita terbuka kain penutup kaki.
Sahkah sembahyang para wanita apabila sedang mengerjakan sembahyang terbuka kain penutup telapak kaki.

Jawapan.

Aurat wanita dalam sembahyang adalah seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan luar dalam. Tapak kaki adalah aurat. Tetapi dikala berdiri hasillah penutupnya dengan tempat ia diletakkan dilantai atau balai-balai atau tikar. Akan tetapi jika ketika sujud terbuka baik ada orang yang melihatnya atau tidak, batallah sembahyangnya.
(Maslaah 32 (1) ms 73)


Masalah 276 ..Solat qobliyyah (terdahulu) Jumaat
Bagaimanakah hukumnyaa solat qobliyyah Jumaat.

Jawapan.

Solat qobliyyah Jumaat adalah sunnah artinya orang yang melakukannya beroleh pahala dari pada Allah s.w.t. dan tidak berdosa yang meninggalkannya. Sama halnya dengan qaoliyyah solat Zohor.
Dalilnya menurut hadis diriwayat oleh Atthabarani bermaksud:
“Bahawa nabi s.a.w. adalah beliau bersembahyang sebelum Jumaat dua rakaat dan sesudahnya dua rakaat.” (Masalah 38(1) ms 83)

Masalah 277.. Aturan Sembahyang qada’
Bagaimanakah caranya kita membayar Qada’ sembahyang.

Jawapan

Cara terbaik dalam melaksanakan Qada’ sembahyang ialah sunnat mentertibkan iaitu mendahulukan qada’ Subuh sebelunm mengqada’ Zuhur, mendahulukan qada’ Zuhur sebelum mengqada Asar.
(Masalah 41 (1) ms 91)

Masalah 278 …Sunnat Asar

Bolehkan kita kerjakan sunnat solat Asar selepas solat Asar.

Jawapan.

Boleh dilakukan jika kita benar-benar ada banyak urusan. Menrut hadis yang diriwayatkan oleh Ummi Salamah r.a. berkata bermaksud;
“Pernah kesibukan Rasulullah s.a.w. sehingga meninggalkan sunnat dua rakaat sebelum Asar, maka dilkukannyalah solat dua rakaat itu setelah selesai solat Asar.” (Masalah 41 (1) ms 94)

Masalah `279..Meniggalkan Solat Jumaat lebih 3 kali..
Bagaimana hukumnya orang yang meninggalkan solat Jumaat lebih 3 kali.

Jawapan

Orang lelaki yang tak ada padanya satu uzur dari pada uzur-uzur Jumaat hukumnya haram meninggalkan solat Jumaat walaupun hanya sekali kerana hukum solat Jumaat bagi mereka itu adalah fardu ‘ain. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Attarbani yang bermaksud:
“Barang siapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat tanpa sesuatu keuzuran, dituliskanlah ia dari pada golongan orang-orang Munafiq.”
(Masaalah 44 (1) ms 101)

Soalan 280 .. Solat Jumaat kurang 40 orang.
Bagaimanakah hukumnya solaat Jumaat kurang dari 40 orang anak kariah.

Jawapan.

Hukumnya hendaklah 40 orang anak kariah termasuk Imam baharu sah sembahyang Jumaat. Sekiaranya tidak cukup seperti itu maka haruslah solat Zohor sahaja. (Masalah 46 (`1) ms 103)

Soalan 281…Hukum mengyucak “Usolli”
Apakah hukumnya mengucapkan Usolli seketika akan sembahyang.

Jawapan.

Hukumnya sunat, seumpama ketika akan sembahyang mengucap Usolli, ketika akan puasa mengucapkan “nawaitu sauma ghodin,” ketika akan melakukan haji mengucapkan Nawaitu haja dan sebagainya lagi. Ini berarti melafazkan niat pada ketika akan sembahyang bukan hakikat sembahyang, sebagaimana melafazkan niat ketika akan puasa bukannya hakikat puasa, jadi semuanya itu berada di luar perkara yang diniatkan. Tujuannya ialah untuk membantu hati, bermakna sebutan itu berarti akan terakam kata-kata itu di dalam hati. (Masalah47 (10 ms 107)

Masalah 282…Membaca Al-fatihah pada tiap-tiap solat.
Bagaimana hukumnya wajib atau sunnatkah membaca Bismilla hirrahma nirrahimi pada awal surat Al-fatihah pada tiap-tiap sembahyang.

Jawapan.

Membaca Fatihah adalah rukun sembahyang. Rukun adalah wajib. Sedang Bismilla hirrahma anirahimi adalah satu ayat dari pada Fatihah., Maka membacanya dalam Fatihah sembahyang adalah wajib.
(Masalah 48(1) ms 109)

Masalah 283.. Membaca Allahhu Akbar.

Mengapa perkataan Allahhu Akbar pada permulaan solat dinamakakn Takbiuratul ihraam.

Jawapan.

Allahhu Akbar permulaan dinamakan Takbiratul Ihram kerana menjadi sebab atas keharaman apa-apa yang tadinya halal seketika sebelumn takbir, seperti makan, berbual, dan sebagai lagi. Allahhu Akbar selanjutnya dinamakan Takbiratul Intiqal berarti berpindah dari satu rukun fi’li kepada rukun yang lain. (Masalah 49 (1) ms 111)

Masalah 284..Baca Al-Fatihah Sekali sahaja.

Bolehkah kita membaca Fatihaah sekali sahaja pada awal solat.

Jawapan.

Tidak boleh kerana menjadi tidak sah solat itu kerana membaca Fatihah adalah rukun sembahyang bagi Imam atau bagi makmum, kecuali bagi mereka yang masbuq kerana ditanggung oleh Imam, itupun ianya pada kali pertama memulakan solat masbuq itu, selepas itu ia wajib membaca Fatihah juga.

Masalah 285.. Terlupa baca Fatihah.
Seorang tinggalkan Fatihan dengan terlupa dan teringat semula dalam rakaat kedua dalam masa Fatihah juga, bagaimanakah hukumnya.

Jawapan.

Jika ia ingat kembali pada rakaat selanjutnya yang juga dalam fatihah, maka rakaat yang tadi itu sia-sialah sahaja. Jika ia ingat sebelum sampai ke rakaat kedua sebelum Fatihah, maka wajiblah ia kembali semula berdiri membaca Fatihah. Dan sunatlah dia sujud sahwi. Akan tetapi diingatnya sesudah memberi salam, maka dilihatnya dahulu, jika belum lama fasal antara salamnya dengan masa yang di ingatnya, maka bolehlah dia bangun menambahkan lagi satu rakaat yang kurang itu, dan disunatkannya sujud sahwi. Akan tetapi jika terlalu lama dia baru ingat, maka wajiblah dia mendirikan solat itu semula.

Jika terjadi pada Imam, makmum hendaklah menegur dengan ucapan “subhanallah” Jika Imam tidak menghiraukannya maka wajiblah makmum tidak mengikuti Imam yang salah itu, dan dia hendaklah mufaraqah (keluar) dari solat itu dan terus buat berseorangan hingga selesai solat itu. Kalau makmum ikut juga maka batallah solatnya itu. Jika makmum itu tidak tahu seperti dia duduk di saf belakang tidak mengapalah, kecuali jika ia masbuq yang Fatihahnya ditanggung oleh Imam maka wajiblah dia menambah satu rakaat lagi, dan membuat sujud sahwi.

Kalau hal tersebut terjadi pada solat Jumaat, sekiranya baru diketahui sesudah salam, lebih kurang dua minit segeralah hendaknya menamabah rakaat itu. Jika melebihi dari dua minit itu wajiblah mengulang khutbah dan solat Jumaat semula, kerana sudah kehilangan muwalat (berturut-turut) antara khutbah dengan solat Jumaat itu. (Masalah 50 (1) ms 113)

Masalah 286.. Bacaan Fatihah di perlahankan

Mengapakah sebabnya bacaan Fatihah pada rakaat ketiga dari solat Magharib, dan rakaat ketiga serta keempat solat Isyak dibaca dengan sir (diperlahankan) tidak dijaharkan (dikuatkan).

Jawapan.

Adapun hikmah atau rahsia rakaat ketiga Maghrib dan dua rakaat akhir Isyak di sirkan (perlahankan) adalah terbilanag sebagai solat malam hari kerana tajalli (cahaya ghaib yang menerangi hati) diwaktu malam itu adalah ringan. Terjadi yang demikian itu adalah rahmat Allah s.w.t. terhadap orang-orang yang daif daripada umat ini. Allah meringankan membaca daripada jahar (kuat) pada akhir Maghrib dan dua rakaat akhir Isya’ untuk memberikan galakan mereka yang lemah melakukan supaya dapat menunaikan solat tersebut. Jika Allah memberatkan dengan jahar (kuat) nescaya menjadi lemahlah mereka itu dari pada melakukannya kerana tajalli Allah bagi mereka tidak kuasa menampungnya. (Masalah 51 (1) ms 115)


Masalah 287 …Imam membaca ayat ketika Makmum baca Fatihah
Terdapat Imam membaca ayat selepas membaca Fatihah semasa makmum membaca Fatihah.

Jawapan.

Imam disunatkan diam sebentar ketika makmum membaca Fatihah hingga selesai. Arti diam ini adalah sunat tidak membaca sesuatu ayat untuk memberi makmum selesai membaca Fatihah dan dengan itu dapatlah makmum mendengar Imam membaca ayat-ayat al-Quran itu. Terdapat di dalam al-Quran mengatakan apabila sedang dibacakan Ayat-ayat al-Quran maka dengarkanlah oleh mu. (Masalah 52 (1) ms 116)

Masalah 288.. Doa qunut dan fungsinya.
Apakah faedahnya doa qunut. Bagaimana jika tertinggal di kala solat Subuh.

Jawapan.

Keudukan doa Qunut pada rakaat kedua solat subuh dan rakaat akhir solat nisfu dan rakaat kedua solat witir selepas malam 16 Ramadzan sunat dilakukan, artinya diberi pahala dilakukan dan tidak berdosa meninggalkannya. Dia tergolong sunnat ab’ad seperti tashdud awal, maka disunatkan bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sujud sahwi. Tetapi doa qunut yang dibaca selepas rakaat akhir kerana menghilang bala dan musibah tidak dikenakan sujud sahwi.

Menurut keterangabn Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad Al-Husainy, dalam kitab Kifayatul Akhyar juz,1 halaman 70 sebagai berikut:-
“Dan adapun qunut maka disunatkan pada iktidal rakaat kedua dalam solat Subuh, kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata ia:- “Sentiasalah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam solat Subuh sehingga beliau meninggal dunia. Setelah meriwayatkan akan hadis ini oleh Al-Imam Ahmad dan lainnya, berkata Ibnusshalah; ”Sesungguhnya telah menghukum dengan sahihnya hadis ini oleh bukan sedikit dari pada Huffaz.
Dan Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 bermaksud; ”Dan apa-apa yang Rasulullah s.a.w. datangkan kepada mu, maka ambillah oleh mu akan dia.” (Masalah 53 (1) ms 122)

Masalah 289..Membaca Surah Al-Fatihah
Apakah hukumnya membaca Fatihah diberhentikan dalam ayat “An am ta ‘alaihim….”

Jawapan.

Ketahuilah bahawa hukum waqaf pada “An ‘am ta ‘alai him” adalah khilafatul Aula, artinya menyalahi yang utama. Jadi sebaliknya jangan waqaf di situ. Akan tetapi apabila waqaf juga di situ, tidaklah sunnat kembali lagi kepada pernulaan ayat. Tegasnya kalau sudah terlanjur waqaf pada “An ‘am ta alaihim,” tak usah mengulangi lagi dari awal ayat. Jadi sudah sahaja, lanjutkan lagi: “Ghairil maghdu bi ‘alaihim…..” Keterangan tersebut dalam kitab Fathul Mu’in pada Hamisy I’anaatutthalibin, Juz 1 halaman 147 sebagaui berikut:-

“Dan yang utama bahawa tidaklah diwaqafkan pada “An ‘am ta ‘alaihim” kerana bahawasanya bukannya itu tempat waqaf, dan bukan penghabisan ayat pada kita. Maka jika telah waqaf seorang atas ini tidaklah disunatkan kembali dari permulaan ayat.” (Masalah56 (1) ms 126)

Masalah 290 …Solat Terlupa baca Fatihah
Setelah selesai solat baru ingat ada rukun yang tertinggal, apakah solatnya batal atau tidak.

Jawapan

Tidak sah solat yang kurang rukunnya, jika tertinggal itu dengan sengaja. Tetapi jika tertinggal itu dengan tidak sengaja atau terlupa maka jika terjadi teringatnya itu masih di dalam sembahyang, maka wajiblah segera dilakukan rukun itu. Umpamanya seorang terlupa membaca Fatihah, kemudian setelah ia sujud sekali, teringat olehnya bahawa ia belum membaca Fatihah, wajiblah ia kembali kepada kedudukan qiyam semula untuk membaca Fatihah, kemudian dibuat semula rukun-rukun solat selepas itu hingga sempurna, dan disunatkan ianya membuat sujud sahwi sebelum meberi salam. maka tidaklah membatalkan solatnya itu.
Jika rukun yang ditinggal secara terlupa itu baru diingatnya sesudah memberi salam, maka hal tersbut ialah keadaan masa antara salam dan teringatnya itu jaraknya dekat, wajiblah ia membina atas yang ditinggalkannya itu, berarti kembali berdiiri solat dan membaca Fatihah serta mengulang rukun-rukun yang seterusnya, dan kemudiian sebelum memberi salam, sunat jua dilakukannya sujud sahwi. Solatnya itu sah.
Tetapi jika antara ia memberi salam dan wakltu teringatnya itui, sudah jauh , tidaklah dapat rukun yang ditinggalkan itu, maka wajiblah ia mengerjakan solat itau semula dari mula hingga selesai.
Dalilnya ialah menurut hadis yang diriwayatkan oleh Adirrahman bin Auf yang bermaksud:- (Masalah 60 (4) ms 138)

Artinya: “ Apabila syak salah seorang kamu pada sembahyangnya, maka tidaklah diketahuinya apakah satu rakaat yang telah dilakukannya ataukah dua rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan bahawa baru satu rakaat, dan apabila tidak tahu lagi dia, apakah dua rakaat atau tiga rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan dua rakaat. Dan apabaila tidak tahu lagi dia, apakah tiga rakaat yang telah disembahyangnya ataukah empat rakaat, maka hendaklah dijadikannya tiga rakaat, kemudian sujudlah dua sujud sahwi ia apabila telah selesai dari sembahyang, sebelum ia memberi salam. (H.R Ahmad, Ibnumajah, Attirmidzi)
(Rujuk Masalah 60 (4) ms 140)

Masalah 291 …Solat sunat sebelum Maghrib
Pernahkah Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat dua rakaat sunnah sebelum Maghrib.

Jawapan.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan sembahyang sunat qobliyyah (dahulu) Maghrib dua rakaat. Menurut hadis yang ditriwayatkan dari Annas r.a. yang ertinya:-
“Demi sesungguhnya aku pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullah s.a.w. berlomba-lomba mendekati tiang-tiang seketika masuknya Maghrib untuk bersembahyang dua rakaat.” (H.R. Al-Bukhari)

Ada juga Hadis yang diriwayatkan oleh Anas. A.s. yang bermaksud:-
“Adalah kami bersembahyang pada masa Rasulullah s.a.w. dua rakaat sesudah masuk matahari, sebelum sembahyang Maghrib, Maka ditanya orang; “Adakah Rasulullah s,a,w, menyembahyanghkannya? Jawabnya” Adalah beliau melihat kami melakujkannya, maka beliau tidak perintah kami dan tidak melarang kam. (H.R.uslim) (Maslaah 65 (4) ms. 151)

Masalah 292 …Khatib Tertinggal Rukun Khutbah

Bagaimana seorang Khatib meninggalkan salah satu rukun Khutbah. Adakah sah solat Jumaat itu ?

Jawapan.

Meninggalkan salah satu rukun khutbah seperti meninggalkan Al-hamdulillah, atau dibacanya “hamdulillah” , maka dibacanya seperti “hamlaah…….” Ini sama dengan tidak mambacanya, atau meninggalkan wasiat “bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat atas Nabi, atau meninggalkan membaca ayat-ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa “lil mukminin” pada khutbah kedua. Maka jika tidak dibacanya rukun-krukun khutbah yang lima itu, atau salah satu daripadanya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang juga membawa cedera pada sembahyang Jumaat itu menjadi tidk sah. Oleh kerana syarat sah sembahyang Jumaat adalah terdahulu dua khutbah dengan segala rukun-rukan dan fardunya.

Sunat juga memendekkan khutbah dan memanjangkan sembahyang Jumaat itu. Menurut riwayat dari Ammar bin Yassir r.a.bermaksud:-
Sesungguhnya panjagngnya sembahyang seorang laki-laki, dan pendek khutbahnya itu, adalah pertanda dari pada fiqahnya. Maka penjangkanlah olehmu akan sembahyang dan pendekkanlah khutbah.
(H.R. Ahmad dan Muslim) (Rujuk: Maslaah 71 (4) msm 166)


Masalah 293 .. Mengambil Wuduk sebelum Mandi hadas.

Mengapakah kita kena ambil wuduk dan membaca Bismilla hirrahma nirrahim sebelum mandi hadas padahal badan kita masih kotor lagi.

Jawapan.

Membaca Bismilla hirrahma nirrahim itu bukannya niat sebagai membaca dari al-Quran tetapi hendaklah disifatkan sebagai berziki sahaja dan tidaklah berdosa, atau tidak diniatkan kedua-duanya sekali pun tidak mengapa, jika niat membaca sebagai ayat al-Quran adalah berdosa kerana kita masih berhadas besar. Mengangkat wuduk itu adalah perkara yang diarahkan dalam ilmi fiqh dan mengikut fi’il Nabi s.a.w. sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh “Aisyah r.a. bermaksud:-
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwuduklah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyang.’ (H.R. Al-pBukhari dan Muslim)

Menurut catatan terdapat dalam Kitab Fathul Mu’in seperti berikut:-
“Dan disunatkan untuk mandi wajib dan mandi sunnah, membaca Bismilla hirrahma nirrahim pada permulaannya dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan ingus, dan najis, seperti madzi, walaupun sebenranya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh suatu basuhan sekaligus. Dan disunatkan berkemin (kencing) orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kotoran, sunnah berkumur-kumur dan memasukan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunatkkan mengekalkan wudu itu sampai selesai mandi, sehingga jika berhadas ia pula, disunatkan baginya mengulangi wuduk itu.”(Kitab Masalah 139 (2) ms 98)

Sekiah dahulu dan akan berjumpa lagi dalam siaran akan datang.

Wassala mualikum warahmatulla hiwabarakatuh.......!


------------------oooooooooooooo------------------------------------