Friday, November 27, 2009

Orang Munafig - Siaran Ke 113






CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 112.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Firman Allah s.w.t:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)
إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ
وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)
(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.
Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan

segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.



Orang Munafiq.



آيــَة ُالـْمـُنَافــِقِ ثـَلَاثٌ: إ ِذَا حـَد َّثَ كـَذَبَ

وَإ ِذ َا وَعـَدَ أ َخـْلفَ وَإ ِذ َااءْتـُمـِنَ خـَانَ.

Alamat orang munafiq itu tiga perkara:

(1).Apabila bercakap dia berbohong.

(2) Apabila berjanji dia mungkir janji.

(3)Apabila diberi amanah dia khinat.

(H.R. Abi Hurairah) (Tajzibu 8)

Makna Munafiq.

Munafiq ialah orang yang pura-pura, pada lahirnya kelihatan sebagai seorang mukmin kerana lidahnya mengaku keesaan Tuhan dan Kerasulan Nabi Muhammad saw. Pada waktu-waktu yang perlu kelihatan ia mengerjakan perintah-perintah agama, tetapi batinnya yang sebenar ia seorang yang tidak beriman samasekali.

Sifat orang munafiq ini banyak sekali diantaranya:”mengatakan dengan lidahnya sesuatu yang tidak ada dalam hatinya, atau dengan kata kain:”Lain di mulut lain di hatinya”

Al-Quran al-Baraah ayat 101 menerangkan bahawa orang munafiq ini menerima dua kali siksa. Ditafsirkan bahawa siksa.

Pertama - Kerana mengaku sebagai orang-orang beriman, maka terpaksalah melakukan kewajipan ibadat yang nyata dilakukan secara terpaksa sangat berat rasanya bagi mereka.

Kedua - Mereka selalu dalam kecemasan, kuatir kalau-kalau rahsia mereka terbuka. Di akhirat kelak, orang munafiq ini berada di lapisan neraka yang paling bawah sekali, kerana mereka adalah musuh dalam selimut yang paling bahaya bagi umat Islam.


Di zaman ini juga ada orang munafiq, pada lahirnya mejnjadi kawan , tetapi sebenatnya lawan. Tanda-tanda orang munafiq itu:

“Apabila bercakap dia berdusta, Apabila berjanji dia mungkar janji, dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya”

(Hadis Riwayat Abi Hurairah)

Sekian untuk renungan dai Hari Raya Aidil Adha.


وَالسَّلاَمُ عَلـَيْكـُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبـَرَكـَتُـهُ.

----------------ooooooo--------------

No comments:

Post a Comment