Friday, November 20, 2009

Perkara Larangan Dalam Sembahyang - Siaran 98






CHE DAN BIN AHMAD,
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 98
.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Perkara Larangan Dalam Sembahyang.
Sabda Rasulullah s.a.w.:


قَالَ أ َبُوْ هُرَيْرَةَ : نَهِى رَسُولُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ عَنِ الـْخَصْرِ فِى الصَّلَاةِ وَقَالَ : لَاصَلَاةَ بِحَضْرَةِ

طَعَامٍ وَلَا وَهُوَ يَدَافِعَ الْأ َخْبـَشِيْنِ. (رواه مسلم).


Berkata Abi Hurairat : Telah melarang oleh Rasulullah s.a.w. dari bercekak pinggang dalam sembahyang, dan bersabda ia lagi: Tidak sempurna pahala sembahyang di hadapan makanan, begitu juga seorang sembahyang yang ianya masih hendak terberak dan terkencing. (H.R.Muslim).


Sabda Rasulullah sa.a.w. :


مَا بَالُ أ َقْوَامٍ يَرْفَعُوْنَ أ َبْصَارَهُمْ إ ِلىَ السَّمَاءِ فِي صَلَاتِهِمْ فَاشْتـَّدَّ قَوْلُهُ صَلىَّ اللهُ وَسَلـَّمَ فِي ذَلـِكَ

حَتَّى قَالَ : لـَيَنـْتَهِيَنَّ عَنْ ذَلِكَ أ َوْ لـَتُخْطَفـَنَّ أ َبْصَارُهُمْ. (رواه أنس).


Apakah hal kaum yang mengangkat akan pemandangan (mata) mereka ke langit di dalam sembahyang, maka panjang lebarlah persabdaannya s.a.w. berkenaan dengan yang tersebut, hatta bersabda ia: ”Hendaklah mereka berhenti dari yang demikian (memandang ke langit dalam sembahyang tidak pun nanti dibuat akan pemandangan mereka (kalau tak direntikan).
(Hadaith Riwayat Anas).


Sabda Rasulullah s.a.w. lagi :-


لَوْ يَعْلـَمُ الـْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الـْمُصَلىِّ مَاذَا عَلـَيْهِ لـَكَانَ يَقـِفُ أ َرْبَعِيْنَ خَيْرًا

لـَهُ مِنْ أ َنْ يمُرَّ

بَيـْنَ يـَدَيْهِ. (لاواه الشيخان)


Jikalau mengetahui oleh orang yang lalu di hadapan seorang yang sembahyang akan keseksaan atasnya, nescaya terlebih baik baginya berhenti selama empat puluh hari bahawa lalu ia dihadapan yang sembahyang itu. (Hadith Riwayat Asy- Shaikhan).

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi :


إِذَا أ ُقِيمَتُ الصَّلَاةُ فَلَا صَلَاةَ إ ِلا َّ الـْمَكآْتُـوبَةُ (رواه مسلم)

“Apabila sudah qamat, maka tidak ada sembahyang melainkan fardu sahaja (jangan lagi sembahyang sunat) . (Hadith Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi :


أ َمَا يَخْشَى أ َحَدُكـُمْ إ ِذَا رَفَعَ رَأ ْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أ َنْ يَجْعَلَ اللهُ رَأ ْسَ حِمَارٍ

أ َوْ يَجْعَلَ صُوْرَتـَهُ صَوْرَةَ

حِمَارٍ. (راه الشيخان
“Adakah tidak takut oleh seorang kamu tatkala mengangkat ia akan kepalanya terdahulu dari Imam, dijadikan rupanya sebagai rupa keldai.”
(Hadith Riwayat Asy-Syaikhan).


Sekian dahulu ehwal al-Hadith Rasulullah s.a.w. yang penulis siarkan di atas, dan akan di sambung lagi dalam siaran-siaran akan datang untuk faedah kita bersama. Inshya Allah…..!

Wassala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh….!



--------------------------oooooooooooooo--------------------------

No comments:

Post a Comment