Tuesday, October 27, 2009

Taubat dan Kesempurnaannya - Siaran ke 71

CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 –4807767 ( Rumah 05- 7163954.)
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 71

Pendahuluan.


بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.


Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .


Masalah 210.


Apakah maksusdnya taubat itu secara keseluruhannya ?

Jawapan.

1. Taubat itu sepatah kata yang bermakna menarik diri daripada sesuatu, dan makna istilah yang dikehendaki secara keseluruhannya ialah meninggalkan maksiat yang telah dikerjakannya dan yang seumpamanya dengan ikhtiar (suka hati) sendiri, tidak dipaksa dan juga membesarkan Allah s.w.t.

2. Taubat itu terdapat tiga perkara iaitu:-


a. Ingatkan kecelakaan dosa itu dan kebinasaannya.

b. Ingatkan siksa Tuhan itu amat keras dan tiada kuasa bagi seseorang itu menangungnya.

c. Ingatkan daif dan lemah diri kita dan tiada helah pada menolakkannya siksa itu.

3. Faedah taubat itu ialah:-

a. Supaya dapat taupiq dan petunjuk atas mengerjakan taat.

b. Supaya diterima Tuhan akan sekalian ibadatnya, kerana orang yang berlumur dengan kekotoran dosa itu sentiasa di dalam kemurkaan Tuhan dan kebencianNya. Maka yang diterimakan ibadat dan kebaktian seseorang hamba itu daripada orang yang dikasehinya.


4. Adalah syarat taubat itu empat perkara:-


a. Meninggalkan maksiat dengan ikhtiarnya (sesuka hatinya).

b. Menyesal atas dirinya pada maksiat yang telah dikerjakannya itu.

c. Tiada bercita-cita sekali atau jangan dicita-cita hendak membuat maksiat itu lagi dan yang seumpamanya.

d. Meninggalkan maksiat itu kerana membesarkan Allah s.w.t.



5. Makna dosa dan bahagiannya:-

Adalah dosa itu sepatah kata yang bermakna: Tiap-tiap barang yang menjauhkan seseorang itu daripada rahmat dan menghampirkan dia kepada azab Tuhan, iaitu ada dua bahagiuannya iaitu:-

a. Dosa kecil – Iaitu dosa-dosa yang tidak berkehendakkan kepada taubat, hanya diampunkan Allah s.w.t. dengan berbanyak-banyak ibadat dan membuat kebajikan.

b. Dosa besar – Iaitu dosa yang tidak diampunkan Allah s.w.t. melainkan dengan bertaubat yang sempurna dengan sekalian syarat-syaratnya.

c. Maka dosa-dosa besar itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Dosa kepada Allah semata-kata dan Dosa kepada Allah dengan sebab perantaran manusia.



6. Dosa kepada Allah semata-mata:-

a. Iaitu dosa dengan sebab mengerjakan barang yang haram, yang dilarang oleh Allah s.w.t. seperti minum arak, berjudi, makan riba, (wang bunga), amalan main loteri, makan suap, berzina, mengumpat, menipu, dan sebagai lagi.

b. Dosa dengan sebab meninggalkan barang yang wajib memperbuatnya, seperti meninggalkan sembahyang lima waktu, dan puasa di bulan Ramadan. Maka tiada diampunkan semata-mata dengan bertaubat melainkan hendaklah diqadakan akan dia terlebih dahulu perkara tersebut sebelum bertaubat.



7. Dosa kepada Allah s.w.t. dengan sebab perantaran manusia iaitu:-

a. Mengkhianati akan hak seseorang pada hartanya seumpama dicuri, merampas, atau pada kehormatannya seperti diumpat atau tuduhan yang salah atau berzina dengan isteri orang. Maka dosa ini sangat-sangat ditakuti dan hendaklah dijauhi, kerana tidak diampun oleh Allah s.w.t. dengan semata-mata bertaubat krepada Tuhan melainkan hendaklah terlebih dahulu memulangkan barang yang atau perbuatan yang dizaliminya itu daripada harta atau minta halalkan daripada yang empunyanya, atau meminta reda dan minta maaf daripada orang yang dizalimkan kehormatannya.


8. Menuntut keredaan menzalim orang yang dizalim:


a. Iaitu jika yang dizalimkan atas seseorang itu pada hartanya maka hendaklah ia memulangkan akan dia kepada yang empunyanya jika harta itu masih ada di tangannya, atau mengganti akan dia dengan yang seumpamanya atau minta halal daripadanya jika harta itu tiada lagi di tangannya dan uzur ia pada menggantikannya. Dan dipulangkan kepada warisnya jika tuan harta itu ghaib atau mati.


b. Dan jika tiada warisnya maka hendaklah diserahkan kepada Baitulmal negeri untuk deperbelanjakan harta itu kepada kebajikan ’am saperti membuat jambatan atau masjid, jika harta itu masih ada lagi ditangannya atau kuasa ia menggantinya, dan jika tiada maka hendaklah ia membuat banyak-banyak kebajikan dan hendaklah dihadiahkan pahalanya kepada tuan harta yang dizaliminya itu, kemudian baharulah ia bertaubat kepada Tuhan, mudah-mudahan diharapkan kereadannya di akhirat kelak.



9..Adapun jika yang dizalimkan bagi seseorang itu pada kehormatannya seperti mengkhianati ahlinya atau seperti mengumpatnya, menuduhnya atau mengacum maka hendaklah ia menyerahkan dirinya kepada orang yang dizaliminya itu dan menyatakan kepadanya akan hal kesalahanhnya itu dengan terang-terang, kemudian ia meminta keampunan dan kemaafan daripadanya. Jika ia yakin akan tiada menjadikan apa-apa fitnah dengan penyerahannya itu, dan jika ia tidak yakin akan yang demikian maka hendaklah ia mebanyakkan berbuat ibadat yang dihadiahkan pahalanya itu kepada yang berkenaan dan kemudian baharulah ia bertaubat kepada Allah s.w.t.
Firman Allh s.w.t.:-


• إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.


Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya.
(Al-Baqarah: 222)

Allah mengampunkan segala dosa

Firman Allla s.w.t. :-


قـُلْ يَعِبَادِيَ الَّذِينَ أ َسْرَفـُوا عَلَى~ اَنـْفُسِهِمْ لَاتـَقـْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ الله ج

إِنَّ اللهَ يَغـْفِرُالذُّنُوبَ جَمِيعًا ج إِنـَّهُ هُوَالْغـَفـُورُّالـرَّحِيمُ. (اَلزُّمَرْ 53)


Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), jnanganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah menganmpunkan segala dosa; sesungguhnya Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ” (Al-Zumar ayat 53)


(Rujukan: Kitab Suluh Agama Islam, terbitan The United Press, Pulau Pinang m.s 316, tahun 1965.)


Sekian dahulu mengenai Bab ini dan akan di sambunag lagi pada siaran Blog akan datang dalam masa terdekat.

Wassala mualaikum......







---------------------------ooooooooooooooo---------------------------------------

No comments:

Post a Comment