Sunday, October 4, 2009

Jauhkan Amalan Takbur dan Bangga Diri




CHE’ DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.



HAL EHWALAGAMA ISLAM – SIARAN KE 50






Jauhkan Amalan Takbur dan Bangga Diri.



Apakah Itu Takbur dan Bangga Diri \.


1. Takbur Batin iaitu pekerti diri yang digerakkan oleh hati.

2. Takbur Lahir iaitu gerak geri badan yang ditimbulkan oleh

Anggota.

3. Ketahuilah ada 7 Sifat Takbur :-


a. Kerana Keturunan

b. Kerana kecantikan

c. Kerana Kekuatan

d. Kerana Kekayaan

e. Kerana banyak wang.

f. Kerana banyuak ilmu

g. Kderana ’alim.



4.. Ciri-ciri takbur dan Sombong.


a. Memandang rendah dan menghina orang lain darinya.

b. Meanggap diri sudah berilmu dan merasa megah terhadap diri.

c. Meanggap dia dari keturunan yang mulia dan orang lain rendah taraf darinya.

d. Dia Bercakap sentiasa meninggikan diri dan dia tahu semua.


5.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?

Firman Allah s.w.t. (631)

إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ.

(المؤمن 60)

Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan.
(Al-Mukmin ayat 60)

6..Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang. Firman Allah s.w.t. (631)

Firman Allah s.w.t.
إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ

سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)

• Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku,
mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan
(Al-Mukmin ayat 60)

• Sabda Rasulullah s.a.w.
لاَ يـَدْ خـُلُ الـْجـَنـَّة َمـَن َ كـَا ن َ فـِيْ قـَلـْبـِهِ مـِثـْقـَا لُ حـَبـَّةٍ مـِنْ

خــَرْ دَ لٍ فِيْ مـِنْ كـِبـْرٍ ٍ. (رواه ام بخارى دان مسليم)


Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.

ثـَلآث ُمـُهـْلـِكـَاتُ :شـُح ٌمـُطَاع ٌ وَهـُوَ مـُتــَّبـَع ٌ, وَإ ِعـْجـَابُ الـْمـَرءِ بـِنـَفـْسِه ِ.


Tiga perkara akan membinasakan diri manusia iaitu (1) bakhil yang diikutkan,, (2) hawa nafsu yang diturutkan dan (3) seseorang yang suka membangga-banggakan diri sendiri.
(H.R. Abu Hurairah r.a.)

7.. Hakikat Takbur dan Bahayanya.

a. 1.Sifat takbur kelak di akhirat akan menjadi tabir pemisah antara seorang
hamba dengan syurga, sebab ia merupakan penghalang antara seorang hamba
dengan berbagai-bagai akhlak dan budipekerti kaum mukminin.

b. Akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji menjadikinci penentu dirinya
ke syurga sedang sifat takbur dan membesarkan diri menyebabkan tertutupnya
semua pintu-pintu syurga.


8.. Perasaan Orang Takbur dan Sombong

a.Ia tidak mencintai kaum muslimin.

b.Ia tidak akan merendah dirinya

c.Ia tidak menjauhi perasaan hasad dengki dendam.

d.Ia tidak akan bercakap benar

e.Ia tidak akan menjauhi sifat marahnya


f .Ia amat gemar mengumpat dan mengejek.orang.


9.. BAGAIMANA SEORANG ITU MENJADI TAKBUR DAN SOMBONG.


Ada sebab orang itu mebjadi takbur:

a. Takbur keraan keturunan

b. Takbur kerana kecantikan

c. Takbur kerana kekuatan

d. Takbur kerana kekayaan

e. Takbur kerana banyak wang

f. Takbur kerana banyak ilmu

g. Takbur kerana wara’ dan ‘alim.


10. Takbur Kerana Keturunan

a. Orang yang takbur kerana keturunanya hendaklah mengubati hatinya dengan mengingati bahawa anggapan itu suatu kebodohan dan hendaklah mengetahui bahawa kejadiannya adalah dari benda yang hina dan kotor. Bagaimana boleh ia katakan yang ia dari keturunan yang mulia. Ayah dan dato’ neneknya itu ibarat setitis air mani yang kotor dan dato’nya itu juga adalah ibarat tanah yang telah hancur dalam perut bumi

b. Allah s.w.t. berfirman:-


ثــُمَّ جـَعـَلَ نـَسـْلـَه ُمـِنْ سُلـَلـة ٍ مـِنْ مـَّاءٍ مـَّهـِيـْن ٍ (8)

ثـُـمَّ سـَـوَّــه ُوَنـَفـَخَ فـِيهِ مـِن رُّو حـِه ِج وَجـَعـَلَ لـَكـُم ُالسـَّمـْعَ وَاْلأ َبـْصَرَوَ

اْلأ َفـْـءـِدَة ُقـَلـِيلاً مـَّا تـَشـْكـُرُون َ(9

Ayat 8. Dia (Allah) jadikan anak-anak cucunya (keturunannya) dari sari air
hina (mani).

Ayat 9. Kemudian Dia (Allah) sempurnakan (kejadiannya) dan Dia tiupkan
ruh kedalamnya, dan Dia adakan untuk mu pendengaran, penglihatan dan hati.
Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima kasih (kepadaNya).
(As-Sajaddah 8 & 9)

11.. Takbur kerana kecantikan

a. Ada orang suka bermegah dirinya kerana rupanya cantik, lalu ia takbur.
Ia sentiasa ingat kecantikan dirinya itu lebih dari orang lain dan merasa
begitu sombong sekali. Ia ingat kecantikannya akan kekal selama-lamanya

b.. Hendaklah meneliti batinnya dan apa yang dikandung oleh badannya
nescaya ia akan dapati badannya mengandungi berbagai kekototoran,
kerana manusia itu dijadikan dari kekotoran bila ia mati menjadi
bangkai. Sedangkan segala kecantikannya itu tidak kekal. akan musnah
bila-bila masa..

c. hendaklah ingat semuanya Seseorang itu kurniaan Allah dan Allah amat murka
orang yang sombong dan takbur. Aabila seseorang itu telah ingat semua perkara-
perkara itu nescaya ia akan hilang segala takbur dan sombong dirinya.

12... Takbur Kerana Kekuatan.

a.. Allah memberikan badannya besar dan ia merasa megah dan takbur
kerana ia mempunyai kekuatan. Ia menyombongkan diri dengan orang
lain dan takbur kerana ia merasa dirinya gagah. Ia bercakap takbur dan
bersikap angkuh dan nmemandang rendah terhadap orang lain.

b.. Akibat dan padahnya:

Seseorang itu hendaklah ingat apabila ia takbur dan merasa gagah maka
Allah mudah mengenakan dirinya diserang penyakit. Ia sudah terjatuh
dalam golongan syirik kerana ia merasa megah dari Allah pada hal Allah
Maha Gagah dan Kuat. Amalannya akan dihapus selagi ia tidak bertaubat.

c.. Cara mencegahnya takbur ini.

* Hendaklah insaf diri kerana tiada siapa yang megah dari Yang Megah.

* Tiada siapa yang gagah dari Yang Gagah.

* Sentiasa ingat Allah yang memberi dan Dialah yang akan mengambil
balik.


13.. Takbur Karana Kekayaan.


a. Seseorang itu merasa megah dan ia pun bersifat takbur kerana kekayaan
mempunyai rumah besar, kerata mewah, dan harta banyak. Ia berlagak bercakap besar
dan menghina orang yang miskin . Ia merasa hina bergaul dengan orang bawahnya
kerana megah ia kaya.


b.Bahaya dan padahnya.
Seseorang itu lupa bahawa segala kekayaan, kemewahan dan
kemegahan itu dengan sekelip mata sahaja Allah boleh mengubahnya jika
ia berterusan sombong dan bongkak serta takbur diri.
Orang yang sombong bongkak dan takbur di dunia jauh dari syurga.

c. Sabda Rasulullah s.a.w.

Apabila anak Adam itu meninggal dunia hanya tiga perkara sahaja yang
dibawanya ke akhirat:-
1. Ilmu yang bermanafaat.
2. Sedekah jariah yang dibuat.
3. Anak-anak yang sentiasa mendoakan baginya.


d. Cara menjauhkan dari takbur ini:-

1. Seseorang itu hendaklah ingat ia akan kembali papa kedana
bila Allah membakar gedongnya, merugikan sahamnya,harta
kekayaannya musnah pada suatu hari nanti jika ia masih
bersifat demikian.

2. Ia hendaklah mengambil iktibar dengan beberapa kejadian yang
berlaku sehari-hari.


14.. Takbur Kerana Banyak Wang.

a. Seseorang itu sombong dan takbur apabila banyak wang dan mudah
lupa hal agama. Ia selalu bercakap besar, angkuh dan menghina orang
lain ang miskin.

b..Ia selalu bertindak melampaui batas kerana megah yang ia
mempunyai wang yang banyak. Ia sentiasa bersifat bakhil.



c.. Ia hendaklah ingat bahawa apabila di murkai Allah di atas
perbuatannya dan amalannya itu, maka segala wang dan harta bendanya
akan musnah dan pada hari itu ia tiada lagi boleh memperolehi nikmat
yang dikurnia Allah s.w.t. itu.


d. Cara mengatasinya – Ia hendaklah meninggalkan perbuatan dan
amalannya seperti itu. Banyakkan bersedekah dan membuat amalan wakaf
harta bendanya

15. Takbur kerana banyak Ilmu.


a. Seseorang itu sudah anggap banyak ilmu yang ia ada lalu ia sentiasa megah,
sombong dan takbur.


b. Ia sentiasa meninggi-ninggikan diri dan anggap orang lain rendah darinya.


c. Ia sentiasa menunjuk-nunjuk yang ia berperasaan sudah banyak ilmu.



d...Cara mengatasinya:

1.. Hendak ia sedar perkara seperti yang tersebut di atas tadi.

2.. Hendaklah ia insaf bahawa sifat takbur dan membesar diri kerana
berilmu tidak layak bagi sesiapa pun.

3.Selalu ia ingat bahawa sifat takbur dan membesar diri itu di murkai
Allah s.w.t.


16.. Takbur Kerana Wara’ dan ‘Alim

a. Alangkah cepatnya perasaan takbur menyerap dalam diri para ulama’ sekejap
sahaja mereka merasa diri serba cukup dan dada penuh ilmu.

b. Pandangan mereka semua orang itu bodoh dan meanggap diri mereka tinggi dan
utama di sisi Allah s.w.t.

c..Munkin ilmu yang ada itu bukan haqiqi kerana jika haqiqi ia akan tahu
haram dan dosa. Munkin orang alim itu ada ilmu yang haqiqi tetapi batinnya
masih kotor lagi, jiwanya busuk dan akhlaknya masih keji. Sebenarnya ia
belum lagi berusaha untuk membersihkan dirinya maka tinggallah sebagai
jiwa yang kotor.

d..Dalam amal ibadat juga ada sifat sombong dan hina. Seperti orang banyak
beribadat timbul dalam hatinya takbur. Ia harap orang ramai selalu
menyebut tentang waraknya.


e..Ia memandang semua manusia akan binasa hanya dirinya kerana ibadatnya
yang banyak, dan anggapan in membinasakan dirinya.


17…Kesimpilan.

a. Sabda Rasulullah s.a.w.


طـُوْبُى لـِمـَنْ تـَوَاضـَّعَ فـِي غـَيـْرِ مَسْكـَنـَةٍ,

وَانـْفـَق َ مـَا لاَ جـَمـْعـَهُ فِي غـَيـْر ِ مـَعـْصِيـَة ٍ

وَرَحـِمَ أَهـْلَ الـذ ُّلَ وَالـْمَسـْكـَنـَة ٍ, وَخـَا لـَط َ

أ َهـَلَ أ لـْفـِقـْهِ وَالـْحـِكـْمـَة ِ .


Maksudnya: “Berbahagialah orang yang merendah diri bukan kerana kemiskinan, juga orang membelanjakan harta yang di kumpulnya bukan pada jalan maksiat, begitu juga orang yang suka menaruh belas kasihan tehadap si hina dan si miskin, atau bercampur gaul dengan para ahli ilmu dan hikmah.
(H.R. At-Termizi).


b. Sabda Rasulullkah s.a.w.lagi:

• مـَن ْتوَاضَعَ لِلهِ رَفـَعـَهُ اللهُ, وَمـَن ْتـَكـَبـَّرَ

وَضَعـَهُ الله, ُ وَمـَن ِاقـْتـَصَدَ أ غـْنـَانـَه ُ اللهُ,

وَمـَن ْبـَذ َرَأ َفـْقـَرَهُ اللهُ, وَمـَن ْ أ َ كـْثــَرَ

ذ ِكـْرِ الله ِ أ َحـَبــَّه الله ُ.

(رواه مسليم)

Bermaksud”

Barang siapa merendah diri kerana Allah, nescaya ia kan ditinggikan oleh Allah darjatnya. Barang siapa menyombong diri pula, nescaya akan dijatuhkan oleh Allah kedudukannya. Barang siapa berekonomi, nescaya akan dimewahkan oleh Allah hidupnya.
Barang siapa boros nescaya nescaya ia akan dimiskinkan Allah keadaannya, dan barangsiapa ingatan kepada Allah, nescaya ia akan dicintai oleh Allah.
(HR. Bukhari dan Muslim)



c.. Sifat takbur dan sombong sesama manusia apatahlagi kaum Muslimin itulah
kelak di akhirat nanti akan jadi peng-halang seorang hamba ke syurga.


d.. Sebab ia di dunia penghalang dengan akhlak buruk, sombong
dan takbur dengan kaum mukminin.

e.. Akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji kunci bagi
ianya ke syurga.


Doa kita.

Kita bermohon kepada Allah s.w.t supaya dilindungi daripada segala rupa takbur
dan bangga diri untuk kita beroleh selamat dari azab Allah di akhirat kelak.



Sekian, wassala mualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh....











------------------------------oooooooooooooo------------------------------------

No comments:

Post a Comment