Tuesday, October 27, 2009

Masalah Agama - Siaran ke 70

CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 –4807767 ( Rumah 05- 7163954.)
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 70

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .

Masalah 209.

Ayah mempunyai anak laki-laki dan ada mempunyai anak laki-laki, dan adik saya mempunyai anak perempuan, bolehkah mereka remaja ini berkahwin sesama mereka.

Jawapan.

Kedua remaja tersebut di sebut sepupu, dan dengan ini mereka bukanlah muhrim kita. Sepupu itu adalah ajnabi atau orang helat yang boleh kahwin mengawini, walaupun terkadang dapat juga menjadi wali dalam pernikahan, iaitu sepupu yang terdiri dari anak laki-laki saudara ayah kita yang laki-laki. Jadi berkahwin dengan sepupu itu adalah boleh, kerana sepupu itu bukanlah dari empat belas macam yang diharamkan berkahwin sesama mereka.


Adapun kumpulan yang diharamkan berkahwin untuk selama-lamanya adalah:-

a. 7 orang kerana nasab atau keturunan.

(1). Ibu sendiri.

(2). Anak perempuannya.

(3). Saudara perempuannya.

(4). Anak perempuan dari audara lelakinya.

(5). Anak perempuan dari saudara perempuannya.

(6). Ibu saudara dari sebelah ibu.

(7). Ibu saudara dari sbelah bapa.


(b). 2 Orang kerana redla (menyusu) iaitu:-

(1). Ibu yang menyusunya.

(2). Saudara perempuan sepersusuan.


(c). 4 orang kerana musharah semenda (berambil-ambilan).

(1). Ibunya isteri (atau ibu mertua).

(2). Anak tiri yang ibunya yang telah didukhul.

(3). Isterinya bapak.(ibu tiri).

(4). Adik atau kakak kepada isterinya.


d. (1) Saudara perempuan isterinya (sama ada kakak ataupun adiknya).


(Rujukan: a..Al-Quran Surah An-Nisa’ ayat 22 dan 23.
b..Kitan Masalah Agama Jil. 4 m.s. 217.
c. Undang-undang Keluaga Islam m.s..22



Sekian dahulu dalam Bab ini, dan akan disambung lagi hal ini dalam Blog Siaran akan datang.


Wassala mualaikum.....




----------------------------ooooooooooooo-----------------------------

No comments:

Post a Comment