Monday, October 26, 2009

Masalah Agama - Siaran 68

CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 –4807767 ( Rumah 05- 7163954.)
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 68

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .


Masalah 206

Saya kurang pasti hari-hari apakah yang kita dilarang berpuasa. Mohon pihak tuan tolong terangkan ?

Jawapan. (114)


Umat Islam diharamkan berpuasa dalam setahun hanya lima hari, iaitu hari raya sama ada Adha atau Fitri, dan hari-hari Tasyrik iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Selain dari itu hari-hari tersebut ada yang disunatkan kita berpuasa, ada yang diharuskan berpuasa dan ada yang diwajibkan berpuasa.


Walau bagaimanapun sebelum bulan Ramadhan bermula dari 16 Syaaban sehingga 30 Syaaban tidak dibenarkan berpuasa bagi mereka yang tidak pernah berpuasa sunat sebelum tarikh itu. Ini bererti mereka yang berpuasa sunat bermula dari awal Syaaban sehingga 15 Syaaban maka bolehlah dia berpuasa sepanjang bulan Syabaan itu.

Begitu juga mereka yang menjadikan amalannya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, bolehlah dia berpuasa dalam bulan Syaaban itu walaupun kebetulan dengan hari yang dilarang itu.

Larangan ini adalah untuk mengelak dari mereka yang berpuasa kerana mengejar fadilat sahaja, lalu mereka asyik menunggu tarikh itu tiba, sedangkan di hari lain mereka tidak berpuasa. Adapun 30 Syaaban dinamakan hari Syak, maka tidak dibenarkan berpuasa kerana dibimbangkan hari itu masih Syaaban atau sudah masuk Ramadan. Untuk menghilangkan kebimbangan itu maka eloklah tidak berpuasa. Namun ia tetap terkecuali bagi mereka yang biasa dengan amalan sunatnya.


Masalah 207


Saya telah meninggalkan puasa Ramadan beberapa hari semenjak tahun 1989 kerana tugas yang tidak dapat di elakkan.. Pada tahun 1989 sebanyak 2 hari, tahun 1990 sebanyak 2 hari, tahun 1991 sebanyak 4 hari. Bagaimanakanh saya mesti memgganikannya dengan puasa sebanyak 8 hari saja atau ada denda yang lain ?


Jawapan. (115)


Orang yang meninggalkan puasa sama ada dengan sengaja atau tidak wajib mengqadakannya semula. Mereka diwajibkan mengqada sebanyak mana yang ditinggalkannya. Dalam masalah anda, anda diwajibkan mengqadakannya sebanyak 8 hari. Anda tidak perlu menambah jumlah hari walaupun sehari.

Bagaimanapun mereka yang sudah terlewat mengqadanya sehingga memasuki Ramadan yang baru maka mereka dikehendaki denda iaitu dengan membayar sebanyak satu cupak beras untuk sehari yang ditinggalkannya. Kalau ia terlewat sehingga memasuki dua kali Ramadan maka dendanya ditambah secupak lagi menjadikan dua cupak untuk sehari yang ditinggalkannya, dan begitulah seterusnya.

Memandangkan pertambahan denda itu maka dicadangkan agar janganlah melewatkan membayar qada puasa Ramadan itu. Puasa tetap kena puasa, kerana setiap umat Islam tiak boleh terlepas dari perintah puasa Ramadan ini.

Sekian dahulu kita membicarakan masalah agama, dan akan kembali semula dalam siaran Blog akan datang sedikit masa lagi.

(Rujukan: :Kitab Menyentuh Persoalan Akidah, Fekah, Tarbiah, Akhlak, Dakwah dan Amal Kebajikan” Jilid 2, terbitan Percitakan Al-Hidayah, citakan tahun 1999.)Wassala mualaikum......


-----------------------------------ooooooooooooooooooooo--------------------------

No comments:

Post a Comment