Thursday, October 22, 2009

Tunjukkanlah ke Jalan Yang Lurus - Siaran 65

CHE’ DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.


اَسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم



TUNJUKLAH KE JALAN YANG LURUS – SIARAN KE 65.



Masalah 193 (196)


Catatan dalam nota ini memang sukar difahami, melainkan dengan kita memikirkan lebih mendalam dan memerlukan pemikiran sejenak untuk difahami.


JALAN YANG LURUS.

Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah dengan memperseimbangkan di antara “Keperluan” dengan “Kemampuan.” Maksudnya, dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadan kesederhanaan yang dituntut Islam kepada penganutnya.


Memperseimbangkan sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal fikiran manusia. Justeru, wujudnya apa yang dikatakan “Jalan yang Lurus” yang sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah diayat 6 bermaksud “ Tunjukkan kami jalan yang lurus.” Kiasannya. Sekkiranya dfikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaana jalantersebut danada pula akhifrnya (garis penamat).

Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.
Kematian – Penamat jalan tersebut.

Firman asllah dalam Sufrah Al Fath ayat 2 :- ( 511)


لـِّيَغْفِرَ لـَكَ اللهُ مَاتـَقَدَّمَ مِن ذَنْبِكَ وَمَا تَأ َ خـَّيرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ, عَلـَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَطـًا مُّسْتـَقـِيْمـًا (2)

“Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalanyang lurus.”


Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan erti kata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu daya iblis amat mengelirukan.


Contohnya ; Lima perkara dalam Rukun Islam.

Pertama.

Mngucap Dua Kalimah Syahadah.

Apakah ucapan yang dilafazkan sama dengan pelaksanaan yang dilakukan bagi amalan hidup seharian secara Islam yang sebenarnya. Menunduk kepada semua perintah-Nya?, dalam barisan pengikut Nabi pesuruh Allah dengan menghayati hadis dan mematuhi sunnahnya?.

Kedua.

Mendirikan Solat Fardhu.

Solat itu merupakan pesanan kepada diri sendiri, sebagai manusia yang dikatakan lemah sering berpenyakit lupa atau lalai, terutama kepada yang tidak menampakkan faedahnya atau mudaratnya, seperti faedah pahala menunaikan solat atau mudaratnya dosa bila meninggalkan ibadat solat itu. Dengan pesanan dalam sehari lima kali difardhukan (solat) tidak mudahlah dilupakan atau dilalaikan oleh syaitan dengan menunggangi nafsu untuk memesongkan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Ketiga.

Menunaikan Puasa Di Bulan Ramadhan.

Menunaikan puasa di bulan Ramadhan, bererti memperpuasakan diri sepanjang hayat dengan mensyukuri rahmat-Nya dalam usaha mencari lagi (bererti kekurangan). Berilmu hendaklah sentiasa meanggap diri di dalam kejahilan. Rezeki yang dikurniakan hendaklah merasakan di dalam kelaparan. Bebanan hati bersimpati kepada manusia yang miskin di seluruh pelusok dunia ini, terutama kepada saudara-saudara Islam.

Keeampat:

Menunaikan Zakat.
Tentang pembayaran zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu. Dipergunakan istilah beramal dengan ikhlas, sumber keikhlasan itu adalah dengan tidak menunjuk-nunjuk atau riyak. Cara menyembunyi itu (ikhlas) digunakan dengan tidak melakukan amalan tersebut, lantaran sendiri menghumbankan diri ke jurang kesesatan seperti firman Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat ayat 7 – iaitu ” ...orang-orang yang tidak menunaikan zakat, dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat.”


Kelima.

Menunaikan Ibadat Haji.

Pengalaman semasa berada di Baitullah seperti latihan amali sebelum dihimpunkan ke Padang Mahsyar yang pasti wujud. Selesai mengerjakan ibadat haji hendaklah merasakan diri di berikan peluang seperti mati hidup kembali dengan penuh perasaan keinsafan, lalu menjalani hidup bertakwa dengan sebenar-benar takwa. Perubahan diri yang buruk menjadi baik dan dari yang baik menjadi terbaik kepada yang bergelar haji atau hajjah. Disitilah mercu kejayaan diri dilahirkan kembali dalam keadaan bersih setelah terkotor sebelumnya akibat kejahatan atau kelalaian.


Masalah 194

Bagaimana cara untuk menerbitkan keinsafan kepada diri sendiri untuk berada di permiukaan ”jalan yang lurus”?

Jawapan.

Hendaklah kita menanyai sendiri pada diri melalui ”Suara Hati ”. ”Siapalah Aku”? Semakin banyak bertanya semakin terasa kekerdilan, kerendahan, keinsafan diri sendiri di sisi Allah s.w.t., justeru terbitlah keinsafan itu, jika tiada perubahan bererti hidup yang terus bergelumang dengan kemungkaran adalah menurut ”Kata Hati.”


Masaalah. 195

Apakah bezanya antara ”Suara Hati” dengan ”Kata Hati” ?

Jawapan.

Bezanya adalah seperti berikut:

(1) Suara Hati.
Terbit dari keikhlasan yang membawa kepada kebenaran setelah melalui proses akal yang sempurna dari fikiran yang sihat.

(2) Kata Hati.

(3) Lahir dari pada perasaan yang terdesak dan nafsu yang buas.


Contoh - Suara Hati:

1. Parokok :
Sia-sia membazirkan wang untuk membiakkan penyakit dalam tubuh sendiri.

2. Pejudi :
Bodohnya aku menggunakan masa hidup yang singkat ini dengan berkeadaan cemas dan berangan-angan.


3. Penipu :
Sebenarnya perbuatan aku ini adalah mengundang keaiban diri aku sendiri.


Contoh: Kata Hati.

(1).Perokok.

Bdergaya sambil menikmati kepuasan.

(2).Pejudi.

Cara mudah untuk mendapatkan kesenangan.

(3). Penipu.

Pintarnya aku berjaya membodohkan orang lain.

Apabila sudah memahami perbezaan antara ”Suara Hati” dengan”Kata Hati”,maka hendaklah pula menggunakan ”Mata Hati” untuk melihat perekara-perara yang ghaib kepunyaan Sallah s.w.t.

Apakah yang dikatakan mata hati itu?

Mata hati berupaya melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampaskkan perkara-perkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di sisi Allah s.w.t.
Contohnya seperti berikut :
a. Dosa

b. Pahala

c. Syurga

d. Padang Mahsyar dan lain-lain lagi.


Masaah 196

Bagaimana yang dikatakan hati itu?

Jawapan.

Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan di dalam tubuh manusia. Pada zahirnya tiada kaitan langsaung untuk mempengaruhi kehidupan manusia itu, digunakan perkataan hati menjadi perumpamaan menguasai kehidupan.
Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 78 :

وَاللهُ أ َخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ أ ُمَّهَتِكُمْ لَا تَعْلـَمُونَ شَيْـءًـا وَجَعَلَ لـَكُمُ السَّمْعَ وَالْأ َبْصَرَوَا لْأ َفْـءِـدَة لا لـَعَلـَّكُمْ تـَشْكُرُونَ. (78)
Bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahaui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan Hati agar kamu bersyukur.”
(An-Nhl ayat 78)

Sekiaj dahulu, penulis akan menyambung dalam siaran ini dalam masa tidak berapa lama lagi.

Wassala mualaikum.....

-----------------------------------oooooooooooooooo--------------------------

No comments:

Post a Comment