CHE DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com
Atau” http://www.hjchedan.blogspot.com
HAL EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 57.
Jangan Kamu berdengki-dengki.
Dari Abi Hurairah r.a., katanya. ”Telah bersabda Rasulullah s.a.w: ”Janganlah kamu
berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbelakang-
belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan
jadikanlah kamu hai hamba Allah bersaudara.”
”Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh
membiarkan (dalam kehinaan), dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh
menghinakanya.”
”Taqwa itu di sini – kata Nabi s.a.w. sambil menunjuk ke dadanya tiga kali, Sudah
cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam.
Sekalian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan
kehormatannya,”
Diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Sekian dahulu untuk renungan bersama.
--------------------oooooooooooooo-----------------
No comments:
Post a Comment