CHE DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com
Atau” http://www.hjchedan.blogspot.com
HAL EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 52.
Msalah 157 –
AKIDAH - RUKUN IMAN (1)
Dalam ajaran Islam, akidah ialah iman atau kepercayaan. Sumbernya ialah kitab suci Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Baginda pernah memberikan keterangan tentang erti iman di dalam suatu majlis brsama-sama sahabat ketika di datangi oleh Malaikat Jibril a.s. yang menyerupai seorang lelaki. Beliau bertanya kepada Rasulullah mengenai iman, Rasulullah s.a.w.menerangkan :
”Iman itu engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya serta hari akhirat dan engkau beriman kepada taqdir (yang ditentukan oleh Allah) baik dan buruknya.”
Iman bererti :-
a. Percaya benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.
b. Segala jenis amalan taat hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
c. Perkara-perkara yang dimankan itu, dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di dalam hadis tersebut.
Percaya secara mutlak kepada Allah ialah mebenarkan dan mengakui adanya Allah, mempercayai sifat-sifat Allah, mempercayai dan membenarkan kekuasaan Allah dan peraturan-peraturannya. Kepercayaan yang mutlak itu hendaklah mengandungi tiga unsur penting iaitu :
a. Ikrar dibaca dengan lidah.
b. Ditasdiq (dibenarkan) dengan hati.
c. Dipraktikkan dengan anggota.
Abul Ala Maududi, seorang ulama, terkemuka pada abad ini menjelaskan hubungan antara iman dan Islam :-
”Hubungan antara Islam dan iman adalah laksana hubungan antara pokok dengan akarnya sebagaimana sepohon pokok tidak dapat tumbuh dan hidup subur tanpa akarnya demikianlah pula seseorang itu tidak dapat menjadi Muslim tanpa mempunyai keimanan.”
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, tenyatalah bahawa Rukun Iman itu terdiri daripada :-
a. Iman kepada Allah.
b. Iman kepada MalaikatNya.
c. Iman kepada KitabNya.
d. Iman kepada RasulNya.
e. Iman kepada Hari Akhirat.
f. Iman kepada Qada’ dan Qadar.
HURAI MENGENAI RUKUN IMAN.
1.. Rukun Iman yang pertama ialah Beriman Kepada Allah.
Keimanan kepada Allah merupakan asas pokok di dalam dasar keimanan seseorang. Beriman kepada Allah adalah sesuatu yang wajib ke atas manusuia iaitu makrifat kepada Allah dengan sebenar-benarnya yakin, kerana dengan keyakinan betul dan benar, maka dengan sendirinya kita yakin pula kepada rukun-rukun iman yang lainnya.
Al-Quran al-Karim sebagai sumber ajaran dan hukum Islam yang penting memberikan keterangan yang jelas mengenai keimanan kepada Allah, dengan mengenmukakan bukti-bukti yang jelas mengenai kewujudan yang Maha Esa itu. Firman Allah s.w.t. :-
قُلْ هُوَ اللهُ أ َحَدٌ (1) اَ للهُ الصَّمَدُ (2) لـَمْ يَلِدْ وَلـَمْ يُولـَدْ (3)
وَلـَمْ يَكن لـَّهُ كُفُوًا أ َحَدٌ (4)
(1) Katakanlah wahai Muhammad bahawa Allah itu satu
(2) Allah tempat sekalian makhluk bergantung
(3) Tidak Dia beranak dan diperanakan
(4) Dan tidak ada sesiapa pun yang setara atau seumpama denganNya.
(Surah al-Ikhlas : 14)
ذَلِكُمُ اللهُ رَبُّكُمْ لآ إِلـَهَ إ ِلَّاهُوَ. خَلـَقَ كُلِّ شَىْءٍ فَاعْبُدُوهُ.
“Dialah Allah Tuhanmu, tidak ada Tuhan melainkian Dia, Pencipta segala sesuatu, kerana itu hendaklah kamu menyembah Dia.
(Surah Al-‘Am: ayat 102)
وَلـَءِـن سَأ َلـْتَهُمْ مَّنْ خَلـَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأ َرْضَ لـَيَقُولـُنَّ
خَلـَقَهُنَّ الـْعَزِيزُ الـْعَلـِيمُ (9)
“Dan jika kamu bertanyakan mereka (orang jahiliah), siapa yang menjadikan lagit dan bumi, nescaya mereka menjawab, bahawa yang menjadikan langit dan bumi itu ialah Allah YangMaha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah az-Zukhruf: ayat 9)
Orang Jahiliah mengakui akan adanya Allah tetapi nereka menyembah juga patung dan berhala. Kenapa mereka tidak menyemvah Allah, sepatutnya mereka menyembah Allah sebagai tuhan mereka.
Fenomena jahiliah ini masih kita dapati di dalam kehidupan moden hari ini. Masih ada golongan yang percaya dan menyembah patung-patung berhala, gunung-ganang, sungai, kubur dan kepercayaan kepada benda-benda yang di percayai keramat seperti keris-keris, tongkat, azimat dan sebagainya. Semuanya ini merupakan amalan syirik yang amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Islam memandang perbuatan syirik seperti itu sebagai suatu perbuatan yang hina dan bodoh. Bukankah manusia itu telah diciptakan pada martabat yang paling tinggi di kalangan makhluk-makhluk Allah yang lain. Dengan melakukan amalan syirik itu bererti dia telah menghina dan menjatuhkan darjat kemanusiannya.
Di dalam Al-Quran diterangkan dalil tentang keesaan dan kesempurnaan Allah s.w.t. yang lengkap di dalam surah Al-Baqarah ayat 255 :-
ا َللهُ لآ إ ِلـَهِ إ ِلا َّهُوَ. الـْحَيُّ الـْقَيُّومُ لآ تَأ ْ خُذُهُ سِنَة ٌ وَلآ نُوْمٌ لـَهُ مَافِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى
الْأ َرْضِ. مَنْ ذَالـَّذِى يَـشْـفَعُ عِنْدَهُ إ ِلا َّ
بِإ ِذْنِهِ. يَعْلـَمُ مَابـَيْـنَ أ َيْدِيْهِـمْ وَمَا خَلـْفَهُـمْ. وَلآيُحِيْـطُوْنَ بِشَىْءٍ
مِّنْ عِلـْمِهِ إ ِلا َّبِمَا شَـآءَ. وَسِعَـكُرْسِـيُّـهُ السَّمَـوَاتِ وَالْأ َرْضَ.
وَلآيَـءُـودُهُ حِفْـظـُهُـمَا.وَهُـوَ الـْعَـلِىُّ الـْعَـظِـيمُ. (255)
”Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhluk-Nya. Yang tidak mengantuk dan tidak tidur, yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi. Siapa yang akan memohoan syafaat (pertolongan) di sisiNya kalau bukan dengan izinNya.
Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahaui suatu pun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadaNya).
LuasNya kerusi Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua alam langit dan bumi, dan Dialah Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”
(Surah Al-Baqarah. ayat 255)
Ayat suci ini menjelaskan Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan berikut :-
1.. Dialah sahaja Tuhan yang sebenarnya berhak disembah dan dipatuhi.
2.. Dialah sahaja Tuhan yag hidup scara mutlak terlepas
daripada pengertian hidup yang difahami oleh manusia.
3.. Dialah yang kekal selama-lamanya mengtadbirkan
sekalian makhluknya serta memberikannya segala-gala
yang diperlukan untuk keperluan hidup masing-masing.
4..Maha Suci Tuhan daripada rasa letih lesu, mengantuk
atau tidur.
5..Allah menguasai segala yang ada di langit dan di bumi dengan
penguasaan mjutlak yang meliputi.
6..Allah bebas melakukan segala yang dikehendakiNya, tidak ada sesiapun
yang boleh mempersoalan hukumNya atau yang dapat menolak
keputusanNya atau yang berani mengubah apa yang telah ditentukan dan
dikehendaki –Nya sama ada dengan meminta syafaat atau pertolongan
atau mengemaukakan rayuan kecuali setelah Dia izinkan. Maka pada ketika itu ia
tunduk mematuhi dan memohon syafaat dalam lingkungan yang dibenarkan, sesuai
dengan keadaannya.
7.. Allah Maha Mengetahui akan keadaan sekalian makhlukNya meliputi segala apa yang sedang mereka hadapi daripada segala yang sedang berlaku atau yang akan berlaku, sebaliknhya mereka sendiri tidak mengetahui sesuatu pun daripada apa yang diketahui Allah Taala, kecuali apa yang Allah kehendaki mereka mengetahuinya.
8.. Allah, Dialah saja pemerintah Agong, kebesaranNya dan ilmu-ilmuNya meliputi langit dan bumi.
9..Allah, Dialah saja yang mempunyai sepenuh-penuh kekuasaan. Tidaklah menjadi keberatan atau kesukaran kepadaNya menjaga dan memelihara alam langit dan bumi dan saegala yang ada pada kedua-dua alam itu.
10.. Allah, Dialah juga yang Maha Tinggi Kebesaran dan KemuliaanNya. Tidak ada yang mengatasiNya dan Dilah jua yang Maha Besar kekuasaanNya yang tidak ada bandinganNya.
Sekian dahulu, penulis akan sambung lagi mengenai Rukun ImanYang Kedua iaitu ”Beriman Kepada Malaikat” melaliui Blog ini dalam siaran akan datang.
Sehingga itu, penulis ucapkan...
Wassala mualaikum warah matulla hi wabarakatuh........!!
---------------------oooooooooooo---------------------------------
No comments:
Post a Comment