Wednesday, October 28, 2009

Nasihat untuk kaum wanita - DSiri 69


CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 480 7767 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN 69

Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .

Masalah 208.

Saya dimaklumkan bahawa Allah s.w.t. melarang wanita-wanita memakai pakaian yang

terdedah yang menampakkan perhiasaan badan mereka dan sebagai lagi. Apakah ada

dalil-dalil tersebut terdapat di dalam Al-Quran ?


Jawapan.

Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran Surah An-Nur ayat 31 :-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

وَقُلْ لـِّلـْمُؤْ مِنَتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أ َبْصَرِهِنَّ وَيَحْفَظـْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَايُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إ ِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ج

وَلـْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلىَ جُيُو بِهِنَّ ج وِلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُو لـَتِهِنَّ أ َوْ ءَا بـَآ ءِـهِنَّ أ َوْ

ءَابَـآءِبُعُولـَتِهِنَّ أ َوْأ َبْنَآ ءِـهِنَّ أ َوْ أ َبْنـَآ ءِبُعُولـَتِهِنَّ أ َوْإِخْوَنِهِنَّ أ َوْبَنِىْ إِخْوَنِهِنَّ أ َوْبَنِىْ


أ َخَوَتِهِنَّ أ َوْ نِسَآ ءِـهِنَّ أ َوْمَا مَلـَكـَتْ أ َيْمَنُهُنَّ أ َوِالتـَّبِعِينَ غـَيْرِ أ ُوْلِى الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ

أ َوِالـِّطِفْلِ الـَّذِينَ لَمْ يَظـْهَرُوْا عَلىَ عَوْرَتِ النِّسَآءِ ج وَلَايَضْرِبْنَ بِـأ َرْجُلِهِنَّ لِـيُعْلَمَ مَا يُخْفِـينَ مِنْ

زِينَـتِهِنَّ ج وَتُوبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيعًا أ َيُّهَ الـْمُـؤْمِنُـونَ لـَعَـلـَّكـُمْ تـُفْـلِحُونَ (31)


Bermaksud:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan

memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang

(biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutup kain ke dadanya, dan

janganlah menampakkan perhiasaannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,

atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau

saudara-saudara mereka, atau putra-putra saudara mereka, atau putra-putra saudara

perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki,

atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau

anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan

kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan, dan bertaubatlah kamu

sekalian kerpada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. “

(Surah An-Nuur ayat 31).



Dalam satu hadis yang mengkesahkan semasa Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra’ Mijraj

telah dipertontonkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi s.a.w. api neraka membakar tubuh

wanita-wanita yang mengengkari larangan Tuhan menurut Firman Allah s.w.t tersebut.


Bertanya Rasulullah kepada Jibril:

“Apakah dosa kaum ini terdiri daripada wanita sahaja Ya…Jibril ?


Jibril menjawab:

“Maha Pemurah Allah s.w.t. menciptakan kecantikan kepadanya (wanita) baik rupa

parasnya mahupun bentuk tubuhnya, lalu dibangga-banggakannya dengan menelanjangi

dalam berpakaianh (tidak menutup aurat). Api neraka amat merindui untuk membakar

tubuh wanita-wanita sedemikian. Sekarang lihatlah betapa gelojohnya api neraka

memamah tubuh wanita itu.”

(Rujukan: Kitab Kesah Isra’ Mikraj, Jilid 1).

Sekian dahulu buat sementara waktu ini,dan akan disembung lagi dalam sedikit masa

nanti.

Wassala mulaikum....



----------------------------------ooooooooooooo--------------------------------------

No comments:

Post a Comment