Tuesday, October 20, 2009

Masalah Agama - Siaran Ke 62

CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 62

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.


Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .


Masalah 186.

Adakah sah jika seseorang itu sembahyang mengikuti imam yang berlainan Mazhab?


Jawapan.


Berlainan Mazhab bukan bererti berlainan agama, oleh itu janganlah ianya dijadikan sebagai alasan untuk kita mengambil sikap berjauhan di antara satu Mazhab dengan satu Mazhab yang lain. Selagi Mazhab itu sama dalam sola-soal pokok maka Mazhab itu adalah betul.

Adapun soal cabang hukum mungkin ada sedikit perbezaan, itu pun tidak boleh orang dari Mazhab lain mempersalahkan Mazhab yang tidak sama dengannya. Masing masing Mazhab mesti menghormati Mazhab yang lain.

Seorang yang bermazhab Hanafi misalnya boleh menjadi imam kepada orang yang bermazhab As-Shafei. Akan tetapi kalau ada mazhab yang mengatakan aurat perempuan dalam sembahyang boleh nampak rambut,maka sudah tentulah dia tidak boleh jadi imam pada orang yang berimam pada As-Shafei. Soal aurat merupakan soal pokok yang sepatutnya.

Kesimpulannya jika seseorang itu mengikuti Mazhab yang lain, yang sama soal pokoknya sama, adalah sah sembahyangnya.



Masalah 187.


Apakah hukumnya seseorang itu yang sengaja meninggalkan sembahyang yang wajib dikerjakan dalam sehari semalam lima waktu itu?


Jawapan.


Sembahyang wajib dilakukan walau di mana-mana dan dalam keadaan apa sekalipun. Malah dalam keadaan sakit atau dalam peperangan pun kita wajib sembahyang. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, nyata ia telah kafir.”


Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang yang meninggalkan sembahyang secara sedar dari hatinya, mungkin telah meanggap sembahyang itu tidak wajib lagi atau meanggap sembahyang itu menyusahkannya saja maka jelaslah ketika itu dia berdosa besar dan dia telah murtad.


Meninggalkan sembahyang itu adalah berdosa besar kerana mengingkari perintah Allah s.w.t. Justeru itu orang yang melakukan dosa itu akan diberi pembalasan oleh Allah di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t.”-



وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَالْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ

بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ .


( الانعام (120)

Bermaksud:-

Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan” (Al-Am ayat 120)


Begitu juga kalau dia sengaja meninggalkan sembahyang kerana tidak sanggup sujud menyembah Allah s.w.t. samalah seperti sifat iblis yang sombong dan enggan sujud kepada Allah Taala. Di akhirat kelak, dia akan dicampakkan ke dalam api neraka.


Akan tetapi kalau dia bertaubat dan meminta ampun ke hadrat Allah s.w.t., dia wajib mengqadakan semua sembahyang yang ditinggalkannya itu.


Sekian dahulu buat waktu ini dan akan di sambung lagi dalam siatan Blog akan datang.

Wassala mualaikum.......



-------------------------------ooooooooooooooooooooo---------------------------

No comments:

Post a Comment