CHE DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
MASALAH AGAMA – SIARAN KE 63
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .
Masalah 191.
Seorang rakan saya selalu tidak sembahyang walaupun dia tidak ada apa –apa halangan untuk bersembahyang. Apakah hukumnya orang yang demikian?
Jawapan.
Setiap orang Islam yang beriman bertanggungjawab mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan (makruf). Orang yang tidak sembahyang ialah orang yang melakukan sebesar-besar kemungkaran terhadap Allah. Siapa sahaja yang melihat ada orang yang tidak sembahyanag maka ia wajib menyuruh orang itu semabahyang. Firman Allah s.w.t. :-
وَالْمُؤْمِنُوْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بَعْضُهُمْ أ َوْلِيَاءُبَعْضٍ يَـأ ْمُرُوْنَ
بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَـنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ.
(التوبة: 71)
Bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengah mereka menjadi pemimpin kepada setengah yang lain; mereka menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari mengerjakan yang jahat dan mereka menyuruh mendirikan sembahyang.”
(At-Taubat ayat 71)
Cuma cara menyuruh sehingga boleh memberi kesan kepadanya itu adalah bergantung kepada sikap penegur dan orang yang ditegur. Menyuruh seseorang itu melakukan sesuatu perintah Allah atau melarangnya daripada melakukan mungkar hendaklah dengan cara berhikmah, lemah lembut dan penuh kasih sayang. Yang paling penting, orang yang menegur itu mesti terlebih dahulu berbuat kebaikan.
Dalam kes di atas, kita hendaklah memberi tahu dia bahawa dosanya orang yang tidak sembahyang itu amatlah berat. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. di Isra’kan dimana baginda di perlihatkan kehidupan penghuni neraka yang sedang menjalani pelbagai jenis seksaan, seolah-olah neraka itu berada di atas bumi mengikut diawal perjalanan Nabi (Isra’), tidak sebagaimana dimaklumkan neraka itu berada di alam akhirat. Dipertontonkan kepada Nabi satu kauam yang melalaikan perintah sembahyang fardu, memukul-mukul kepalanya sendiri dengan batu api neraka, sedangkan ketika itu solat fardu belum diwajibkan lagi ke atas umatnya. Itulah akibatnya orang yang tidak menunaikan sembahyang.
Sesiapa yang mengutamakan dan membesarkan yang lain dari tugas sembahyangnya telah dianggap syirik kerana membesarkan yang lain daripada Allah. Menurut hadis Rasulullah s.a.w. bahawa sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja ia dihukum telah menjadi kafir. Etinya dia adalah akan dimasukkan ke neraka.
Maka kita hendaklah menasihatkan mereka yang tidak mahu bersembahyang dengan memberi maklumat padahnya seperti di atas. Adakah ia mahu menjadi kafir dan masuk ke neraka? Maka suruhlah dia berbuat kebaikan dengan taat melakukan sembahyang dan berbagai kebaikan lagi.
Firman allah s.w.t. lagi:-
وّبَشِّرِالَّذِيْنَ آ مَنُوْا وَعَمِلُوا الصَّلِحَاتِ
نَّ لَهُمْ جَنَّتٍ تَجرِ مِنْ َ تَحْـتِحهَا الأ َنْهَرُ اَ
Ertinya- “Berikanlah bertita gembira kepada orang-orang yang berimaan dan berbuat kebaikan, bahawasanya mereka itu akan memperolehi syurga yang di bawahnya mengalir beberapa sungai”
(al-Baqarah : 25).
Insya Allah dengan maklumat dan gambaran terserbut orang itu akan kembali kepada jalan kebaikan.
Masalah 192.
Apakah cara terbaik untuk menumpukan perhatian kepada Allah dalam mengerjakan sembahyang, yakni dengan cara yang khusyuk?
Jawapan.
Setiap kerja kebajikan yang hendak kita lakukan tidak sunyi dari gangguan syaitan dan nafsu. Kedua-dua ini adalah musuh manusia yang sering berganding bahu untuk menggagalkan kerja baik manusia. Ini tentu tidak berlaku kepada orang yang ingin berbuat kejahatan, mereka tidak diganggu malah mendorong berbuat kerja-kerja tersebut.
Sembahyang memang kerja utama dalam Islam, baik amalan sembahyangnya akan baiklah juga amalan yang yang lain, sebaliknya rosak sembahyang akan rosaklah amalan yang lainnya. Atas sebab itu musuh ini ia sentiasa berusaha untuk menggagalkan sembahyang kita. Diganggunya orang yang bersembahyang agar tidak khusyuk dalam mengingati Allah.
Allah telah memberi amaran kepada umat Islam bahawa orang yang lalai dalan sembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka yang bernama ”Wail” Berdasarkan amaran itu eloklah kita berhati-hati dengan keuda-dua musuh itu. Berikut ini adalah panduan untuk menghadapi musuh-musuh itu supaya kita kembali khusyuk dalam sembahyang:-
(1). Bersedialah untuk bersembahyang terlebih awal sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum masuk waktu.
(2). Hendaklah kosongkan fikiran dari mengingati persoalan kerja atau apa daja yang telah dilakukan sdebelum ke tempat sembahyang.
(3). Di waktu itu tumpukan ingatan kepada Allah sama ada membaca Al-Quran, berzikir, selawat, sembahyang sunat atau membaca buku agama.
(4). Sementara menunggu iqamat (selepas azan) mohonlah kepada Allah agr ditenangkan jiwa dan dikuatkan iman. Doa di waktu ini amat mustajab sekali.
(5).Sebelum takbiratulihram pastikan sekali lagi soal luaran sembahyang tiada dingatkan lagi. Semasa itu juga bacalah Surah An-nas
(قُلْ أ َعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسَ( sekali atau dua atau tiga kali supaya syaitan takut
menghampiri orang yang akan bersembahyang.
(6). Dalam sembahyang mata hendaklah ditumpukan kepada tempat sujud saja. Kalau jelingan mata ke kiri atau ke kanan menjadikan kita terlupa pada Allah.
(7). Hati hendaklah ingatkan bahawa; sekarang ini kita sedang berhadapan dengan Allah, patutkah kita ingat lain-lain perkara dari Allah. Ingatkan bahawa Allah sedang memerhatikan gelagat kita ketika itu apakah ikhlas atau tidak. Allah mengetahui apa yang terdetik di hati kita.
(8). Jangan tinggalkan sembahyang Jumaat kerana dengan meninggalkan sembahyang Jumaat itu hati kita akan bertumpuk-tumpuk hitam dan akan menjadikan kita malas beibadat dan merasa was-was.
(9). Tinggallah sergala perbuatan yang ditegah Allah dan jangan juga melakukan banyak perkara-perkara yang makruh kerana kita akan mudah di rasuk syaitan dan nafsu jahat.
وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج
إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَالْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ
بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ .
( الانعام (120)
Bermaksu: Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan” (Al-Am ayat 120)
(10). Apabila timbul was-was semasa dalam mengerjakan rukun-rukun sembahyang itu sama ada kita sudah lakukan atau belum, pilihlah yang belum dan lakukannya dan selepas itu buatlah sujud sahwi. Dengan itu selamat lah sembahyang kita.
Panduan ini hendaklah dibuat mengikut turutan. Jika semuanya dapat dilakukan denga bnaik, Insya Allah segala-galanya akan terhasil. Allah sungguh mengetahui hajat kita, kalau kita inginkan kepadanya pasti akan dibantunya selalu.
Sekian dahulu, dan akan temui di dalam Blog ini sedikit masa lagi.
Wassala mualaikumn........
------------------------------ooooo-------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment