CHE DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 013 4807767 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/
MASALAH AGAMA – SIARAN KE 66
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .
Masalah 197 (200)
TUNJUKILAH KE JALAN YANG LURUS –
SIARAN KE 66.
Masalah 193 . (202)
Catatan dalam nota ini memang sukar difahami, melainkan dengan kita memikirkan lebih mendalam dan memerlukan pemikiran sejenak untuk difahami.
JALAN YANG LURUS.
Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah dengan memperseimbangkan di antara “Keperluan” dengan “Kemampuan.” Maksudnya, dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadan kesederhanaan yang dituntut Islam kepada penganutnya.
Memperseimbangkan sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal fikiran manusia. Justeru, wujudnya apa yang dikatakan “Jalan yang Lurus” yang sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah diayat 6 bermaksud “ Tunjukkan kami jalan yang lurus.” Kiasannya. Sekkiranya dfikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaana jalantersebut danada pula akhifrnya (garis penamat).
Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.
Kematian – Penamat jalan tersebut.
Firman asllah dalam Sufrah Al Fath ayat 2 :- ( 511)
لـِّيَغْفِرَ لـَكَ اللهُ مَاتـَقَدَّمَ مِن ذَنْبِكَ وَمَا تَأ َ خـَّيرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ, عَلـَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَطـًا مُّسْتـَقـِيْمـًا (2)
“Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalanyang lurus.”
Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan erti kata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu daya iblis amat mengelirukan.
Contohnya ; Lima perkara dalam Rukun Islam.
Pertama.
Mngucap Dua Kalimah Syahadah.
Apakah ucapan yang dilafazkan sama dengan pelaksanaan yang dilakukan bagi amalan hidup seharian secara Islam yang sebenarnya. Menunduk kepada semua perintah-Nya?, dalam barisan pengikut Nabi pesuruh Allah dengan menghayati hadis dan mematuhi sunnahnya?.
Kedua.
Mendirikan Solat Fardhu.
Solat itu merupakan pesanan kepada diri sendiri, sebagai manusia yang dikatakan lemah sering berpenyakit lupa atau lalai, terutama kepada yang tidak menampakkan faedahnya atau mudaratnya, seperti faedah pahala menunaikan solat atau mudaratnya dosa bila meninggalkan ibadat solat itu. Dengan pesanan dalam sehari lima kali difardhukan (solat) tidak mudahlah dilupakan atau dilalaikan oleh syaitan dengan menunggangi nafsu untuk memesongkan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Ketiga.
Menunaikan Puasa Di Bulan Ramadhan.
Menunaikan puasa di bulan Ramadhan, bererti memperpuasakan diri sepanjang hayat dengan mensyukuri rahmat-Nya dalam usaha mencari lagi (bererti kekurangan). Berilmu hendaklah sentiasa meanggap diri di dalam kejahilan. Rezeki yang dikurniakan hendaklah merasakan di dalam kelaparan. Bebanan hati bersimpati kepada manusia yang miskin di seluruh pelusok dunia ini, terutama kepada saudara-saudara Islam.
Keeampat:
Menunaikan Zakat.
Tentang pembayaran zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu. Dipergunakan istilah beramal dengan ikhlas, sumber keikhlasan itu adalah dengan tidak menunjuk-nunjuk atau riyak. Cara menyembunyi itu (ikhlas) digunakan dengan tidak melakukan amalan tersebut, lantaran sendiri menghumbankan diri ke jurang kesesatan seperti firman Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat ayat 7 – iaitu ” ...orang-orang yang tidak menunaikan zakat, dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat.”
Kelima.
Menunaikan Ibadat Haji.
Pengalaman semasa berada di Baitullah seperti latihan amali sebelum dihimpunkan ke Padang Mahsyar yang pasti wujud. Selesai mengerjakan ibadat haji hendaklah merasakan diri di berikan peluang seperti mati hidup kembali dengan penuh perasaan keinsafan, lalu menjalani hidup bertakwa dengan sebenar-benar takwa. Perubahan diri yang buruk menjadi baik dan dari yang baik menjadi terbaik kepada yang bergelar haji atau hajjah. Disitilah mercu kejayaan diri dilahirkan kembali dalam keadaan bersih setelah terkotor sebelumnya akibat kejahatan atau kelalaian.
Masalah 194
Bagaimana cara untuk menerbitkan keinsafan kepada diri sendiri untuk berada di permiukaan ”jalan yang lurus”?
Jawapan.
Hendaklah kita menanyai sendiri pada diri melalui ”Suara Hati ”. ”Siapalah Aku”? Semakin banyak bertanya semakin terasa kekerdilan, kerendahan, keinsafan diri sendiri di sisi Allah s.w.t., justeru terbitlah keinsafan itu, jika tiada perubahan bererti hidup yang terus bergelumang dengan kemungkaran adalah menurut ”Kata Hati.”
Masaalah. 195
Apakah bezanya antara ”Suara Hati” dengan ”Kata Hati” ?
Jawapan.
Bezanya adalah seperti berikut:
(1) Suara Hati.
Terbit dari keikhlasan yang membawa kepada kebenaran setelah melalui proses akal yang sempurna dari fikiran yang sihat.
(2) Kata Hati.
(3) Lahir dari pada perasaan yang terdesak dan nafsu yang buas.
Contoh - Suara Hati:
1. Parokok :
Sia-sia membazirkan wang untuk membiakkan penyakit dalam tubuh sendiri.
2. Pejudi :
Bodohnya aku menggunakan masa hidup yang singkat ini dengan berkeadaan cemas dan berangan-angan.
3. Penipu :
Sebenarnya perbuatan aku ini adalah mengundang keaiban diri aku sendiri.
Contoh: Kata Hati.
(1).Perokok.
Bdergaya sambil menikmati kepuasan.
(2).Pejudi.
Cara mudah untuk mendapatkan kesenangan.
(3). Penipu.
Pintarnya aku berjaya membodohkan orang lain.
Apabila sudah memahami perbezaan antara ”Suara Hati” dengan”Kata Hati”,maka hendaklah pula menggunakan ”Mata Hati” untuk melihat perekara-perara yang ghaib kepunyaan Sallah s.w.t.
Apakah yang dikatakan mata hati itu?
Mata hati berupaya melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampaskkan perkara-perkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di sisi Allah s.w.t.
Contohnya seperti berikut :
a. Dosa
b. Pahala
c. Syurga
d. Padang Mahsyar dan lain-lain lagi.
Masaah 196
Bagaimana yang dikatakan hati itu?
Jawapan.
Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan di dalam tubuh manusia. Pada zahirnya tiada kaitan langsaung untuk mempengaruhi kehidupan manusia itu, digunakan perkataan hati menjadi perumpamaan menguasai kehidupan.
Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 78 :
وَاللهُ أ َخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ أ ُمَّهَتِكُمْ لَا تَعْلـَمُونَ شَيْـءًـا وَجَعَلَ لـَكُمُ السَّمْعَ وَالْأ َبْصَرَوَا لْأ َفْـءِـدَة لا
لـَعَلـَّكُمْ تـَشْكُرُونَ. (78)
Bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahaui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan Hati agar kamu bersyukur.”
(An-Nhl ayat 78)
Sekiaj dahulu, penulis akan menyambung dalam siaran ini dalam masa tidak berapa lama lagi.
Masalah 197.
Apakah hati itu sama dengan troh ?
Jawapan.
Tidak....kewujudan roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah manusia itu dilahirkan ke dunia, hilang bila manusia itu mati, manakala roh tidak akan mati dan menempuh kehidupan di alam barzakh dan di alama akhirat. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al- Isera’ ayat 85 :
وَيَسْـءَلــُو نَكَ عَنِ الرُّوحِ ج قـُلِ الرُّوحُ مِنْ أ َمْرِ رَبِّىْ وَمآ أ ُوْتِيتُمْ
مِنَ الـْعِلـْمِ إ ِلاّ َ قـَلِيلاً. (85)
Bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah “Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit.”
Kesimpulannya Allah berfirman “Tidaklah Aku berikan pengetahuan, melainkan sedikit…..” Maka yang sedikit itulah perlu dikaji sebagai sumber ilmu untk menguatkan iman bagi persedsiaan melalui jalan yang lurus, dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi roh.
Masalah 198.
Apakahyang dikatakan fungsi-fungsi roh itu ?
Jawapan.
Pada kebiasaan fungsi-fungsi roh itu disebut seperti berikut :
a.. Akal
b.. Perasaan.
c.. Fikiran.
d.. Hati.
e. Nafsu.
Bagaimana untuk meyakinkan kewujudan roh ?
Jawapan.
Roh itu berkeadaan ghaib dan diyakini berkewujudannya, tanpa roh bererti manusia itu mati. Keyakinan ini adalah asas mula meyakinkan diri sebahagian daripada kepercayaan kepada Rukun Iman. Kehidupan roh tidak seperti jasad, di mana ajalnya berakhir dari mana asalnya (tanah). Roh pula meneruskan kehidupan di alam barzakh hingga kiamat untuk bertanggungjawab atas segala perbuatan semasa bersama jasad di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Thaha ayat 55:
مِنْهَاخَلـَقْنَكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تـَارَةً أ ُخْرَى (55)
“… dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain.”
Roh pada asalnya bersih, terdedah pencemaran apabila bersatu dengan jasad, maka terpulanglah kepada fungsi-fungsi roh untuk mengembalikan seperti keadaan semulajadi.
Masalah 200.
Apakah peranan fungsi-fungsi roh itu ?
Jawapan.
Peranannya seperti berikut :-
a.. Akal sebagai Penimbang
b. Perasaan sebagai Perasa
c. Fikiran sebagai Penilai.
d. Hati sebagai Penuntut atau peminta
e. Nafsu sebagai Perangsang.
Masalah 201.
Bagaimanakah peranan manusia yang mempunyai fungsi-gungsi roh yang baik.?
Jawapa.
a. Akal - Memperseimbangkan fitrah manusia.
b. Perasaan - Mengutamakan kasih sayang dan tiada
kelainan kepada yang lain.
c. Fikiran - Betenaga untuk meneroka mencari
kesempurnaan hidup dunia dan akhirat.
d. Hati - Berupaya melihat yangtersirat.
e. Nafsu - Merangsang menuju ke jalan yang lurus.
Dari Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud:
”Sesungguhnya yang paling ku cintai di antara kamu dan paling
dekat duduknya denganku, pada hari kiamat adalah yang paling
baik akhlaknya.” (H.R. Ibn Majah)
Masalah 202.
Apa akan terjadi kepada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang buruk. ?
Jawapan.
a. Akal - Menjadi gila atau gila di alam waras.
Tetapi tetap pendirian.
b. Perasaan - Pemarah, garang dan tidak bertimbang rasa.
c. Fikiran - Sentiasa merancang kejahatan.
d. Hati - Menyukai keburukan.
e. Nafsu - Menuntut kepuasan tanpa batas.
’Akhlak yang buruk adalah dosa yang tidak terampuni, sedangkan perasangkaan buruk adalah kesalahan yang berbau busuk.’
(H.R. Ath-Thabrany dan Ash-Shaglia dari Aisyah. (HR dhaif)
Sekian dahulu busat masa kini dan akan disambung lagi dalam perkara yang sama sedikit masa lagi.
Wassala mualaikum.....
-----------------------------------oooooooooooooooo--------------------------
No comments:
Post a Comment