Tuesday, October 20, 2009

Masalah Agama - Blog Siaran 61.





CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 60

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .



Masalah 184.

Saya selalu meninggalkan salah satu dari lima waktu sembahyang, bagaimana cara untuk mengatasinya?

Jawapan.

Sembahyang adalah tiang agama, iaitu perkara yang terpenting selepas iman. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud “ Barangsiapa meninggalkan sembahyang dengan sengaja nyatalah dia kafir.”

Begitu berat sekali ancaman bagi orang yang meninggalkan sembahyang, jadi untuk mengelakkan kita meninggalkan sembahyang maka ingatkan pada diri apakah kita sanggup aku dikatakan kafir, ingatkan juga dosa orang yang meninggalkan sembahyang adalah tempatnya di akhirat nanti adalah neraka. Apakah kita mahu masuk neraka?

Disamping itu di sini penulis menyebutkan beberapa cara yang boleh kita mengingatkan supaya selalu kita tunaikan sembahyang:-


(1). Jauhilah daripada melakukan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar kerana dosa itu akan menyebabkan kita rasa berat dan malas untuk melakukan kebaikan.


(2). Jangan banyak melakukan perkara-perkara yang makruh kerana ia menjadikan hati jadi bertumpuk-tampuk hitam lalu kita lalai dengan Allah s.w.t.


(3). Carilah kawan-kawan yang berakhlak mulia dan baik, yang selalu mengerjakan amalan soleh, maka dia boleh mengingatkan kita hal kelalaian melakukan sembahyang. Sehabat yang berakhlak buruk akan membawa kita ke neraka.


(4). Hendaklah merasakan rindu untuk sembahyang dengan berniat untuk menemui Tuhan di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 110 yang bermakasud:-


”Barangsiapa mengharap perjumpaan degan Tuhannya ( di akhirat) maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia menyengutukan sesiapa pun dalam beribadat kepada Tuhannya.
(Al-Kahfi ayat 110).


(5). Hendaklah kita sering ke masjid sembahyang berjemaah maka hati kita akan terbuka dan terasa bagaimana lazatnya bersembahyang berjemaah. Cubalah sekali atau dua kali pasti akan terasa begitu. Kita akan memikirkan bagaimana orang-orang warga emas yang datang berbasikal dari jauh, di Subuh-Subuh yang sejuk sanggup datang ke masjid, kenapa kita yang ada kereta atau motosikal tidak buat begitu.


(6). Selalulah membaca Al-Quran dan juga semak kitab-kitab Al-Hadis mengenai pesanan Rasulullah s.a.w. maka kita tidak akan tersesat membuat dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

• Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya.
(H.R. (H.R. Bukahri dan Muslim)



Masalah 185.


Bagaimanakah kaedah yang ditetapkan oleh Islam bagi mengqadakan sembahyang yang tertinggal baik yang baru atau yang sudah lama ?


Jaeapan.

Qada sembahyang sama seperti sembahyang tunai yang fardhu. Ertinya kalau sembahyang Zuhur empat rakaat maka qada pun empat rakaat juga, Cuma bezanya pada niat sembahyang itu, iaitu niat tunai hendaklah diubah kepada biat qada. Contohnya: ”Sahaja aku sembahyang Zuhur empat rakaat qada kerana Allah Taala.”Kalau dalam Bahasa Arabnya ”adaan” ditukarkan kepada ”qadaan”.


Akan tetapi kalau susah hendak ingat tak payah sebut Bahasa Arab itu, boleh disebut dalam bahasa Melayunya. Ini bukanlah wajib, ia sekadar untuk memudahkan kita ingat sewaktu niat nanti. Niat sebenarnya sewaktu kita mengangkat takbir ”Allahu Akbar”, dan niatnya sudah tentu dalam bahasa kita. Tetapi ingat niat adalah kerja hati bukat lidah.


Kemudahan qada mesti dilaksanakan secepat mungkin sebaik saja dia sedar tertinggal sembahyang. Contohnya pukul 7.00 pagi baru bangun dari tidur, sedangkan waktu itu Subuh sudah habis maka sebaik saja bangun dari tidur itu wajiblah kita mengqada sembahyang Subuh.


Kalau menangguh waktu qada sehingga waktu Zuhur maka sepanjang waktu tangguhan itu kita dianggap melakukan dosa. Begitu juga dengan sembahyang Zuhur kalau kita sedar di waktu Asar bahawa Zuhur belum sembahyang maka wajiblah diqada sembahyang Zuhur di waktu Asar itu. Kalau ditangguhkan ke waktu Maghrib maka sepanjang masa itu dia berdosa sehinggalah dia mengqadanya. Begitulah seterusnya.


Bayangkan kalau kita menangguah waktu qada pun kita dianggap berdosa betapalah kalau kita berniat untuk tidak mengqadanya langsung, atau sehingga berpuluh-puluh tahun kita meninggalkan sembahyang tanpa mangqadanya lagi. Jadi kaedah yang paling baik ialah segera mengqadanya apabila teringat. Tapi kalau sudah terlanjur, buatlah sedikit demi sdikit sembahyang yang tertinggal itu di waktu-waktunya untuk mudah ingatan. Ini seperti qada Zuhur dibuat selepas sembahyang Zuhur yang tunai dan begitulah seterusnya.


Sekian dahulu buat waktu ini, dan akan disambung lagi dalam sedikit masa lagi.

Wassala mualaikum......!


--------------------------------ooooooooooooooooo-----------------------------

No comments:

Post a Comment