CHE DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
MASALAH AGAMA – SIARAN KE 60
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .
Masalah 183
Tempat kediaman saya jauh dari masjid dan saya hanya mempunyai basikal sahaja untuk pergi ke masjid. Bolehkah saya sembahyang seorang di rumah?
Jawapanh.
Sembahyang jemaah adalah dituntut oleh Islam. Malah mereka yang mampu untuk menghadiri sembahyang jemaah tetapi sengaja menguzurkan diri diancam oleh Rasulullah s.a.w hendak membakar rumahnya. Di sini menunjukkan bahawa sembahyang jemaah sangat dituntut. Sebab itu dalam mazhab As-Syafie menghukumkan sembahyanga jemaah sebagai fardu kifayah.
Sembahyang berjemaah dapat pahala 27 lebih dari sembahyang seoranfg diri. Manakala sembahyang seorang diri anya dikrniakan pahala 1/27 pahala sahaja.
Mengenai jauh tempat tinggal anda dengan masjid, penulis menasihatkan supaya anda memerhatikan jiran berdekatan rumah anda, walaupun ada setengah mereka sudah menjadi warga wemas, tetapi masih mahu dengan berbasikal ke masjid. Ambil iktibar darinya dan fikirkan mengapa dia boloeh berbuat demikian, waktu subuh yang dingin dia menaiki basikal ke masjid. Mereka itu ada kemahuan. Anda harus wujudkan kemahuan anda, jika ada kemahuan, perkara yang sukar dapat di selesaikan.
Ketahuilah anda bahawa turut sembahyang berjemaah adalah menetapkan iman kepada Allah s.w.t. kerana ia adalah fardu kifayah. Mereka yang beriman dan beramal soleh diberi banyak pahala dan juga murah rezeki. Firman Allah s.w.t. :-
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر
مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا .
Maksudnhya:
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka (Al-Thalaq ayat 11)
Masalah 184.
Sahkan sembahyang seorang wanita jika kakinya ternampak atau terkeluar dari kain penutup kakinya sedangkan ia tidak menyedarinya?
Jawapan.
Aurat wanita dalam sembahyang mengikut Mazahab As-Shafie ialah seluruh tubuh kecuali muka dan perelangan tangan. Ini berarti kaki termasuk dalam aurat yang mesti ditutup dalam sembahyang.
Pakaian wanita dalam sembahyang mesti berhati-hati kerana tutup kaki dengan kain sarung itu kadang-kadang boleh terbuka atau terselak kerana angin kuat. Ini boleh terjadi terutama sermasa sujud, dimana lipatan kain dibawah kaki terlalu pendek. Dalam hal ini jika kaki terbuka maka terbatallah sembahyang itu kecuali segera ditutupkan semula. Hukumnya sama saja baik disedari mahupun tidak disedari. Dicadangkan supaya mereka memakai setokin yang tebal yang tidak boleh terbayang kaki, untuk lebih selamat dari terbatal sembahyanya itu.
Sekian dahulu buat sementara waktu, dan bertemu lagisedikit masa lagi dalam siaranakan datang.
Wassala mualaikum.....
----------------------------oooooooooooooooo---------------------------------
No comments:
Post a Comment