Saturday, May 22, 2010

Yang disyaratkan Berwudhuk - Siaran 248





http://hjchedan.blogspot.com/
atau hjdan@myjaring.net

Siaran yang Ke 248.

Perkara-Perkara Yang Disyaratkan Berwudhuk.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:

1.. Sembahyang.

Firman allah s.w.t. dalam Surah Al-Maidah ayat 6:



يَاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا اِذَا قـُمْتُمْ اِلىَ الصَّلـَوَةِ فـَاغـْسِلـُواْ وُجُوْهَكُمْ وَاَيْدِيْكُمْ اِلىَ الـْمَرَافِقِ وَامْسِحُوْا بِرُءُوْسِكُمْ وَاَرْجُلـَكُمْ اِلىَ الـْكَعْبَيْنِ وَاِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطـَّهَّرُوْا ط. وَاِنْكـُنْتُمْ مَّرْضَ اَوْعَلىَ سَفَرٍاَ وْجَآءَا حَد ٌ مِنْكُمْ مِنَ الـْغَائِـطِ اَوْلـَمَسْتُمْ النـِّسَآءَ فـَلـَمْ تَجِدُوْ مَآءً فـَتَيَمَمُّوا صَعيِدًا طَيِّبًا فـَامْسِحُوْا بِوُجُوْهـِكُم ْ وَاَيْدِيْكُمْ مِنْهُ ط. مَا يُرِدُ اللهُ لـِيَجْعَلَ عَلـَيْكُمْ مِنْ حَرَج ٍ وَلـَكِنْ يُرِدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلـَيْكُمْ لـَعـَلـَّكُمْ تـَشْكُرُوْن َ. الماءـيده 6)

• Maksudnya:


• Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan sembahyang, maka basuhlah mukamu dan kedua belah tanganmu hingga dua siku dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu hingga dua mata kaki. Jika kamu junub (bersetubuh dengan perempuan) hendaklah kamu mandi..Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamu tiada memperolehi air, maka bertayammumlah dengan tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah itu…Allah tiada menghendaki buat mengadakan kesempitan bagimu, tetapi menghendaki, supaya mensucikan kamu dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNya.
(Al-Maidah ayat 6)

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Allah tidak menerima saembahyang seseorang kamu, bila dia berhadas sehinggalah dia berwudhuk.
(Al-Bukhari (135) dan Muslim(225).

Menurut riwayat disisi Imam Muslimn (224).

“Tidak diterima sembahyang dengan tidak bersuci.”

2... Tawaf Mengeliling Kaabah.

Tawaf mengelilingi Kaabah kerana tawaf juga seperti sembahyang yang diwajibnkan bersuci sebelum melakukannya.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Bermaksud;

”Tawaf mengelilingi Baitullah itu sama seperti sembahyang melainkan kamau boleh bercakap-cakap ketika melakukannya. Oleh itu sesiapa yang bercakap-cakap ketika itu, mmaka janganlah dia bercakap kecuali yang baik-baik.
(At-Tirmidzi (960) dan Al-Hakim (1.459)

3.. Menyentuh Al-Quran.

Menyentuh Al-Quran dan menanggung atau membawanya.
Firman Allah s.w.t. :

لا َيـَمَسُّهُ إِلَّا الـْمُطَهَّرُوْن َ.

“Tidaklah menyentuhnya melainkan orang yang suci.
(Al-Waaqiah: 79)

Sabda Rasulullah s.a.w.

لا َ يَمَسُّ القـُرْآنَ إِلا َّ طَاهِرٌ.

Tidaklah menyentuh Al-Quran melainkan orang yang suci.” (Al-Daruqoni 1/459)

Cara Wudhuk Rasulullah s.aw.
Al-Bukhari telah mderiwayatkan dalam sahihnya (162) daripada Othman bin Affan r.a. :

“Belian meminta air untk berwuduhk, lalu menuangkan dari bekas air tersebut untuk membasuh kedua tangannya 3 kali, kenmudian beliau berkumur, memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya, kemudian membasuh mukanya 3 kali dan kedua-dua tangannya hingga ke siku 3 kali (menurut riwayat yang lain: kemudian beliau membasuh tangan kanannya 3 kali kemudian membasuh tangan kirinya 3 kali), kemudian beliau menyapu kepalanya, kemudian membasuh kaki 3 kali (menurut riwayat yang lain – beliau membasuh kaki kanannya 3 kali kemudian membasuh kaki kiri nya 3 kali) kemudian berkata: “Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. berwudhuk sperti wudhukku ini dan Baginda s.a.w bersabda :–

“Barangsiapa mengambil wudhuk seperti wudhuk ini kemudian dia sembahyang dua rakaat dalam keadaan dia tidak bercakap mengenai perkara duniawi di antara kedua-duanya (berwudhuk dan bersembahyang), maka Allah s.w.t mengampunkan dosanya yang telah lalu.”

Penulis menamatkan dalam Bahagian Wudhuk ini dan akan kita akan meninjau pula bagaimana cara-cara bersembahyang yang sempurna yang boleh kita mendapat manfaat dengan sepenuhnya.

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan dengan perkara berwudhuk, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar solat kita diberi ganjaran pahala yang lumayan di akhirat kelak.

(Rujukan Kitab Fikah Mazhab Shafie Jil. 1 m.s. 84).


------------------ooooooooooooooo-----------------------

No comments:

Post a Comment