Tuesday, May 11, 2010
Segeralah Bertaubat - Siarabn 212
CHE DAN BIN AHMAD,
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/
EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 212
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .
اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه
Bimbingan Bertaubat – Siaran 212.
1. Setelah terbuka pintu hati kita untuk menerima kebenaran yang datang daripada Allah SWT, setelah kita menyedari bahawa selama ini kita telah banyak melakuka perbuatan dosa, maka segeralah bertaubat kepada-Nya. Taubatlah dengan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenar-benar dan berjanji tidak akan mengulangi segala kesilapan masa silam.
2. Banyakkanlah mengingati atau berzikir dan beristighfar kepada Allah SWT, kemudian lakukanlah Qiamullail atau Solat Malam. Hendaklah selalu melaksanakan Solat Taubat agar segala kesalahan dan dosa masa lalu diampunkan oleh Allah SWT.
3. Solat Sunat Taubat.
Solat sunat taubat ini dilaksanakan setelah berbuat dosa atau merasa berdosa, kenudian bertaubatlah kepada Allah SWT. Solat taubat merupakan solat yang disayariatkan. Jika kita telah bertaubat daripada melakukan dosa, bererti kita telah menyesal terhadap perbuatan yang telah kita lakukan. Kermudian bercita-cita tidak akan melalakukannya lagi serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
4. Cara Mengerjakan Solat taubat.
a. Jumlah rakaat solat Taubat ini tidak terbatas, dikerjakan tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam. Waktu mengerjakannya pada bila-bila masa sahaja. Seperti selepas waktu Maghrib, waktu tengah malam di antara jam 3.00 ke 5.00, iniafdalahmasa yang palingbaiuk sekali.
b. Lafaz niatnya ialah:
أُصَلىِّ سُنـَّة َ الـْتـَوْبـَةِ رَكـَعَتـَيْنِ للهِ تَعَالىَ.
“Sahaja aku solat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
c. Pada rakaat pertama membaca Surah Al-Fatihah dan di susuli dengan membaca Surah Al-Kaafirun sebanyuak 11 kali.
d. Pada rakaat kedua membaca Surah Al-Fatihah, kemudian di susuli dengan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 15 kali.
e. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua, hendaklah membaca tasbih ini, sebanyak 40 kalki atau lebih:
لَااِلـَه ً اِلاَّ اَنـْتَ سُبْحَا نـَكَ اِنِّى كـُنـْتُ
مَنَ الظَّا لـِمِيـْنَ.
“Tiada Tuhan melainkan Enghkau,Mah Suc Engkau, sesunguhnya aku termasuk daripada orang-orang yang aniaya (zalim).
f. Selepas itu berdoalah dengan Doa Taubat. (Jika tidak tahu baca tulisan Arab bacalah dengan Bahasa Melayu sahaja) seperti di bawah ini:
.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ أَ َشْرَفِ الْأَ َنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلىَ آلِهِ وَأ َصْحَابِهِ أ َجْمَعِيْنَ.
تُبْنَا إِلىَ اللهِ ,تُبْنَا إِلىَ اللهِ, تُبْنَا إلِىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وِنَدِمْنَا عَلىَ مَا فَعَلْنَا, وَعَذَمْنَا أَنْ لَا نَعُوْدَلِذَنْبِ أَبَدًا, وَنَحْنُ بِرِبْـءُـوْ مِنْ كُلِّ دِيْن ٍ يُخَالِفُ دِيْنَ الْاِسْلَام ِ, وَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهِ إِلَا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَتَشْهَدُ أَنَّ سَيْدِنَا مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ صَل َللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, رِضِيْنَا بِا للهِ رَبًّا وَبِالْاِسْلَامِ دِيْنًا وَبِسَيِّدِنَا مُحَمَّدً صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا, اَللَّهُمَّ صَلىِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـِّمْ تَسْلِيْمًا وَكُنْ بِنَا وَبِالْمُوءْمِنِيْنَ رَءُوْفـًا رَحِيْمًا.
اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبِتَنـَا فِى الْأُمُوْرِ كُلَّهَا, وَأَجِرْ نَا مِنْ خِزْي
الدُّنْيَا وَعَذَابِ ألْآَخِرَةِ. اَللَّهُمَّ إِنَا نَسْأ َلـُكَ رِضَاكَ
وَالْجَنَّة َ, وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ.
اَللَّهُمَّ لَاتُسَلِّطْ عـَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُ وَلَا َ يَرْحَمْنَا. اَللَّهُمَّ اجْعـَلْ خَيْرَ أيَّـا مِنَا يَوْمَ نـَقَاكَ
وَأَنْتَ رَاض ٍ عَنـَّا, وَاخْتِمْ بِا صَّا لِحَاتِ أَعْمَا لـَنَا وتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَأَلَـْحِقْنَا بِا لصَّا لِحِيْنَ, وَغـْفِرِ لَنَا وَلـِوَالِدَ يْنَا وَلِمَشَا ءِخـِنَا يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْن. . وَصَلىَّ اللهُ عَلىَ سِيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ أ َجْمَعِيْنَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الـْعِذ َّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلىَ الـْمُرْسَلِيْنَ وَالـْحَمْدُللهِ رَبِّ الـْعَا لَـمِيْـنَ.
Maksudnya :-
Kami bertaubat kepada Allah , kami bertaubat kepada Allah,kami bertaubat kepada
Allah, kami kembali kepada Allah,kami kembali kepada Allah. Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa itu selama-lamanya, kami tidak mengakui selain daripada agama Islam dan kami naik saksi bahawa tidak Tuhan yang di sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan kami naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kami redaha Allah itu sebagai Tuhan yang disembah ,Islam itu sebagai agama yang dianuti, dan Nabi Muhammad s.a.w. Itu sebagai Nabi dan Rasul. Ya Allah selawat dan sejahtera- kanlah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. para keluarganya para sahabat-sahabanya sekalian dan belas kasehanlah kami dan orang-orang mukminjk.
• Ya Allah ya Tuhan kami, baikilah kesudahan segala pekerjaan kami, dan lepaskan kami dari pada kehinaan dunia dan azab akhirat, Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keredaan dan syurgaMu, Dan kami berlindung pada Mu daripada kemurkaan dan balasan api neraka. Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah orang-orang yang tidak takutkan Engkau dan orang-orang yang tidak kasihkan kami menguasai kami disebabkan oleh dosa-dosa kami.
• Wahai Tuhan kami, jadikanlah sebaik-baik hari kami ialah hari menemuiMu di mana Engkau redha akan kami, dan sudahkan amalan-amalan kami dengan yang baik-baik, dan matikan kami dalam keadaan Islam dan himpunkan kami dengan orang-orang yang soleh, ampunlah dosa Kami, kedua ibu bapa kami, dan guru-guru kami. Ya Allah Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani.
5. Maka selesailah Solat Taubat kita, dan selepas itu kita hendaklah selalu mengingatkan supaya tidak lagi mengerjakan segala perkara yang berdosa.
6. Begitu juga kita selalulah mengerjakan Solat Sunat Taubat, apabila ada masa kekosongan, seperti selepas waktu Maghrib atau seminggu sekali, khususnya pada malam Jumaat kita bangun mengerjakan Solat Sunagt Taubat.
7. Insya Allah, kita akan merasa diri kita sentiasa riang dan perasaan gembira. Percayalah,cubalah...!
Sekian.wassala mualaikum......
------------------------oooooooooooooo----------------------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment