CHE DAN BIN AHMAD
Atau - hjdan@myjaring.net
اَلسَّلاَمُ عتَلتَيْكـُمْ وَرَحـْمَةُ اللهِ وَبـَرَكـَتـُهُ
Kehidupan manusia di dunia ini diatur oleh hukum-hukum Allah yang tercantum di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Hukum-hukum Allah tersebut jika dijalankan akan memperoleh keberkatan dan pahala. Sebaliknya jika ditinggalkan atau diabaikan maka akan mendapat dosa dan balasan yang pedih baik di dunia mahupun di akhirat. Dosanya yang dikerjakan akan menambah kegelisahan dalam jiwa sehingga kehidupan menjadi tidak tenteram. Rasulullah sasw bersabda maksudnya:
"Dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan jiwa kamu, dan kami tiudak senang jika sesuatu itu nampak oleh orang lain."
(H.R. Imam Ahmad)
Perintah Allah Agar Meninggalkan Dosa.
Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran menjelaskan bahawa yang mengerjakan pekerjaan maksiat dan dosa akan menerima balasan yang pedih daripada Allah swt. Begitu juga bagi mereka yang sabar dan tabah dalam menempuh cubaan dan godaan akan menjadi insan yang sentiasa dalam lindungan Allah swt, hati menjadi tenang dan hidup dalam suasana aman dan damai serta terindar daripada gangguan kejiwaan.
1. Berbuat dosa akan menerima balasan dan seksaan.
Firman Allah swt maksudnya:
"Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesunggyuhnya orang-orang yang mengerjakan dosa, kelak akan di beri pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang telah mereka kerjakan."
(Al-Am ; ayat 120)
2.Meninggalkan Dosa mendapat tempat yang mulia.
Firman Allah SWT. maksudnya:
"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar diantara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakan,nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahan (dosa-dosa yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga). (An-Am ayat 31)
Sekian dahulu, semoga anda sekalian dapat manfaat dengan nota yang pendek tetapi mengandungi besar maknanya.
Wassala mualaikum......
---------------------ooooooooo----------------------
No comments:
Post a Comment