Thursday, May 20, 2010
Sunat-Sunat Wudhuk - Siaran 245
http://hjchedan.blogspot.com/
atau hjdan@myjaring.net
Siaran yang Ke 245
Sunat-Sunat Wuduk
Wudhuk mempunyai sunat-sunat yang banyak dan yang paling pentingnya ialah :
1.. Al-Tasmiyah (iaitu membaca BismilLah) pada permulaannya.
“Al-Nassai’e (1/61) meriwayatkan dengan sanad yang baik daripada Anas r.a. bahawa dia (Anas) berkata:
“Sebahagian sahabat Nabi s.a.w. telah mencari air untuk berwudhuk, tetapi mereka tidak mendapatinya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermasud:
“ Adakah sesiapa di kalangan kamu yang ada air? Lalu didatangkan kepadanya air dan Baginda meletakkan tangannya ke dalam bekas yang berisi air tersebut seraya bersabda: “Berwuduklah kamu dengan nama Allah “. (iaitu menyebut BismilLah ketika memulakan wudhuk).
Anas menceritakan lagi: Aku melihsat air terpancar keluar daripada celah-celah jari Rasulullah s.a.w. sehingga mereka semua dapat berwudhuk dengan air tersebut dan bilangan mereka lebih daripada 70 orang.:
2.. Membasuh dua tapak tangan sebanyak tiga kali sebelum dimasukkan ke dalam bekas air.
Al-Bukhari (2183) dan Muslim (235) meriwayatkan daripada hadis Abdullah bin Zaid r.a.:
“Dia telah ditanya tentang wudhuk Nabi s.a.w.,lalu dia meminta satu bekas air yang kecil yang diperbuat daripada tembaga. Kemudian dia berwudhuk untuk menunjukkan kepada mereka cara berwudhuk Nabi s.a.w. Dia telah menuangkan air daripada bekas tersebut di atas tangannya sebanyak 3 kali (membasuh tangannya) kemudian memasukkannya ke dalam bekas (untuk berwudhuk).
3.. Menggunakan Sugi (siwak_.
Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (847) dan Muslim (252) serta lain-lainnya daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. Bahawa Baginda bersabda:
“Kalau tidak kerana bimbang akan membebankan umatku, nerscaya aku perintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali berwudhuk.”
Maksud perintah dalam hadis ialah perintah wajib.
Hadis ini menunjukkan bahawa bersugi adalah sunat muaakad.
4 & 5 .. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan tangan kanan dan mengeluarkannya dengan tangan kiri.
Dalam hadis Abdullah bin Zaid r.a. yang lalu disebut: ”
”Lalu ia berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya dengan tiga cebok.”
Hadis ini bermaksuf dia berkumur dan memasukkan air ke hidung menggunakan satiu crebok air tetrapi ia mengulangh-ulangiunya sebanyak tuga kali.
6.. Menyelati janggut yang tebal.
Abu Daud meriwayatkan daripada Anas r.a.
”Ketika berwudhuk, Rasulullah s.a.w. mengambil secebok air dengan tapak tangan. Lalu Baginda memasukkannya ke bawah tulang rahangnya dan menyelati janggutnya dengan air tersebut seraya bersabda, ” Demikianlah Tuhanku Azzawajalla memerintahkan aku melakhukannya.”
7.. Menyapu semua kepala.
Dalam hadis Abdullah bin Zaid r.a. disebut antaranya:
”Lalu Baginda menyapu kepala dengan kedua tangannya, yang dibawa ke hadapan dan dibalikkan semula ke belakang, iaitu Baginda memulakan sapuan pada kepala pada bahagian hadapan, kemudian Baginda membawa tangannya ke bahagian belakang dan sekali lagi dibawa ke bahagian hadapan di mana Baginda memulakan spuan.”
8...Menyelati antara celah-selah jari kedua-dua tangan dan kaki dengan air.
Menyelati jari-jari tangan ialah dengan memasukkan jari kedua-duanya antara satu sama lain. Manakala menyelati jari-jari kaki pula ialah dengan digosok oleh jari kelingking tangan kiri, bernula dari jari kelingking kaki kanan dan berakhir pada jari kelingking kaki kiri.
Abu Daud (142) meriwayatkan dan disahihkan oleh At- Tirmidzi (788) dan selain mereka daripada Laqit bin Sabrah r.a. dengan katanya:
”Aku bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w.! Beritahukanlah kepadaku berkenaan dengan wudhuk. Sabda Rasulullah s.a.w. :”Sempurnakanlah wudhuk, selatilah antara jari-jari dan berkumurlah dengan banyak (secara bersungguh-sungguh) melainkan jika kamu dalam keadaan berpuasa.”
Maksud sempurnakanlah wudhuk ialah dengan melakukan segala rukun dan sunatnya. Ibnu Majah meriwayatkan darioada Al-Mustaurid katanya:
”Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. berwudhuk. Baginda telah menyelati antara jari-jari kakinya dengan jari kelingkingnya.”
9...Menyapu kedua-telinga zair (bahagian luar) dan batin (bahagian dalam) dengan air yang baru, bukan air yang telah digunakan untuk menyapu kepala.
Ibnu Abbas r.a. telah meriwayatkan:
”Nabi s.a.w. telah menyapu kepalanya dan kedua telinga: zahir dan batin (At-Tirmidzi (36) dan dia telah mensahihkannya).”
Menurut riwayat di sisi Al-Nasai’e: (1/74) lafaznya ialah:
”Baginda menyapu kepala dan kedua telinganya: bahagian batin (telinganya) disapu dengan kedua-dua jari telunjuk dan bahagian zahirnya dengan kedua-dua ibu jari.’
Abdullah bin Zaid menyatakan:
”Aku nelihat Nabi s .a.w. berwuduk lalu Baginda mengambil air untuk (menyapu) kedua telinga lain daripada air yang diambil untuk (menyapu) kepala (Al-Hakim (1/151)”
Al-Hafiz Al-Zahabi menyatakan bahawa hadis di atas ini adalah sahih.
10...Membasuh/menyapu semua fardhu wuduk dan sunat-sunatnya sebanyak tiga kali.
Imam Muslim (230) meriwayatkan bahawa Saidina Othman r.a. berkata:
”Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua (cara) wudhuk Rasulullah s.a.w.? Kemudian dia berwudhuk tiga kali, tiga kali (bagi sesuatu perbuatan).
11..Mendahulukan yang kanan dari yang kiri ketika membasuh tangan dan kaki.
Ibnu Majah (405) telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Apabila kamu brerwudhuk maka mulakanlah dengan anggota kanan.”
Hadis berkenaan fardhu widhuk yang lkalu juga mebjadi dalil krepoada perkara di atas.
12.. Menggosok.
Menggosok – iaitu melakukan tangan ke atas anggota ketika membasuhnya.
Imam Ahmad meriwayatkan dalam musnadnya (4/39) daripada Abdullah bin Zaid r.a. :
”Nabi s.a.w. telah berwudhuk lalu Baginda melakukan demikian iaitu menggosok.”
13.. Berturut-turut.
Iaitu membasuh anggota wudhuk secara berturut-turut dengan tidak putus (sekira-kira ia membasuh anggota yang kedua sebelum anggota pertama kering), kerana mengikut perbuatan Nabi s.a.w. sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis yang lalu.
14.. Melebihkan membasuh.
Melebihkan membasuh bahagian kepala dan membasuh bahagiuan atas daripada dua siku dan dua buku lali (mata kaki) di kedua-dua kaki.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
”Sesungguhnya umatku pada hari kiamat akan diseru dalam keadaan kepala, kedua tangan dan kedua kaki mereka bercahaya kerana kesan daripada wudhuk. Oleh krerana itu, sesiapa di kalangan kamu yang boleh membasuh lebih di bahahagian kepalanya maka buatlah.
(Al-Bukhari (136) dan Muslim (246)
Menurut riwayat di sisi Imam Muslim.
« Maka hendaklah dia membasuh dengan lebih di bahagian kepalanya, dan juga atas daripada siku kedua-dua tangan serta atas daripada buku lali kedua-dua kaki. »
15..Bersederhana.
Bersederhana ketika menggunakan air (tidak terlalu berlebihan dan tidak kedekut (terlalu sedikit).
Al-Bukhari (198) telah meriwayatkan daripada Anas r.a. :
”Adalah Nabi s.a.w. berwudhuk dengan satu cupak (air).”
Cupak di dalam hadis ini ialah bekas empat persegi yang panjang tepinya lebih kurang 10 cm.
16.. Mengadap .
Mengadap kiblat ketika wudhuk kerana ia adalah arah yang paling mulia.
17.. Tidak Bercakap-cakap.
Tidak bercakap-cakap ketika berwudhuk kerana mengikut Rasulullah s.a.w.
18.. Tasyahhud (membaca bismilLah.
Tasyhhud setelah selesai berwudhuk dan berdoa, iaitu:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
(1)أ َشْهَدُ أ َنْ لا َ إِلـَهَ إِلاَ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لـَهُ, وَأ َشْهَدُ أ َن َّ مُحَمَّدًا عـَبْدُه ُوَرَسُولـُه .
(2)ا َللـَّهُمَّ اجْعَلـْنِيْ مِنَ التـَّوَّابـِينَ وَاجْعَلـْنِيْ مَنَ الـْمُتـَطَهِّرِيْنَ.
(3)سُبْحَانـَكَ اللـَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ, أ َشْهَدُ أ َنْ لاَ إ ِلـَهَ إ ِلا َّأ َنـْتَ, أ َسْتـَغْفِرُكَ وَأ َتـُوْبُ إ ِلـَيْكَ.
(1). Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah yang Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.
(2). Ya Allah ya Tuhan jadikanlah aku di kalangan orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersuci/bersih.
(3). Maha suci Engkau Ya segala pujian bagi Engkau. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon ampun daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
(Al-Nasai’e dalam bab: Amalan-amalan siang dan malam, Imam Nawawi dalam al-Azkar).
(Rujukan:Kitab Fikh Mazhab Syafie Bah.1. M.S.75-78)
Sekian dahulu, dan akan disambung lagi dalam bab ”Perkara-perkara Makruh Ketika Wudhuk dan juga ”Perkara-perkara Yang Membatalklan Wudhuk.
Insya Allah....!
Wassala mualaikum.....
--------------ooooooooooooo---------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment