Saturday, May 15, 2010
Menghormati Ibu Bapa - Siaran 239
MENGASIHI IUBU BAPA – 239
Ibu Bapa adlah tapak permulaan kehidupan seseorang. Mereka berdualah dengan izin Allah SWT menjadi pemudah cara kepada kelahiran kita di dunia ini.
Ibu Bapa sentiasa memberikan segala yang termampu dan kadangkala di luar kemampuan mereka demi untuk keselesaan anak-anak. Tidak hairanlah mengapa setiap insan mesti dan wajib menghormati, memulia dan mengasihi ibu bapa mereka.
Seseorang itu mestilah sentiasa menghormati, memulia dan mengasihi ibu bapa mereka sama ada ketika mereka masih hidup ataupun setelah mereka meninggal dunia.
Mengasihi dan menghormati ibu bapa boleh digambarkan seperti berikut:
a. Sentiasa bertutur dengan suara yang lemah lembut, bermuka manis dan penuh
kemesraan.
b. Sentiasa meminta izin mereka ketika hendak meninggalkan rumah atau sewaktu
Sentiasa berlaku sopan-santun di hadapan mereka dan tidak tertawa berdekah-
dekah.
c. Sentiasa memberi tumpuan kepada mereka terutama ketika mereka memberi
nasihat atau pandangan
Apabila setiap orang menghormati serta mengasihi ibu bapa, dengan sendirinya mereka akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Sekian dahulu dalam perkara ini dan semua yang berkenaan hendaklah mematuhi nasihat tesebut sermoga Allah SWT akan mengurniakan rahmat bahagia, selamat sejahtera dan aman makmur, Amin...!
Wassala mualaikum.......
-----------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment