Sunday, May 2, 2010

Sedekah itu Besar Pahalanya - Siaran 201


Masjid Negeri si Melaka.

Aktiviti di Zoo Melaka untuk pelawat.


Bangunan Kemerdekaan di Melaka.





Rumah orang-orang besar di Melaka.


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail –
hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 201


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا
.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.


SEDEKAH BESAR PAHALANYA.

Ketahuilah bahawasanya yang sedikit dari kebajikan itu adalah dipandang besar disisi Allah s.w.t., dan setiap usaha baik yang anda kerjakan itu adalah sedekah. Lantaran itu jangan sekali-kali anda memperkecilkan sesuatu yang anda lakukan dari kebajikan, sehingga oleh kerananya anda berhenti dari melakukannya pula. Sabda Rasulullah s.a.w. :


لَاتـَحْقِرَنَّ مِنَ الـْمَعْرُوْفِ شَيـْءًـا, وَلـَوْ أ َنْ تـَلـْقىَ أ َخَاكَ بَوَجْه ِطَلـِقٍ, وَتـَصَد َّقْ كـُلَّ يَوْمِ, بِشَىْءٍ وَإِنْ قـَلَّ, وَاجْعَلـْهُ مِنْ أ َوَّلِ, فَإِنَّ الـْبَلَاءَ لَايَتـَخَطىَّ الصَّدَقـَة َ. (رواه مسلم


Maksudnya: “Jangan sekali-kali anda memandang rendah sesuatu kebajikan yang anda lakukan betapa kecil sekalipun, miskipun bertermu dengan saudaramu dengan wajah yang manis. Dan sedekahkanlah sesuatu pada setiap hari walaupun sedikit sahaja, dan jadikan sedekah itu pada pagi-pagi hari, kerana sesungguhnya bala itu tidak akan menyusyuli sedekah. (HR Muslim)


Demikianlah bunyi hadis tersebut, atau maksudnya sebagaimana yang yang diriwayatkan: iaitu sedekah itu akan menjadi dinding antara anda dengan bencana yang akan datang menuju anda.

Jika seorang peminta sedekah datang meminta kepadamu,maka janganlah anda menolaknya dengan hampa, malah hendaklah anda memberinya walaupun sedikit. Jika anda tidak boleh memberi, ataupun tidak mampu, jangan pula anda mengherdik atau mencaci dan memakinya. Malah hendaklah anda menolaknya dengan lemah lembut dan wajah yang manis, kerana seseorang itu munkin mengherdik peminta sedekah dengan satu herdik sahaja, kemudian jika ia memberinya separuh hartanya sesudah herdik itu misalnya, nescaya dosa herdik itu lebih berat dari pahala harta yang diberikannya tadi, ataupun sekurang-kurangnya pahala harta yang diberikan itu tidak sama dengan dosa herdik itu.

Jika anda hendak bersedekah, mulakan dengan kaum kerabat dan sanak saudaramu yang miskin, kemudian jiran tetanggamu yang berhajat, kerana mereka itu lebih utama diberi sedekah dari yang lain-lain. Juga bersedekah kepada mereka itu lebih banyak dan besar pahalanya.
Sabda Rasulullah s.a.w. :


اَلصَّدَقـَة ُ الْأ َاقـْارَبِ صَدَقـَة ٌوَصَلـَة ٌ.
اَلـْمُتـَعَدِّيْ فِيْ الصَّدَقـَةِ كَمَانِعِهَا
.


Bermaksud: Bersedekah krepada kaum kerabat itu bukan sahaja sedekah, malah memperhubung solaturrahim juga:
Orang yang melangkau dalam sedekahnya. Sama seperti orang yang menahan zakatnya. (HR Bukahri danMuslim)

Maksud melangkau ialah anda memberi sedekah kamu kepada orang-orang jauh yang asing kepadamu, pada hal anda maklum bahawa kaum kerabatmu dan jiran tetanggamu sangat memerlukan kepada sedekah-sedekah itu, akan tetapi anda tidak memberinya.

Hendaklah bersedekah secara rahsia, kerana sebuah riwayat yang menyebut bahawa pahalanya berlipat ganda atas pahala sedekah yang berterang-terangan sebanyak tujuh puluh kali ganda.
Firman Allah s.w.t. :

إِنْ تـُبْدُوْا الصَّدَقـَتِ فـَنِعِمَّا هِيَ, وَإِنْ تـُخْفُوْهَا الـْفـُقـَرَاءَ, فـَهُوَ خَيْرٌ لـَكُمْ, وَيَكـَفـِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّـءـَا تِكُمْ, وَاللهُ بِمَا تـَعْمَلـُوْنَ خَبـِيْرٌ. (البقرةـ 271).

“Kiranya kamu menampakkan sedekah-sedekah itu, itupun baik juga. Tetapi jika kamu merahsiakan dan memberikannay kepada fakir miskin, maka itu adalah lebih utama bagi kamu, dan ia menghapuskan sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan Tuhan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah ayat 271)

Sebabnya sedekah rahsia itu lebih diutamakan ialah kerana ia lebih dekat kepada keikhklasan, yang mana demikian itu merupakan jiwa segala amalan, dan kerana ia juga lebih jauh dari perasaan riak yang merusakkan amalan. Waspadalah, jangan sampai sedekah anda bercampur riak, atau pun amalan-amalan anda diliputi oleh riak. Ingat juga jangan sampai menyakiti hati si faqir miskin itu dengan sedekahmu, kerana padanya terdapat ancaman yang berat.

Setrerusnya jangan sekali-kali anda meminta balasan daripada orang yang anda memberi sedekah anda kepadanya, kerana dengan sesuatu yang mendatangkan manfaat, atau khidmat, atau penghormatan. Jika anda meminta sesuatu dari yang terserbut tadi saebagai balasan atas sedekahmu, maka jadilh apa yang kamu tuntut itu sebagai bahagian dari ganjaran sedekahmu itu. Para Ulama’ pada zaman dahulu saentiasa membalas doa orang-orang miskin yang mendoakan mereka apabila diterimanya sedekah, kerana khuatir mendapat kurang pahala, iaitu sebagai kemuncak berhati-hati dalam perkatra sedekah itu.

Firman Allah s.w.t.:

وَمَا أ َنْفـَقـْتـُمُ مِنْ شَىْءٍ فـَهُوَ يُخْلِفُهُ, وَهُوَ خَيـْرُ الرَّازِقِيـْنَ.
(سـبأ : 39)


Dan sesuatu yang kamu belanjakan (dijalan kebajikan), nescaya Tuhan akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki.
(As-Sabaa’, ayat 39)



Firman Allah s.w.t. :

لـَنْ تـَنَالـُوْا الـْبـِرَّ حَتىَّ تـُنـْفـِقـُوْا مِمَّا تـُحِبُّوْنَ .
(ال عمران 92)


“Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sehingga kamu membelanjakan dari apa yang kamu kaihi.”
(Al – Imran ayat 92)

Para Ahli Tafsir berkata bahawa “ الـْبـِرّ” albir (kebajikan) itu dimaksudkan dengan syurga, oleh itu hendaklah anda mengutamakan sesuatu yang anda sedekahkan atas dirimu sendirimu. Maksud mengutamakan ialah jika padamu ada sesuatu dari matabenda dunia yang anda sangat memerlukan, atau sangat sayangi, tetapi anda telah memberikannya sedekah pula kepada orang lain dari kaum Muslimin, yang memerlukannya juga dengan tidak meghirau atau memalingkan keperluan anda kepada mata benda itu.

Kesimpulan.

Kaum Muslimin diserukan memberi sedekah kepada mereka yang fakir miskin dan daif dari golongan Muslimin untuk keperluan hidup mereka. Tetapi sedekah itu bukanlah sebagai satu muslihat bagi pemberi sedekah, seperti untuk di disanjung dirinya atau mengharapkan sesuatu balasan darinya. Begitu juga sebagai satu perbuatan yang membanggkan dirinya atau yang menjadi bersifat riak atau megah di atas sedekahnya itu. Kerana perbuatan atau niat demikian bukannya beroleh pahala bahlan menjadi satu dosa pula dari segi perbuatan diri yang riak dan megah itu.

Sekian dahulu buat sementara waktu, dan anda perlulah berhati-hati dalam perkara amal ibadat seperti ini, dan jangan pula berlaku bakhil dan kedekut sehingga untuk dirinya pun amat sayang dibelanjakan.

Wassala mualaikum…..

(Rujukan “Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman” oleh Imam Habib Abdullah Hadad”terbitan Pustaka Nasional Singapura.)

-----------ooooooooo-------------

No comments:

Post a Comment