Friday, May 21, 2010

Makruh ketika berwudhuk - Siaran 246


http://hjchedan.blogspot.com/
atau hjdan@myjaring.net

Siaran yang Ke 246

Perkara Makruh Berwuduk.

Perbuatan berikut adalah Makruh ketika mengambil
Wudhuk:

1.. Berlebihan ketika mengguna air.

Berlebih-lebihan dalam menggunakan air dan tidak terlalu sedikiit, kerana ia berlawanan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. dan termasuk dalam larangan secara umum sebagaimana dalan firman Allah swt yang bermaksud:

”Dan janganlah kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”
Berlebih-lebihan (israf ) ialah melebihi batas sederhana yang telah diketahui dan biasa digunakan.

Abu Daud (96) telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:
”Sesungguhnya akan asa dikalangan umatku, satu kaum yang melampau ketika bersuci dan berdo’a.”

Erti melampau ketika berdoa’ ialah meninta sesuatu yang khusus dan dengan sifat yang tertentu.

2..Mendahulukan yang kiri dari yang kanan.

Mendahulukan yang kiri dari yang kanan ketika membasuh tangan dan kaki, kerana ia berlawanan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

3.. Mengelap air wudhuknya.

Mengelap (air yang melekat pada anggota wudhu) dengan tuala atau sapu tangan tanpa apa-apa keuzuran seperti terlalu sejuk atau panas yang boleh menyakitkan anggota jika ia terus kekal di anggota tersebut, atau kerana takut terkerna najis atau debu-debunya (najis).

4.. Memukul muka dengan air.
Perbuatan memukul muka dengan air ity makjruh,kerana ia berlawanan dengan memuliakannya.

5.. Membasuh atau menyapu kebih 3 kali.

Membasuh atau menyapu lebih daripada tiga kali basuhan atau sapuan yang yakin atau kurang daripada itu adalah makruh. Sabda Rasulullah s.a.w.:

”Demikianlah wudhuk (yang sempurna dan di tuntut).
Barangsiapa yang menambah lebih daripada ini, atau kurang (daripadanya) maka sesungguhnya dia telah berlaku tidak baik dan zalim (Abu Daud (135)”

Imam Nawawi r.a. brerkata dalam kitab Majmuknya: ”Hadis ini adalah sahih. Makna hadis tersebut ialah sesiapa yang beriktikad bahawa yang sunnah itu ialah membasuh atau menyapu lebih daripada tiga kali atau kurang daripadanya maka dia telah berlaku tidak baik dan zalim. Ini kerana dia telah menyalahi sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabni s.a.w.”

6.. Meminta tolong orang lain supaya membasuh anggota-anggotra wudhuknya tanpa apa-apa keuzuran. Ini kerana ia adalah satu jenis daripada sifat takabur yang berlawanan dengan ’ubudiyyah yang akan dilakukan.

7.. Berlebih-lebih dan melampau ketika berkumur dan memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya bagi orang yang berpuasa, kerana dibimbangi air tersebut akan sampai ke halkum lalu membatalkan puasanya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

”Bersungguhlah atau berlebihlah ketika memasukkan air ke dalam hidung kecuali jika kamu dalam keradaan puasa.”

Begitu juga berkumur-kumur yang dikiaskan kepada memasukkan air ke dalanm hidung, bahkan ia lebih utama dihukumkan makruh daripada memasukkan air ke dalam hiudung.

Sekian dahulu dan penulis mengucapkan terima kasih kepada para sekelian pengikut Blog ini di atas perihatin anda mengulangi pelajaran atau menilik semula, walaupun pelajaran ini hanya dalam peringkat asas agama Islam ahaja.

Penulis akan menyambung lagi dalam perkara Yang Membatalkan Wudhuk dalam sedikit masa lagi.
Insya Allah....!

Wassala mulaikum...

----------------ooooooooo----------------

No comments:

Post a Comment