Friday, May 14, 2010

Mengabdikan Diri kepada Allah swt- Siaran 238





Meminum arak adalah haram, jauhkanlah.....
Setiap insan wajib mengabdi dan menghambakan diri kepada Allah SWT kerana mereka dicipta adalah semata-mata untuk mengabdi kepoada-Nya.

Mengabdi berarti menyerah dan menerima segala ketentuan dan segala keputusan Allah SWT. Ia juga dapat diertikan sebagai tuduk dan patuh kepada sermua titah perintah Allah SWT dan menjuhi segala larangannya.

Sesungguhnya tidak wajar jika insan menyembah dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah SWT sedangkan mereka telah dijadikan makhluk yang terbaik. Mereka telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk menikmati pemberian Allah SWT dalam pelbagai berbentuk dan cara. Malahan kewujudan mereka di alam buana ini pun adalah juga nikmat kurni Allah SWT.

Sebaliknya jika insan itu menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk tidak kepada "Khalik" yang mencvipta bererti mereka telah melakukan suatu perbuatan yang amat keji dan terkutuk.

Dengan lain perkataan insan sedemikian boloehlah digolongkan ke dalam golongan orang yang tidak berterima kasih. Di antar laku perbuatan yang boleh menggambarkan pengabdiabn seseorang kepada Allah SWT termasuklah:

a. Sentiasa melakukan ibadah khusus dengan sempurna. Mengabdikan dan
beribadah kepada Allah SWT bukan terhad kepadaa sembahyabg, zakat, puasa,
haji, jihad, tahlil, zikir, tilawah al-Quran tetapi meliputi semua aspek
kehidupan. Malahan semua perbuatan dan gerak laku insan dikira sebagai
ibadah sekiranya perbhuatan itu dilandasi oleh niat yang tulus ikhlas
kerana Allah SWT dan dilakukan menghikut luns-lunas yang ditentukan
oleh syariat.

b. Sentiasa bersedia mematuhi perintah melakukan ibadah khusus terumama
dikala dan ketika ibadah-ibadah itu mesti disempurnakan.

c. Sentiasa menggunakan nikmat dan kemudahan yang diberi Allah SWT kepada
sesuatu yang mendatangkan manfaat seperti menggunakan panca indera
untyuk melihat,mendengar, mencium, merasa dan menyentuh sesuatu yang
disukai Allah SWT.

d. Sentiasa bersedia untuk menyumbang sebahagian daripada harta untuk badan-
badan kabajikan seperti rumah anak yatim, fakir , miskin dan sebagainya.
Disamping itu harta yang dikurniakan itu dugunakan untuk membangunkan
masjid, madrasah, sekolah dan tempat-tempat yang memberi manfaat krpada
ummah.

e. Sentiasa menggunakan pangkat dan kedudukan sebagai alat untuk mengajak
manusia kepada jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mereka menyedari
bahawa pangkat dan kedudukan itu adalah amanah Allah SWT.

f. Sentiasa menggunakan kemudahan-kemudahan yang dikurniakan, umpamanya
kenderaan yanhg selesa untuk melawat dan pergi ke tempat-tempat
yang disukai Allah SWT. Kenderaan mereka lebih banyak dibawa ke
masjid, majlis-majlis ilmu, majlis-majlis silaturrahim dan laian-lain.

g. Sentiasa menyakini hukum dan segala keputusan Allah SWT sahaja yang maha
benar.

Orang yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah SWT akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagi sepanjang masa. Di samping iut, setiap pekerjaan dan perkara yang dilakukan oleh mereka juga akan sentiasa diredhai oleh Allah SWT.

Sekian dahulu dan penulis akan kembali dalam mas yang terdedat.

Wassala mualaikum.................


-----------------------oooooooooooooo----------------------

No comments:

Post a Comment