Tuesday, May 11, 2010

Cara Mendapat Ampunan Allah swt. -- Siaran 213







CHE DAN BIN AHMAD,
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 213

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

1. Cara-Cara Untuk Mendapatkan Ampunan Allah.

Untuk mendapatkan ampunan daripada Allah swt hendaklah banyak bertaubat, istighgfar kepada Allah yakni memohon ampun kepada-Nya atas segala dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan. Hanya Allah sahaja yang dapat mengampuni manusia dari dosa-dosanya.
Firman Allah swt yang maksudnya:
”Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kei itu, sedang mereka mengetahui.
Mereka itu balsannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang didalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal”
(Al-Quran surah Ali-Amran ayat 135-136)


2. Setelah kita bertaubat dengan taubat yang sebenarnya, banyak istighfar, kita juga harus mengerjakan solat fardhu lima kali sehari semalam, mengerjakan solat Jumaat, berpuasa di bulan Ramadhan serta amalan lain yang di wajibkan oleh Allah swt. Amalan-amalan tersebut harus disadarkan dengan iman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad jiwa raga di jalan Allah.

3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
”Solat lima waktu, solat Jumaat hingga Jjumaat bderikutnya dan berpuasa di bulan tramadghan hingga berpuasa bulan Ramadhan berikutnya, adalah dapat menghapuskan dosa-dosa yang terjadi fi antaranya sdelama terhindar dfari dosa bvesar.”
(H.R. Muslim)

4. Firman Allah swt yang bermaksud:

”Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?...Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengtahuinya. Nescaya Allah akan megampuni dosa-dosa mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan memasukkan kamu ke tampat tinggal yang baik di dalam Syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
(Asy-Syafaf: 10-12)

Kersimpulan.

5. Demikianlah bahawa setiap insan diatas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun disebalik itu bahawa Allah swt adalah Zat Yang Maha Mengampuni dosa-dosa hambaNya selain daripada dosa syirik. Oleh sebab itu hanya kepada Allah setiap orang memohon pengampunan daripada segala dosa. Di-samping besar nikmat ampunan Allah, juga besar azab dan sekisaan Allah barang siapa yang sentiasa dalam keingkaran. Sebelum pintu taubat di tutup atau sebelum kemtian menjemput kita bertaubatlah dengan segera agar kita tergolong ke dalam insan yang diredhai-Nya.

Dekian, wassala mualaikum....


---------------------ooooooooooo------------------------

No comments:

Post a Comment