Sunday, May 2, 2010

CHE DAN BIN AHMAD
E-mail –
hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 200


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya."


EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 131.

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56


Masalah Agama. 403 ke 404

Mohon beri keterangan ataupun hadis yang menerangkan berkenaan tuntutan mengerjakan solat-saolat sunat ?

Jawapan:

Sesungguhnya setiap ibadat sama ada wajib ataupun sunat perlu ada keterangan dari al-Quran, ataupun contoh daripada Rasulullah s.a.w. ataupun para sahabat.
Fitrman Sallah s.w.t.:

وَمِنَ الـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلـَةً لـَكَ عَسَى أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقَا مًا مَحْمُوْدًا. ( ال اسرق اية 79).
”Dan sebahagian dariada waktu malam, bangunlah bagi bersolat Tahajjud sebagai tambahan untukmu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di tempat yang terpuji (syurga)."
(Al-Israq ayat 79).

Terdapat beberapa banyak Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan solat-solat sunat itu diperlukan:

a. Rabiah bin Malik al-Aslami melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya , “Mintalah….”Lalu saya pun berkata “Saya mahu menjadi pengiring ataupun bersama tuan dalam syurga.” Kemudian beliau berkata, “Adakah permintaan lain selain daripada itu.” Saya menjawab. “ Itu sahaja. ”Kemudian baginda berkata. “ Hendaklah kamu membantu akan daku terhadap dirimu dengan memperbanyak sujud iaitu banyak bersolat sunat.”

b. Aisyah r.a. berkata, ”Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat empat rakaat sunat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh.”

c. Aisyah r.a. berkata : ‘Tidak sesuatu dan solat yang Nabi s.a.w. mengambil berat selain dua rakaat solat fajar.”

d. Aisyah r.a. berkata “Rasulullah s.a.w. bersolat dhuha sebanyak empat rakaat dan menabahkan apa yang diizinkan oleh Allah.”

e. Rasulullah s.a.w. bersabda. “Sebaik-baik solat selepas solat-solat fardhu adalah solat-solat sunat pada waktu malam.”

f. Rasulullah s.a.w. bersabda.”Berwitirlah kamu, wahai ahli Quran, sesunggunya Allah itu ganjil, dan mengasihi yang ganjil.”

g. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat wititr itu adalah kewajipanm setiap individu Muslim; sesiapa yang suka berwitir dengan lima rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berweitir dengan tiga rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berwitir dengan satu rakaat, maka lakukanlah.”

Masalah 404.

Mohon senaraikan solat-solat rawatib muakad dan rawatib tidak muakad.?

Jawapan.

1. Sunat rawatib yang muakad iaitu sunat yang dituntut dan sentiasa dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. :

a. Dua rakaat sebelum Subuh.
b. Dua rakaat sebelum Zuhur
c. Dua rakaat selepas Zuhur.
d. Dua rakaat selepas Maghrib
e. Dua rakaat selepas solat Isyak.

2. Sunat rawatib yang tidak muakad ialah :

a. Dua rakaat sebelum Maghrib.

b. Dua rakaat sebelum Isyak.

c. Dua rakaat sebelum Zuhur.

d. Dua rakaat selepas Zuhur.

f. Dua rakaat sebelum Asar




Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.


------------------ooooo

No comments:

Post a Comment