Wednesday, December 2, 2009
Tinggalkan Amalan Maksiat - Siaran 118
Walaupun sudah menjadi kalangan wraga emas tetapi masih gigih belajar lagi.
Tinggalkan Amalan Maksiat.
Maksiat itu tidak boleh berubah dari kedudukan sebagai maksiat dengan disertakan niat, yakni maksiat itu tidak boleh berubah samasekali menjadi taat dengan hanya menambah niat sahaja. Umpamanya: Siapa yang mencaci orang lain kerana mengambil hati rakannya, ataupun sesiapa yang memberi makan orang miskin dari harta orang lain, atupun sesiapa yang membina madrasah atau masjid dengan wang yang haram kandatipun niatnya dengan tulus ikhlas.
Perbuatan-perbuatan seperti itu dapat dianggap bodoh dan jahil. Sebab dengan niat sahaja tentulah tidak akan memberi kesan atas sebarang cara pengeluaran pemberian itu, atau untuk mengubah sifatnya sebagai suatu penginanyaan, pelanggaran dan maksiat. Malah meniatkan yang baik dengan cara jahat sekalipun yang bertentangan dengan peraturan syariat, itu adalah dianggap sebagai suatu kejahatan yang baru pula.
Jika seseorang itu sengaja melakukan begitu, sedangkan ia mengetahui tentang selok-belok syariat, maka ia akan disifatkan sebagai penentang syariat, tetapi jika ia jahil tentang hukumnya, maka ia dikira ’asi disebabkan kejahilannya itu, kerana menuntut ilmu agama itu adalah wajib atas setiap Muslim.
Kesimpulannya jika kia tidak faham hukum-hukum syariat Islam, hendaklah kita mencari jalan untuk belajar. Jika kita faham hendaklah kita tinggalkan maksiat itu, apa cara maksiat itu sekalipun.
Sekian dahulu. Wassala mualikum.....!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment