Sunday, December 13, 2009

Masalah Agama - Siaranb 136



CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 136

Pendahuluan.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah
Al-Baqarah ayat 254 :-


يَاَ يُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا اَنـْفِقـُوْا مِمَّارَذَ قـْنَكُمْ


مِنْ قـَبْلِ اَنْ يّأْ تِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِـيْـهِ


وَلَاخُلَّـة ٌ وَلَا شَفـَا عـَة ٌ وَالـْكَفـِرُوْنَ


هـُمُ الظـَّلِمُوْنَ.


Bermaksud:-

Bermaksud “Hai orang-orang yang breriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli hari itu, tak ada persehabatan dan tak ada pertolongan, (yakni hari kiamat). Orang-orang kafir itu adalah orang-orang inanya.” (Al-Baqarah ayat 254)

-----------------------------------------------


Soalan 305 (307)

Apakah ertinya solat sunat itu.?

Jawapan.

Solat sunat adalah satu bentuk ibadat tambahan yang digalakkan saupaya kita melakukannya secara sukarela. Ia disukai oleh Allah s.w.t. dengan ganjaran kerana mengerjakannya dan tidak menjadi kesalahgan apabila ditinggalkannya, hanya kita mendapat kerugian sahaja apabila Allah s.w.t. memberikan sesatu ganjaran kepada kita, kita tidak menghiraukannya.

Solat-solat sunat juga sebagai menampung apa-apakara kesalahan dalam masa kita mengerjaklan solat-solat wajib sehari semalam lima waktu itu.

--------------------------------------

Soalan 306

Apakah kita masuk ke daam masjid semasa imam berkhutbah,adakah kita dituntut solat tahiyatulmasjid.?

Jawapan.

Sebenarnya memang kita dituntut melakukannya supaya kita berbuat demikian. Sabda Rasulullah s.a.w.”

”Dai Jabir melaporkan seorang lelaki masuk ke dalam masjid pada hari Jumaat semasa Nabi s.a.w. sedang berkhutbah dan beliau bertanya:
”Sudahkah kamu bersolat?” Jawab lelaki itu: ”Tidak”, lalu Baginda berkata ”Bangun dan solatlah diua rakaat.”
(HR Abu Hurairah)

----------------

Soalan 307.

Apakah bilangan solat tarawih yang sebenarnya.?

Jawapan.

Solat tarawih adalah solat semasa waktu selepas isyak dalam bulan Ramadzan. Pada zaman Nabi s.a.w. beliau sendiri pernah melakukan sebanyak lapan rakaat dengan setiap dua rakaat satu salam. Kemudian Khalipah Kedua, Umar al-Khatab melakukan solat tarawih sebanhyak dua puluh rakaat di masjid. Amalan solat tarawih 20 rakaat terus diamalkan hingga kezaman sekarang.

--------------------------

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


--------------------oooooooooooo------------------

No comments:

Post a Comment