Friday, December 11, 2009

Bab Solat - Siaran 134


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 134.

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56.

-----------------------------------------------------

Masalah Agama.

Soalan 302. – (304)

Apakah waktu yang dilarang bagi mengerjakan solat-solat sunat.?

Jawapan.

Waktu-waktu yang dilarang bagi melakukan solat-solat ialah:-


a. Selepas solat Subuh.
b. Semasa matahari terbit.
c. Semasa matahari rembang.
d. Selepasa solat Asar.
e. Semasa matahar terbenam.

Solat yang dilarang itu adalah solat yang tidak mempunyai waktu dan sebab seperti solat sunat mutlak, sunat tasbih, dan juga solat yang mempunyai sebab terkemudian seperti solat istikharah. Kita dibenarkan melakukan solat waktu yang diqadha.


Soalan 303.

Apakah erti solat berjemaah dan hukumnya. ?

Jawapan.

Solat berjemaah ertinya solat beramai-tramai iaitu sekurang-kurangnya seorang iman dan seorang makmum, itu sudah dikira mendapat pahala solat berjemaah,

Hukumbnya adalah fardhu kifayah menurut Imam Syafie dan Imam Maliki dalam pendapat pertamanya. Manakala Imam Ahmad bin Hambal berpendapat solat berjemaah itu adalah fardhi ’ain sedangkan Imam Hanafi mengatakan wajibn hukumnya.
Solat berjemaah memang banyak kelebihannya. Sabda Rasulullah s.a.w. :-
”Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat”

Solat berjemaah boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan tempat itu bersih dan suci sama ada dipadang, hutan, kebun, madrasah, di rumah, di masjid, dan tempat-tempat lain, namun tuntutan berjemaah adalah lebih baik di masjid.



Soalan 304.

Apakah syarat-syarat sah solat berjemaah.?

Jawapan.

Ketahuilah bahawa syarat-syarat sah solat jemaah itu adalah:-

(1). Makmum perlu berniat mengikut imam, tetapi imam itu tidak disyaratkan niat menjadi imam. (Adalah lebih baik imam itu berniat ianya menjadi imam untuk mendapatkan pahala menjadi imam).

(2). Makmum mengkemudiankan kedudukan, bacaan dan perbuatan daripada imam.
(3). Makmum perlu mengetahui perpindahan imam daripada satu rukun ke satu rukun yang lain sama ada dengan melihat ataupun mendengar imam ataupun melihat makmum di hadaannya.

(4). Makmum perlu mengetahui dan yakin akan sah solat imamnya.

(5). Imam dan makmum perlu berada dalam satu bangunan. Sekiranya kedua-duanya ataupun salah seorang berada di luar bangunan ataupun di tanah lapang, maka disyaratkan jarak antara kedua-duanya tidak melebihi 300 hasta.

(6). Solat makmum perlu muafakat ataupun sama dengan solat imam daripada segi caranya.

(7). Makmum tidak boleh menyalahi imam dalam melakukan ataupun meninggalkan perkara-perkara sunat.

(8). Makmum tidak boleh mengikut imam yang kurang daripadanya seperti imam itu orang tidak tahu membaca (ummi), dan bagi lelaki, imam itu perempuan.

(9). Makmum tidak boleh mengikuti orang yang menjadi makmumn kepada imam yang lain.

(10). Makmum tidak boleh ketinggalan daripada imamnya dua rukun dengan sengaja ataupun tiga rukun dengan uzur ataupun mendahului dua rukun daripada imam dengan sengaja.

(11). Hanya terdapat satu perkara yang dituntut kita menyamai imam iaitu ucapan ”amin” sebaik sahaja selesai bacaan surah al-Fatihah. Ini berdasarkan hadis yang bermkasud :

”Apabila imam mengucap ”amin” maka kamu perlu turut memgucapkannya, sesiapa yang ucaan ”aminnya” serentak dengan ucapan”amin” imam malaikat pasti diampunkan dosanya yang lalu.”


Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...



وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـ



--------------------------ooooooooooooooooooooo--------------------------

No comments:

Post a Comment