CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 127
Pendahuluan.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56
Jenis Haram dan Halal – Siaran 127.
Bahawa satu kesimpulan dalam pokok pembahgian halal dan haram aitu sesuatu benda itu menjadi haram kerana keadaan zat benda itu sendiri, ataupun kerana sesuatu punca dalam cara memperolehinya.
Bahagian Pertama :
Adapun yang dikatakan haram kerana sesuatu sdifat pada zatnya ialah sepertti arak, daging babi dan lain-lainya, dan keterangan selanjutnya, bahawasanya semua benda-benda yang dimakan yang terdapat di atads muka bumi ini tidak terkeluar dari tiga bahagian iaiu :
a. Merupakan benda galian seperti garam dan tanah atau sebagainya.
b. Benda-benda tumbuh-tumbuhan.
c. Binatang-binatang.
Benda galian.
Adapun benda galian itu daripada berbagai-bagai bahagian bumi dan segala yang keluar dari bumi. Maka hukumnya tidak haram memakannya, kecuali jika ia mendatangkan mudarat bagi orang memakanya, atau kerana pada sebahagiannya terdapat bahan-bahan yang sama seperti racun. Pendek kata jika roti sekalipun bila memudaratkan orang yang menakannya tetap haram hukumnya. Bagitu juga dengan tanah, jika ada orang yang biasa memakannya, tidak haram hukum memakanya, hanya diharamkan kerana ia boleh memudaratkan pemakannya sahaja.
Tumbuh-tumbuhan.
Segala tumbuh-tumbuhan tidak haram hukum memakannya, melainkan yang mempunyai unsur-usur yang boleh merosakkan akal fikiran, ataupun yang boleh memusnahkan kehidupan, atau mengganggu kesihatan. Adapun yang boleh merosakkan akal fikiran itu saperti ganja, arak, candu, dan segala yang boleh memabukkan, yang memusnahkan kehidupan pula ialah segala jenis racun, seperti kulat jenis yang beracun, dan yang mengganggu kesihatan ialah memakan ubat bukan pada masa-masa yang tidak ditentukan. Pokok pengharaman yang disebutkan ini ialah disebab ia mendatangkan kemudaratkan kepada diri, maka hukunmnya tetap haram samaada ia diminum sedikit sahaja, ataupun memang orang yang meminumnya itu biasanya tidak mabuk.
Binatang.
Manakala binatang pula, maka ia terbahagi kepada yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Hanya dikatakan binatang yang boleh dimakan iutu,bila ia disembelih dengan sembelihan yang ditunjuk oleh syariat. Dengan syarat-syarat yang ditentukan ke atas menyembelih, alat penyembelihan dan tempat-tempat yang disebutkan di dalam kitab-kitab fiqah. Binatang yang bukan disembelih menurut syarat-sayarat syariat, atau pun yang mati begitu sahaja adalah haram memakanya dan dikira seperti bangkai, sedangkan memakan bangkai itu tidak halal, kecualibangkai ikan danbelalang sahaja.
Haram kerana memperolehinya.
Dalamhal ini adalah terbahagai kepada dua jenis:
a. Sesuatu yang diperolehinya.
Bermaksud sesuatu yang diperolehi tanpa ada pemilliknya, benda-benda galian, (seperti bijih timah, emas, tanah merah dan sebagai lagi), dengan syarat segala yang diperolehi itu tidak terkhusus kepunyaan seseoeang atau Kerajaan, tegasnya tidak ada pemikliknya yang sah, adalah halal.
b. Sessuatu yang diperolehi secara paksa dari orang-orang adalah terjatuh dalam golongan haram.
c. Sesuatu yang diperolehi secara tukar menukar dengan syarat masing-masing reda satu sama lain (seperti jualbeli) adalah halal.
d. Sesuatu yang diperolehi seperti warisan harta yang diperolehi mengikut hukum syarak adalal halal.
Sekian dahulu dalam hal ini dan diucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi melayari Blog ini, semoga kita sama-sama mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.
(Rujukan - Kitab Bimbingan Mukminin, m.s. 276)
-----------------------ooooo---------------------------
No comments:
Post a Comment