Saturday, December 5, 2009

Bangunkan Sikap Hidup Berdikari - Siaran 123


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 123


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56
--------------------------------------------------------------

Bangunkan Sikap Hidup Berdikari.

Jika kita tidak mahu dibelenggu, tidak mahu diperhamba dan tidak mahu maruah diri tergadai maka hanya satu jalan keluar yang perlu diusahakan iaitu mengutamakan hidup berdikari.

Kita mesti keluar dari hidup bergantung. Kita perlu berusaha untuk hidup berdikari. Kita hendaklah membebaskan diri dari mengharap bantuan dan subsidi. Sikap hidup berdikari perlu menjadi amalan hidup. Nilai hidup sendiri perlu menjadi kebanggaan. Di setiap bandar, di setiap desa, di man sahaja, kita berada kita mesti mampu berdikari.

Demi kemerdekaan, demi maruah dan harga diri, kita perlu merobah tabiat mengharap bantuan kepada tabiat berdikari di atas kaki sendiri. Kita perlu mengambil langkah yakin untuk mencuba dan berusaha sendiri, bersunggu-sungguh untuk mencapai matlamat menjayakan sesuatu kerjaya hidup, menghayati pesanan Rasulullah s.a.w. bahawa ”Tangan di atas lebih mulia dari tangan di bawah.”

Kalangan dari kaum bukan Islam kelihatan lebih jauh mampu berdikari untuk mengurus hidup mereka mencapai kemajuan. Sifat serta disiplin hidup cermat dari segi perbelanjaan, pengursan masa, membangun tanah, bersatu dalam perniagaan, mencari kemahiran sendiri untuk berdikari dan mengelolakan pendidikan anak-anak tanpa biasiswa dan sebagai lagi adalah ciri-ciri kehidupan yang telah diperaktikkan oleh metreka. Berbanding dengan mereka itu kita masih jauh ketinggalan dalam serba-serbi, terutamanya dalam hal ekonomi, pendidikan dan sosial.
Hal ini disebabkan kita kurang berusaha menitikberatkan masa depan kita dan generasi kita akan datang, kerana percaya peranan untuk meningkatkan ekonomi, pendidikan sasosial kita itu adalah tanggungjawab pemerintah, bukannya tanggungjawab individu atau kita sdendiri. Pendirian seperti ini menyebabkan kita terus lena dibuai mimpi di siang hari, manakala kaum-kaum yang lain sudah melahirkan genrerasi yang begitu berjaya, terutama dalam mennguasai ekonomi dan pendidikan negara.

Ketika masyarakat bukan Islam telah mencapai kemajuan yang sangat bersar dalam berbagai jenis perniagaan dan profesyen hasil dari usaha gigih ibu bapa mereka, apa yang kita dapat ialah masalah sosial di kalangan remaja kita yang terjebak dalam penyalahan gunaan dadah, berpeleseran di bandar-bandar, di pasar-pasar malam dan sebagai lagi.

Sekian dahulu dalam bab ini, semoga akan dapat membuka mida pembaca sekalian dan juga moga-moga dapat membetulkan perkara tersebut demi untuk masa depan kita bersama.

Wassala mualikum.......!

-----------------oooooooooooo---------------------

No comments:

Post a Comment