Tuesday, December 1, 2009
Susahnya Mengamalkan Amalan Batin- - Siaran 116
CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/
EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 116
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .
اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه
Pendahuluan.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56
-----------------------------------
SUSAHNYA MENGAMALKAN AMALAN BATIN.
Mengamalkan syariat adalah susah. Buktinya lihat sahaja umat Islam hari ini bukan sedikit dari kita yang tidak sembahyang, tidak puasa, tidak membayar zakat, tidak tahu baca al-Quran, tidak belajatr agama, berpakaian tidak tutup aurat, melakukan pergaulan brebas, ambil riba, berzina, minum arak, menipu sesama manusia, mengadu domba, fitnah memfitnah, memakan harta anak yatim, mengambil rasuah, berbohong, menimbang barangan tidak betul, kecoh dalam sukatan padi beras dan banyak lagi.
Umat Islam yang beria-ia mengaku Islam, tetapi mereka inilah umat yang gagal menegakkan syiar Islam dalam kehidupan rumahtangga dan masyarakat mereka. Bukan mereka tidak tahu apa-apakah dia syariat Islam yang diperintahkan pada mereka, tetapi mereka tidak mampu melaksanakannya.
Mereka lemah untuk melawan runtutan hawa nafsu dan ajakan syaitan yang kuat menarik kepada jalan kejahatan-kejahatan dan keroskan. Begitulah susahnya melakukan syariat Islam. Dan itulah masalah besar yang sedang dihadapi oleh majority umat Islam hari ini.
Namun melakukan amalan batin adalah lebih susah dari itu. Sebab dia merupakan ilmu rasa (zauk) dan bukan ilmu kata, bukan sebutan dan teori tetapi rasa hati. Bukan sahaja orang yang lemah sayariatnya tidak dapat melaksanakannya hatta orang yang sudah kuat dan kemas syariat lahir pun masih belum dapat dan menghayatinya.
Buktinya kita sendiri dapat merasakan, sekalipun sedikit sebanyak kita sudah lakukan syariat lahir, seperti sembahyang fardhu, sembahyang sunat, puasa, zakat, haji, berjuang dan berjihat, belajar ilmu-ilmu agama malah mengajartkannya, menutup aurat, berdakwah dan lain-lain, tetapi masih lalai dari mengingati Allah dan tidak cinta pada-Nya, tidak ada srsa takut, hebat dan hina dengan Allah, tidak sabar berdepan dengan ujian, pemarah, tidak merasa kuasa itu ditangan Allah, tidak rasa berdosa, mengumpat, hasad dengki, cinta dunia, tidak ada belas kasihan, tidak lapang dada berdepan dengan ragam manusia, sombong, dendam, jahat sangka, tamak, degil, keluh, putus asa, tidak redha dengan takdir, tidak bimbang dengan hari hisab, tidak takut neraka dan tidak rasa rindu dengan syurga yang penuh kenikmatan.
Dan kita meanggap sebab-sebab itulah yang menjayakan diri kita, tidak merasai yang mana bila-bila masa Allah boleh balakan dan matikan. Dan dengan sebab itu pula kita membuat hutang, gila pangkat, macam-macam rancangan tidak rasa kelemahan diri, tidak senang dengan kata nista orang, tidak senang dengan kelebihan orang yang menandingi kita, rasa menderita dalam kemiskinan, masih benci dengan orang yang tidak beramal (bukan rasa kasihan), masih merasai lebih bila berdepan dengan orang yang tidak beramal, masih rasa terhina untuk menerima kebenaran dari orang, masih berat mengakui kesalahan walaupun sedar kita sudah bersalah.
Masih merasa hidup lama lagi, menderita jiwa bila dikeji rasa tenang dan senang hati bila disanjung, masih rasa bangga bila dapat nikmat, rasa menderita bila miskin dan papa, rasa bangga dengan kelebihan diri, rasa terhina dengan kekurangan, tidak pernah puas (cukup) dengan apa yang ada, tidak rasa berdosa (bersalah). Tidak rasa dunia ini kecil dan hina, tidak rasa akhirat besar, tidak menderita bila buat dosa atau kesalahan tetapi menderita bila harta hilang dan pangkat terbang.
Orang yang kemas dan kuat bersyariat lahir pun masih belum dapat melaksanakan amalan batin (syariat batin) secara ”istiqamah” dan sungguh-sungguh, apalagi orang yang amalan lahirnya pun diabaikan langsung, lagi susahlah dia mendapatkan amalan batin.
Kalau diumpamakan syariat itu pokok, maka amalan batin ialah buahnya. Orang yang sudah ada pokok pun belum tentu memperolehi buahnya (dan kalau dapat pun belum tentu sedap buahnya), apalagi orang yang langsung tidak tanam pokok.
Begitulah bandingannya orang yang tidak bersyariat susah sekalilah baginya untuk merasakan hakikat. Kalau lahir sahaja pun da tidak dapat tunduk pada Allah, tentu batinnya lagi susah untuk diserahkan pada Allah.
Sekian dahulu dalam Bab ini, dan akan disambung lagi dalam masa yang terdekat nanti.
Wassala mualaikum warahmatylla hiwabarakatyuh.....!
-----------------oooooooooo------------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment