Tuesday, December 22, 2009

Janganlah Memencilkaan Diri - Siaran 138


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail –
hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 138.

Firman Allah s.w.t. berikut ini untuk menjadi renungan dan memikirkan tentang kebaikan dan keburukannya :-:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ


Firman Allah s.w.t


. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ .

( الانعام (120)

Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am ayat 120).

---------------------------------

Jangan Memencilkan Diri.

Para ulama’ menggalakkan pergaulan dengan orang ramai, dan mencari beberapa banyak kenalan dan kawan untuk menimba perpaduan dan kasih sayang antara kaum Mukmin. Kemudian bertolong-tolongan antara satu dengan yang lain dalam urusan-urusan agama dan masyarakat, yakni untuk menegakkan kebaktian dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Hanya dengan jalan bercampur gaul sahajalah segala faedah itu dapat terhasil, yaitu dengan tekad bersunggaug-sungguh serta mengalahkan hawa nafsu, pendek kata bercampur gaulan itu mempunyai banyak faedah yang besar mengatasi faedah-faedah memencilkan diri.

Faedahnya ialah memgambil pelajaran daripada orang lain, atau memberi pengajaran kepada orang lain. Melakukan sesutu pekerjaan yang bermanafaat kepada orang lain, atau mengambil menafaat dari sesuatu pekerjaan yang dilakukan orang lain. Mendidik atau menerima didikan dan mendapat faedah dari berbagai-bagai pengalaman dari orang lain serta mengambil iktibar dan contoh tauladan dari mereka.

Dalam hal menerima dan memberi pelajaran, kedud-duanya adalah terkira antara sebesar-besar ibadat yang boleh dilakukan oleh seseorang di dunia ini. Orang memang sangat berhajat kepada pengetahuan dan menuntut pelajaran ilmu agama yang wajib, jadi adalah berdosa kita kepada Allah s.w.t. kiranya kita memencilkan diri. Orang yang mempunyai bakat dan mempunyai banyak ilmu pengetahuan syariat dan ilmu pemikiran baginya adalah satu kerugian jika memenclikan diri dari masyarakat.

Adapun tentang pengajaran dan menaburkan ilmu pengetahuan ilmu agama dan ilmu yang memeberi manafaat kepada orang ramai maka pekerjaan ini memang besar pahalanya, apabila niat sepengajar dan sipelajar itu bersih dan jujur.
Firman Allah s.w.t. :-



وّ لـِيُنـْذِرُوْا قـَوْمَهـُمْ إِذَا رَجَعـُوْا إِلـَيْهـِمْ
لَعـَلَّهُمْ يَحـْذَرُوْنَ .

(التوبة: 122)

Maksudnya: Hendaklah mereka memberikan pengajaran kepada kaumnya apabila telah kembali kepada mereka nanti, mogoa-moga mereka berhati-hati.”
(at-Taubat: 122)
Adapun mereka yang memencilkan diri dan menyembunyikan ilmu pengetahuan mereka maka berdoslah mereka itu. Firman allah s.w.t. :-


وَإِنَّ فَـرِيـْقـًا مِنـْهُم ْ لـِيَكـْتُمُوْنَ الـْحَقَّ وَهُمْ يَعْمَلـُوْنَ. (البقرة 146)


"Ada sebahagian dari mereka itu yang menyembunyikan kebenaran ilmu pengetahuan sedangkan mereka itu mengetahuinya." (Al-Baqarah 146)


وَمـَن ْ يـَكـْتــُمـْهـَا فـَـإ ِ نـَّه ُآثـِـمٌ قـَلـْبـُهُ.


"Barangsiapa yang menyembunyikannya (penyaksian) Maka berdosalah hatinya. “ (al-Baqarah 283)

Menegenai memberi manfaat dan mengambil manafaat pula ialah menerusi usaha dan bermuamalah, dan yang demilkian hanya boleh berlaku dengan bercampur gaul dengan orang ramai, lalu suka bersedekah dari ilmu dan amal uashanya adalah baik sekali dan lebih baik dari suka memencilkan diri dengan banyak melakukan amal ibadat seorang diri.

Memberi manfaat berarti dengan membuat sesuatu pekara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain, sama ada dengan membelanjakan wang ringgit mahupun dengan memeras tenaga sendiri. Umpamanya menolong orang yang susah dalam segala perkara yang menjadikan dirinya susah, semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah s.w.t.

Merngenai mendidik orang lain dengan berbagai nasihat dan tunjuk ajar yang mereka tidak tahu, mengadakan kelas agama pada belia-belia dan wanita, mengajar fardhu ‘ain kepada masyarakat setempat, mengajak mereka supaya pergi solat berjemaat di masjid dan sebagai lagi, dan begitu juga dengan bercampur gaul dengan orang ramai dan belajar perkara-perkara yang kita masih tidak tahu adalah lebih baik dari memencilkan diri berseorangan.

Dengan bercampur gaul dengan masyarakat kita dapat memilih seorang teman atau lebih yang dapat diajak bertemu dan berbual dalam hal keagamaan dan kebaikan diri. Kita misitilah mempunyai seorang teman atau lebiah yang akan menolong kita bilamana kit dalam kesuahan nanti. Sabda Rasulullah s.a.w. :-


ا َلـْمَرْءُ عَلىَ دِيْنِ خـَلـِيْلـِهِ فـَلـْيَنْظُرْ أ َحَدُكـُمْ مـنْ يُخَا لـِلْ.
(اابخارى و المسلم)


Seorang itu menurut perjalanan temannya, maka hendaklah seorang kamu memerhatikan siapa yang patut diajak berkawan. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hal bercampur gaul dengan orang ramai itu kita akan mendapat banyak pahalanya dari memencilkan diri berseorangan, seperti menghadiri jenazah-jenazah, melawat pesakit-pesakit, menghadiri jemputan kenduri, menghadiri solat berjemaah yang tidak adal kelonggaran untuk meninggalkan berjemaah itu, menghadiri majlis-majlis ilmu, membantu mangsa-mangsa yang menimpa mala petaka seperti kebakaran dan banjitr, mengerjakan gotong royong bagi membersihkan dan mencantikkan masjid dan banyak lagi. Semuanya ini kita akan beroleh ribuan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


--------------ooooooooooooo--------------










No comments:

Post a Comment