Wednesday, December 23, 2009

Beruntung Orang Yang Beriman - Siaran 140


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/


Gambar ialah kawasan pergunungan di Pakistan.


EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 140.


Amat Beruntung orang yang beriman.

Firman Allah s.w.t. berikut ini untuk menjadi renungan dan memikirkan tentang kebaikan dan keburukannya :-:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

قَدْ أَفْلَحَ الـْمُؤْمِنُوْنَ. الـَّذِيْنَ هُمْ فَىْ صَلَاتِهِمْ خَاثِعُوْنَ.


وَالـَّذِيْنَ هُمْ عَنِ اللـَّغْوِمَعْرِضُوْنَ. وَالـَّذِيْنَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلـُوْنَ . وَالـَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجِهِمْ حَافِظُوْنَ. إِلَّا عَلىَ


أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلـَكَتْ أِيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلـُوْمِيْنَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأوُلـَءِـكَ هُمُ الـْعَادُوْنَ. وَالـَّذِيْنً هُمْ


لأِ َمَانَا تِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُوْنَ. وَالـَّذِيْنَ هُمْ عَلىَ صَلَواتِهمْ يُحَافِظُوْنَ. أ ُوْلـَءِـكَ هُمُ الـْوَارِثـُوْنَ الـَّذِيْنَ يَرِثـُوْنَ


الـْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيْهَا خَالِدُوْنَ. (المؤمنين 1-11

“Sesungguhnya telah beruntung orang-orang yang beriman. Mereka yang berkhusyuk di dalam sembahyang mereka. Dan mereka yang berpaling dari perkara-perkara yang kotor. Dan mereka yang membayar zakat. Dan mereka yang menjaga alat-alat kelamin mereka, Kecuali pada isteri-isteri mereka ataupun pada hamba sahaya yang nereka miliki, maka sesungguhnya mereka tiada tercela. Barangsiapa mencari selain dari itu, maka nereka itu adalah orang-orang yang melanggar batas. Dan mereka yang memelihara amanat-amanat dan janji mereka. Dan mereka yang menjaga sembahyang-sembahyang mereka. Mereka itulah orang-orang yang mewarisi, yaitu mewarisi syurga firdaus, dan mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. ”
(Al-Mukminin ayat 1 hingga 11).




Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran Surah At-Taubat ayat 112, yang bermaksud:-

”Orang-orang yang bertaubat, beribadat, yang menuji Tuhannya, yang merantau (di bumi Allah), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat baik, dan melarang dari perbuatan-perbuatan jahat, dan yang menjaga bagtas-batas Allah. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (At-Taubat ayat 112).



Firman Allah lagi dalam al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2-4 bermaksud :-

”Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu, ialah yang apabila disebutkan sahaja nama Allah maka takutlah hati mereka dan apabila dibacakan sahaja ayat-ayatNya, maka bertambahlah keimanan mereka. Dan mereka itu sentiasa berserah diri kepada Tuhan mereka. Yaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan membelanjakan dari apa yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan sebenarnya. Mereka memperolehi beberpa darjat di sisi Tuhan mereka, juga pengampunan dan rezeki yang mulia.
(Al-Infal ayat 2 hingga 4).



-------------------------------



Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat frdhu, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه

--------------ooooooooooooooo--------------








No comments:

Post a Comment