Thursday, December 10, 2009
Masalah solat - Siaran 130
CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 130.
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56
Masalah Agama. 295. - (297)
Bagaimana sekiranya kita terlupa membaca surah al-Fatihah semasa dalam solat?
Jawapan.
Sekiranya meninggalkan rukun dalam solat dilakukan dengan sengaja, maka batallah atau tidak sah solatnya itu. Tetapi jika berlaku dalam keadaan terlupa, tidak batal solatnya. Cuma wajib kita melakukan nya semula (menanmbah) rakaat yang terluupa bacaan al-Fatihah itu, apabil teringat. Contohnya apabila terlupa membaca surah al-Fatihah kemudian teringat semasa ia sedang rukuk, pada masa itu kita perllu bangun semula dan membaca surah al-Fatihah.
Tetapi apabila teringat selepas bangun daripada rakaat pertama, maka perlu diteruskan solat dengan empat rakaat lagi (sekiranya solat itu solat Zuhur, atau Asar atau Isya yang, empat rakaat) kerana rakaat yang pertama tadi tidak dikira sebagai satu rakaat.
Sekiranya teringat sebaik sahaja memberi salam, kita perlu niat masuk semula ke dalam solat dan kerjakan satu rakaat lagi beserta membaca tahayat dan member salam semula, kerana rakaat yang terlupa membaca al-Fatihah itu tidak dikira sah.
Masalah Agama 296.
Apakah hukumnya dengan orang yang semasa solat suka menoleh ataupun memaling muka ke kiri atau ke kanan atau melangut ke atas ?
Jawapan.
Sebenarnya banyak perkara yang dilarang ataupun makruh dilakukan semasa solat. Selain menoleh ataupun memalingkan muka daripada kiblat, ada beberapa perkara lagi yang makruh yang dilakukan dalam solat, antaranya :-
a. Berdiri dengan sebelah kaki.
b. Berada dalam menahankan diri daripada membuang air besar, atau kecil,
ataupun menahan kentut.
c. Bersolat di samping ada makanan atau menangguhkan makan yang tersedia dan
pergi bersolat.
d. Bersolat dalam keadaan mengantuk atau dalam keadaan mabuk.
e. Bersolat dengan memejamkan mata.
f. Menyaringkan bacaan pada tempat yang perlahan ataupun sebaliknya.
g. Menyapu-nyapu muka.
h. Bersembahyang di tempat lalu lintas orang ramai.
i. Terlalu lapar bersolat.
j. Bersandar di tembok ketika solat di tepi dinding.
k. Menggerak tangan atau jari ketika solat.
Masalah Agama 297.
Adakah terbatal solat seseorang itu apabila ia berangan-angan atau mengingtakn sesuatu semasa ianya sedang bersolat?
Jawapan.
Solatnya itu sah dan tidak terbatal, tetapi mengurangkan pahala dan kelebihan solat secara khusyuk. Allah mengutuk orang yang lalai dalam masa melakukan solat. Firman All s.w.t. :
وَلَا تـَكُنْ مِنَ الـْغَافـِلِيْنَ . (الأعرف 205)
”Dan janganlah kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai.” (Al-Ikraf 205).
Sekian dahulu dan diharapkan kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh dan kita benar-benar memahami perkara-perkara yang membatalkannya sama ada solat atau iabadat-ibadat lainnya.
Sekian dahulu dandsudsahu...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.
(Rujukan kitab :Fikah Harian m.s.63)
------------ooooooo-----------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment