Wednesday, December 9, 2009

Dosa besar dan kecil - Siaran 128



CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 128

Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56


Dodsa bersar dan Dosa Kecil.

Ketahuilah bahawasanya dosa itu terbahagi kepada dosa besar dan dosa kecil. Dalam menentukan dosa besar dan dosa kecil telah berlaku pertelingkahan antara para ulama’. Setengan mereka mengatakan tidak ada dosa besar dan dosa kecil, bahkan semuanya dosa itu tingkatannya sama belaka. Sebab setiap penentangan terhadap perintah Allah s.w.t. dan laranganNya dikira sebagai berdosa sahaja.

Tetapi pendapat ini adalah lemah disebabkan adanya firman Allah s.w.t. seperti berikut yaang bermaksud:-

”Jika kamu menjauhi fdosa-dosa besar yang dilarang kamu mengerjakannya nescaya Kami (Allah) hapuskan segala kesalahan kamu dan akan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia”
(Al-Quan surah An-Nisa’ ayat 31)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:-

”Orang-orang yang menjauhi doda-dosa besar dan perbuatan keji, kcuali kesalahan-kesalahan yang kecil”
(Al-Quran surah An-Najmu Aat 32)

Abu Talib al-Maki berkata bilangan dosa-dosa besar itu semuanya berjumlah tyjuh belas iaituhasdil prenyelidkannya dari berbagai Hadis dan Atar:

(1). Empat macam daripadanya berkaitan dengan hati:-

a. Syirik kepada Allah.
b. Berkecimpung terus menerus dalak maksiat.
c. Putus adsa dari rahmat Allah s.w.t.
d. Merasa diri aman dari balasan Allahs.w.t.

(2). Empat macam lagi berkaitan dengan lidah:

a. Bersaksi bohong.
b. Menuduh orang berzina.
c. Melakulan perbuatan sihir.
d. Mengucapkan sumpah palsu.


(3). Tiga macam lagi berkaitan dengan perut:

a. Minum arak.
b. Makan harta anak yatim dengan inanya mererka.
c. Makan riba sedangkan ia taghu riba itu haram.

(4). Dua macamlagi berkaitan dengan alat kelamin

a. Berzina.
b. Melakukan perbuatan lewad.

(5). Dua macam lagi berkaitan dengan kedud-sdua
belah tangannyya. (a) Mencuri (b)Memuku orang.
(6). Satu lagi mengenai melarikan diri dari peperangan.

(7). Satu lagi mengenai menderhaka kepada kedua ibu
bapa.

Dosa-dosa kecil.

Setiap insan pasti telah melakukan berbagai kesalahan atau dosa yang kita sendiri tidak sedar mahupun yang kita sedar. Diantara sebahagian dari dosa-dosa kecil itu ialah:

(1). Mengumpat kepada orang
( 2). Berdengki khianat
( 3.) Bercakap takbur
( 4). Perbuatan riak diri
( 5). Marah dan berdengki
( 6). Berdendam
(7). Tamak dan haloba
(8). Takbur dan bangga diri
( 9). Menipu orang ramai
(10). Memutus solitarahim
(11). Bakhil, kikir dan kedekut
(12). Gibah atau buat fitnah.

Dosa-dosa kecil ini boleh menjadi dosa besar apabila dilakukan terus menerus tanpa hentian. Sebab itu dikatakan bukanlah namanya dosa kecil, dan bukanlah dosa besar pula sesudah
dipohonkan ampun pada Allah s.w.t. dan tidak di ikuti lagi dengan perlakuan dosa-dosa tersebut lagi.

Janganlah kita memandang enting terhadap sesuatu dosa kecil itu, sebab setiap dosa yang dipandang berat dan besar oleh seseorang hamba, teapi menjadi kecil di sisi Allah .sw.t..dan yang dipandang kecil itu tetapi menjadi besar pula di sisi Allah s.w.

Sesungguhnya hendaklah menganggap sesuatu dosa itu sebagai satu perkara yang besar dengan timbul di hati yang kurang senang dan benci terhadap perlakuan dosa itu. Orang mukmin itu akan memandang dosanya seperti gunung di atas kepala yang pada bila-bila masa sahaja akan menimpanya. Orang-orang yang munafiq memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas batang hidungnya lalu di usirkan sahaja.

Sekin dahulu dalam Bab ini, semoga dengan siaran Blog ini dan mereka yang malayari dan membacanya agar mendapat menafaat dan moga-moga mereka tidak akan melakukannya sama ada besar atau kecil. Dan mareka yang telah terlibat dengan pelbagai dosa tersebut hendaklah bertaubat memohon dan memohon keampunan dari Allah s.w.t.Sekian.

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ

-------------ooooo------------





No comments:

Post a Comment