Saturday, December 5, 2009

Merubah keadaan diri sendiri - Siaran 124


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 124


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab (33); ayat 56


Merubah keadaan diri kita sendiri – Siaran 124.

Firman Allah s.w.t. :-

”Sesungguhnya Alah tidak merubah keadan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Al-Quran surah Ae-Ra’d, ayat 11)

Bangunkan disiplin hidup yang bersungguh.

Kita boleh mengeluarkan diri kita dari dibelenggu hidup bergantung dengan meningkatkan disiplin dan usaha. Jika disiplin menguruskan perbelanjaan dengan teliti, meningkatkan keupayaan untuk menabung wang serta mengambil kira setiap hasil kerja dengan tekun dan cermat dapat dijadikan tabiat pada diri kita maka kita boleh melepaskan diri dari bergantung.

Disiplin menguruskan semua sumber hidup hendaklah ditingkatkan. Jangan ada pembaziran dan jangan ada pemborosan. Dan juga jangan ada perasaan riak dan megah hendak tunjuk lagak bagi melakukan perbelanjaan. Setiap sen dan setiap saat mesti diambil kira dengan penuh disiplin. Jangan ada sifat pemboros dan pemalas dengan membuang masa di warong-warong teh tarik atau berselimut mencengkung di tepi-tepi jalan raya pada waktu pagi atau petang.

Revolusi mental perlu dilakukan.

Kita tidak boleh membiarkan sikap malas, suka bertangguh, tidak tunai janji, melaksanakan kerja sambil lewa, berterusan menjadi amalan di kalangan kita. Sikap menunggu bantuan menagih sabsidi, mengharap pertolongan tidak boleh dibiarkan dan misti diubah sekarang. Revolusi mental mengubah sikap demikian bagi melakukan usaha sendiri secara bersendirian atau berkelompok perlu dilakukan.

Ambil inisiatif atau daya usaha sendiri untuk membangun.

Pelbagai ikhtiar boleh dilakukan. Kita tidak harus terus leka dengan bantuan. Di peringkat masyarakat bermacam-macam usaha boleh digerakkan supaya sifat bergantung ini dapat dikikis. Contohnya:-

a. Mengwujudkan pertanian berkelompok dengan menguasahakan tanah-tanah terbiat.
b. Menubuhkan Koperasi serba guna.
c. Menguruskan sistem buang sampah berbayar.
d. Mengwujudkan pusat membaca beryuran.
e. Mengadakan gotong royong menanam pokok.
f. Memelihara kampung dari gejala sosial.
g. Mengadakan kelas agama dan kelas tambahan untuk belia-belia dan murid-murid sekolah.

Terima bantuan tetapi jangan bergantung.

Kita tidak mengatakan bahawa kita harus menolak bantuan , tetapi jika ada peruntukan dan bantuan yang berhak diterima, seperti rumah orang miskin, jalan kampung, jambtan dan sebagai lagi harus diterima malah dituntut, kerana bantuan sedemikian adalah menjadi tanggung jawab pemerintah.

Firman Allah s.w.t. :-

”Dan mereka –hamba-hamba Allah yang berbakti – itu apabila menafkahkan hartanya, maka mereka itu tidak melampaui batas – terlalu boros - fdan tidak pula bersikap kikkir .”
(Al-Quran surah al-Furqan, ayat 67)


Sekian dahulu dalam bab ini, semoga akan dapat membuka minda pembaca sekalian dan juga moga-moga dapat membetulkan perkara tersebut demi untuk masa depan kita bersama.

Wassala mualikum.......!


-------------------oooooooooooooooo------------------------

No comments:

Post a Comment