Monday, November 30, 2009
Menghisab dan meneliti diri sendiri
Gambar menunjukkan Tropical farm di Pulau Pinang.
Setiap pagi setelah solat Subuh,hendaklah kita mengosongkan hati kita dari segala perkara,lalu mengenang nasib dengan berkata kepada diri sendiri: "Aku tidak mempunyai sesuatu benda yang berharga pun untuk diriku selain dari umurku yang banyak sahaja. Setiap kali aku rasa umurku berlanjutan, setiap itulah aku merasa mudaku berkurangan,semakin hari semakin keciwalah aku. Apa amalan yang akau ada, banyak dosa yang aku telah perbuat ketika muda, bilakah akau akan bertaubat dan memohon keampunan Allah.
Aku ada banyak harta, dan wang banyak, runah yang besar, kereta mewah yang cantik, tetapi semuanya itu aku akan tinggalkan. Hanya tiga perkara sahaja yang aku akan bawa iaitu Ilmu yang bermanafaat,sedekah jariah yang aku buat dan anak-anak ku yang aku didik menjadi soleh yang akan mendokan aku.
Demikianlah pesanan yang harus anda pesankan kepada diri mu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment