Wednesday, November 25, 2009

Masalah Agama 265-267 - Siaran ke 109





CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 109.
.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Firman Allah s.w.t:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.


وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)

إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ

وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)

(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran

Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.


MASALAH AGAMA – SIARAN 109.


Masalah 265.

Apakah perbezaannya di antara Fardu ’Ain dan Fardhu Kifayah.?

Jawapan.

Fardhu ’Ain adalah kewajipan yang tertuju kepada setiap peribadi mukallaf, dan mesti dilaksanakan oleh setiap peribadi tersebut. Misalnya Perintah Allah melakukan sesuatu seperti solat, puasa dan sebagainya, mistilah dilakukannya oleh individu tersebut.

Fardhu Kifayah, adalah kewajipan yang tetentu kepada semua mukallaf, dan gugurlah tuntutan itu sebab, jika sudah dilaksanakannya hal tersebut oleh sebahagian atau seorang dari mereka. Kerana yang dimaksud pada Fardhu Kifayah, adalah terlaksananya sesuatu yang diperintah itu, dan tidak memandang orang yang mana melakukannya.

Soalan 266.

Apakah hukumnya seseorang itu menerima wang suap atau rasuah.?

Jawapan.

Suap atau sogok ataupun dikatakan rasuah adalah haram. Baik yang memberi mahupun yang menerima. Jika sabit keharamannya merima dan memberi suap atau rasuah, maka haramlah memakannya, bersedekah dan menyimpannya. Menyimpan dapat menarik kepada memakannya.

Menyedekahkan barang yang haram adalah haram dan tidak diterima dalam hukum syarie. Dan memakanya adalah termasuk makan harta orang lain secara batil. Dan termasuk dalam apa yang dimaksudkan dalam firman Allah s.w.t. pada Suratul al-Baqarah ayat 188, sebagai berikut:-


وَلآ تـَأ ْ كـُلُوْا أ َمْوَا لـَكـُمْ بَيْنَكـُمْ بِالـْبَاطِلِ وَتـُـدْ لـُوْا بِهَا إ ِلىَ الـْحُكـَّامِ لـِتأ ْكـُلـُوْا

فَرِيقـًا مِنْ أ َمْوَالِ النَّاسِ بـِا لْإِ ثْم ِوَأ َنْتـُمْ تـَعْلـَمُونُ.


Artinya: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil, dan janganlah kamu membawa harta itu kepada hakim-hakim, agar kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain, dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui.
(Al-Baqarah, ayat 188).

Ditriwayatkan pula dari Abdullah bin Umar r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda beliau :-

ا َلرَّاشِى وَالـْمُرْ تـَشِىْ فـِى النـَّارِ (رواه الطبرانى)


Artinya: Orang yang menyogok dan yang menerima sogokan itu di dalam neraka. (H.R. al-Tabrani).


Soalan 267.

Bagaimana hukumnya ibu bapa yang membelikan pakaian untuk anak-anak perempuan mereka dengan pakaian di zaman sekarang ini, yang boleh dikatakan setengah telanjang dalam pakaian. Yang mana lebih berat dosanya otrang memakai dan orang yang membelikannya.?

Jawapan.

Memakai pakaian yang kelihatan menampakan aurat,adalah haram. Baik sipemakai yang sudah dewasa, ataupun ibu bapa yang membelikannya. Sama sahaja orang itu, ayah dan emaknya atau orang lain. Ibu bapa yang sudah reda atas kerjadian itu juga turut berdosa, kerana mereka bersyubhat melihat kemungkaran berlaku di hadapan mata mereka.

Tugas menjalankan amar makruf dan nahi munkar ; iaitu menyruh membuat kebaikan dan melarang dari membuat kejahatan menjadi wajib, ditilik dari beberapa ayat al-Quran seperti berikut:

وَلـْتَكُنْ مِنْكُمْ أ ُمَّة ٌ يَدْعُوْنَ إ ِلىَ الـْخَيْرِ وَيَأ ْمُرُوْنَ بِالـْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الـْمُنْكَرِ وَأ ُوْلـَـءِـكَ


هُمُ الـْمُفـْلِهُوْنَ.
(ال عمران 104)


Maksudnya: Wajiblah ada di antara kamu suatu umat atau golongan yang menyuruh manusia kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka itulah orang-orang yang berjaya (bahagia). (Al-Imran ayat 104)


Ayat tersebut jelas sekali menunjukkan kewajipan hukum amar makruf dan nahi munkar. Sebab perkataan وَلـْتَكُنْ yang bermaksud ”wajiblah ada ” merupakan suatu perintah, dan zahir sekali perintah itu menunjukkan kewajipan perkara yang di suruh. Kemudian dalam ayat itu diteranghkan pula perkataan berjaya atau bahagia, yang mana pencapaian tingkat itu bergantung dengan melakukan perintah yang wajib tadi. Perhatikanlah firmanNya وَأ ُوْلـَـءِـكَ هُمُ الـْمُفـْلِهُوْنَ yang maksudnya: ”mereka itulah orang-orang yang berjaya (bahagia). Tenyata padanya bahawa tugas itu merupakan wajib fardu kifayah, bukannya fatdu ’ain, yang mana bila sesuatu umat atau golongan menjalankan perintah atau tugas itu, maka gugurlah kefarduannya ke atas semua.



Sekian dahulu, sehingga berjumpa lagi dalam SDiaran Blog ini penulis mengucapkan:


Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh…..!




------------------------oooooooooooooo----------------------

No comments:

Post a Comment