Friday, November 27, 2009
Mengenal diri melalui rasa hati - Siaran 111
CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/
EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 111.
.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .
اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه
Pendahuluan.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.
Firman Allah s.w.t:-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)
إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ
وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)
(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.
Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan
segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.
MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI.
Islam yang Allah redhakan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruhNya Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin.
Syariat lahir disebut syariat. Syariat batin diserbut hakikat. Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan kombninasi dari paduan antara jasad lahir dan jasad batin.
Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang menggerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita, masing-masing (yang lebih dikenal sebagai roh).
Allah s.w.t. menetapkan bahawa syariat lahir adalah untuk diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin untuk di amalkan oleh jasad batin (roh).
Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa di semua waktu dan keadaan.
Kalau kita mengasingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar, sebab Islam memandang syariat itu sebagai kulit. Manakala hakikat itu ialah intipati atau Allubbu.
Kedua-duanya sama penting dan saling perlu memerlukan ibarat kulit dan isi pada buah-buahan. Kedua-duanya mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri. Tanpa kulit isi tidak selamat malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa-apa. Sebab manusia memakan buah bukan pada kulit tetapi isinya.
Begitu juga hubungan antara syariat dan hakikat. Kedua-duanya mesti diterima dan diamalkan serentak. Kedua-duanya saling isi mengisi dan perlu
memerlukan, Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:
”Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi),
itu tidak membawa erti apa-apa di sisi Allah.
Allah tidak melihat lahitr (rupa dan harta) kamu tetapi
melihat hati dan amalan kamu.”
Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit) maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah s.w.t.. Hakikat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperolehi apa-apa langsung hatta Islam kita akan rosak tanpa sedar. Berkata Imam Malik r.a.
من تفقه ولم يتصوف فهو فاسق.
ومن تصوف ولم يتفقه فهو زندي.
Ertinya: :Barangsiapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barangsiapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka ia adalah kafir zindiq.”
Ertinya kita mesti mengamalkan kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasiq. Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan oleh syariat, maka hakikat kita akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindiq (kafir tanpa sedar).
Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan ada keduanya, hakikatlah yang lebih utama. Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
“Allah tidak memandang lahir (rupa dan harta)
kamu tetapi memandang hati dan amalan kamu”
(H.R. sahih Bukhari dan Muslim).
Bukanlah syariat itu tidak dituntut bahkan syariat juga adalah hukum-hukum yang fardhu yang wajib diamalkan oleh semua umat Islam. Cuma dalam keadaan keduanya (syariat dan hakikat) itu sama-sama diamalkan. Allah memberi keutamaan pada amalan kulit dan isi buah (walaupun sama pentingnya) tetapi manusia memberi keutamaan pada isi sebab ia boleh dimakan.
Begitu peranan hakikat amenjadi penentu kepada berakhlak tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia. Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampir dengan Allah, sentiasa merasakan kebesaran Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorang zahid yang dapat mengorbankan dunianya untuk Tuhannya.
Seorang zahid juga seorang yang mampu mengasihi semua manusia, bersedia untuk susah untuk manusia dan yang bakal menyelamatkan manusia dari tipuan dunia, nafsu dan syaitan. Sebaliknya orang yang lemah dalam amalan batin adalah orang yang jauh (terpisah) hatinya dengan Allah (tidak takut dengan Allah, tidak malu, tidak harap, tidak cinta Allah, tidak redha dan tidak sabar), kurang beradab dengan Allah (penuh hasad, sombong, bakhil, dendam, dan pemarah) dan seorang pencinta dunia yang bekerja keras untuk dunianya.
Orang begini selalu dibelenggu oleh kecintaannya itu hingga menjadikan dia takut untuk berjuang dan berjihad untuk agama Allah dan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Orang yang tidak berhakikat (sekalipun sembahyangnya banyak, puasa, baca Quran dan gigih berjuang) adalah orang yang kurang berakhlak dengan Allah dan kurang berakhlak dengan manusia. Kekurangan pada amalan batin inilah yang menjadikan orang-orang yang tidak berakhlak itu selalunya mati dalam dosa yang tidak sedar. Mungkin dosa kerana buruk sangka dengan Allah, putus asa, tidak redha dengan takdir Allah dan dosa kerana merasakan amalan lahirnyalah yang bakal menyelamatkannya dari neraka Allah.
Rasa riak, ujub atau rasa diri bersih itu adalah dosa batin yang tiada siapa yang nampak walaupun yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya kecuali oranng yang mempunyai basiurah (pandangan tembus) sahaja yang boleh mengesannya.
Nanti di akhirat bila Allah dedahkan kesalahan (dosa dosa batin) baru dia terkejut tersentak. Ulama’ tasawuf berkata :
”Bialah sedikit amalan beserta takut pada Allah itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi tiada rasa takut dengan Allah. Lebih baik orang yang sentiasa merasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa tenang dengan amalan itu.”
Firman Allah s.w.t. :-
يَوْم َلآ يَنفَعُ مِالٌ وَلآبِنُونَ .
إِلا َّ مَنْ أَتىَ للهَ بِقـَلـْبِ سَلِيمٍ.
“Hari kiamat ialah hari di mana harta dan anak-anak tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah dengan membawa hati yang selamat sejahtera.” (Asy-Syuaraa, ayat 88-89)
Hati yang selamat sejahtera ialah hati yang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah s.w.t.. Hati yang sentiasa merasa sihat dalam sakit, kaya dalam miskin, ramai dalam kesaorangan, lapang dalam kesempitan dan terhibur dengan apa sahaja ujian kerana dia bersikap redha dengan apa sahaja pemberian Tuhannya.
Untuk memperolehi hati yang begini, kita misti bersungguh-sungguh melawan hawa bafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin (syariat dan hakikat). Kedua-duanya akan saling kawal mengawal untuk mengangkat kita ke taraf taqwa. Syariat dan hakikat mendidik dan memimpin kita menjadi seorang insan yang kamil yang mampu memenuhi keinginan dan keperluan fitrah semulajadi manusia secara suci lagi mulia.
Orang beginilah yang Allah maksudkan sebagai golongan as-saddiqin atau golongan al-ariffin. Sifat mereka Allah senaraikan dalam surah Al-Furqan ayat 63 hingga 74 seperti berikut . :-
وَعِبَادَالرَّحْمَنِ الـَّذِينَ يَمْشُونَ عَلىَ الْا َرْضِ هَوْ نـًا
وَإِذَا خَا طَبَهُمُ الْجَهِلـُونَ قـَالـُوا سَلـَمًا.(63)
“Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan.”
وَالـَّذِينَ يـبِيتُونَ لـِرَ بِّهِمْ سُجَّدًاوَقـِيَمًا. (64)
“Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka (orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah).”
وَالـَّذِينَ يَقُولـُونَ رَبـَّنـَا اصْرِفْ عَـنـَّا عـَذَابَ
جَهَنـَّمَ إِنَّ عـَذَا بَهـَا كـَانَ غـَرَامـًا (65).
“Dan orang-orang yang berkata : “Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam dari kami. Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.”
إِنَّهـَـا سـَـآءَتْ مُسْتـَقـَرا وَمُقـَـا مـًا. (66)
“Sesungguhnya jahanam (neraka) itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.”
وَالـَّذِينَ إِذَا أ َنْفِـقُـوْا لـَمْ يُسْرِ فـُوْا وَلـَمْ يـَقـْتـُرُوْا
وَكـَـانَ بَيـْنَ ذّلـِـكَ قـَوَامـًـا. (67)
“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian."
وَالـَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللهِ إِلـَهًا ءَاخَرَ
وَلَا يَقـْتُلـُونَ النـَّفْـسَ الـَّتِى حَرَّمَ اللهُ
إِلا َّبِالـْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ج وَمَنْ يَفْعَلْ
ذَلِـكَ يَلـْقَ أ َثـَا مـًـا ج.(68)
“Dan orang-orang yang tidak menyembah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina. Barangsiapa yang melakukan yang demikian itu nescaya dia mendapati pembalasan dosanya.”
يُضَعِفْ لَهُ الـْعَذَابُ يَوْمَ الـْقِيَمَةِ
وَيَخْلـُدْ فِيهِ مُهَا نـًا. (69)
“Yakni akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina.”
إِلا َّمَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلا ً صَلِحًا
فـَأ ُ وْلـَءِـكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيـِّءـَاتِهِمْ
حَسَنَتٍ وَكـَانَ اللهُ غَـفُورًارَّحِيمـًا.(70)
“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, kejahatan mereka Allah gantikan dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
وَمَنْ تَابَ وَعَمِلَ صَلِحًا فـَإِ نـَّهُ
يَتُوبُ إِلىَ اللهِ مِتَابـًا. (71)
“Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh maka sesungguhnya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.”
وَالـَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا
بِالـَّلغْوِ مَرُّوْاكِرَامًا. (72)
“Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya.”
وَالـَّذِينَ إِذ َاذ ُكـِّرُوا بِـءَـا يَتِ رَبِّهِمْ لـَمْ يَخِرُّوا
عَلـَيْهَا صُمًّا وَعُمْيـَا نـًا. (73)
“Dan orang-orang yang apabila diberi ingatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.”
وَالـَّذِينَ يَقُولـُونَ رَبَّنـَا هَبْ لـَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذ ُرِّيَتِنـَا
قُـرَّةَ أ َعْيُنٍ ج وَاجْعَلـْنَا لِلـْمُتـَّقِينَ إِمَامًا.(74)
“Dan orang-orang yang berkata: “ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Merekalah orang-orang yang bertaqwa yang akan memperolehi ketenangan hidup di dunia dan di akhirat. Tempat untuk kita mempelajari dan mencontohi kehidupan yang berbahagia ini ialah kehidupan “salafussoleh”.
Mereka telah menjalani suatu kehidupan yang menerima dan mengamalkan sepenuhnya kehendak syariat dan hakikat. Dan hasilnya mereka (salafussoleh) menjadi orang-orang yang bahagia lagi membahagiakan orang lain.
Sejarah 15 abad yang silam memberitahu kepada kita bahawa tiga-per empat dunia menjadi tenang, aman dan damai di bawah pentadbiran mereka. Dan kawan mahupun lawan terasa selamat berada dalam kekuasaan mereka.
Demikianlah ini satu kenyataan bahawa kiranya manusia patuh menjalani syariat lahir dan batin, selamat dan berbahagialah mereka di dunia dan akhirat.
Firman Allah s.w.t. :-
وَعَدَ اللهُ الـَّذِينَ ءَامَنُوْا مِنْكُمْ وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ لـَيَسْتَخْلِفـَنـَّهُمْ
فِى الْأ َرْضِ كَمَا اسْتَخْلـَفَ الـَّذِيْنَ مِنْ قـَبْلِهِمْ وَلـَيُمَكـِّنَنَ لـَهُمْ
دِينَهُمُ الـَّذِىْ اَرْتَضَى لـَهُمْ وَلـَيُبـَدِّ لـَهُمْ مِّنْ بَعـْدِ خَوْ فِهِمْ أ َمْنَا
يَعْبُدُونَنِى لَايُشْرِكُونَ بِى شَيـْءـًا ج وَمنْ كـَفَرَ بَعـْدَ ذ َلِكَ فـَأ ُوْلـَءِكَ هـُم ُ الـْفـَسِقُونَ .
(النور-اية 55)
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang fasik.” (An-Nur: ayat 55).
Sekian dahulu dalam bab ini dan penulis akan menyambung lagi dalam masa yang terdekat. Sehingga itu diucapkan:
Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh….!
--------------------------oooooooooooooooooo-------------------------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment