Wednesday, November 18, 2009

Kelebihan HariJumaat - Siaran 96


CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 –4807767 ( Rumah 05- 7163954.)
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 96.
.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه



Pendahuluan.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا

تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.

Kelebihan Hari Jumaat Dan Sembahyang Jumaat Dan Kelebihan Mandi Dan Memakai bau-bauan yang diharus oleh syara’ pada hari Jumaat.
-------------------------------

Sabda Rasuliullah s.a.w. :-

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ : خَيْرُ يَوْم ٍطَلـَعَتْ عَلـَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الـْجُمُعَةِ فيه خُلِقَ آدَمُ,

وَفِيهِ أ ُدْخِلَ الـْجَنَّةَ, وَفِيهِ أ ُخْرِجَ مِنْهَا, مَنْ تـَوَضَّأ ْ فأ َحْسَنَ الـْوُضُوءَ, ثُمَّ أ َتىَ الـْجُمُعَةُ فَاسْتَمَعَ

وَأ َنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الـْجُمُعَةِ, وَزِيَادَةُ ثـَلَاثـَة ِ أ َيَّامِ وَمَنْ مَسَّ الـْحَصَا فَقـَدْ لـَغَا,

لـَيَنـْتَهـِيَنَّ أ َقـْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِم ُ الـْجُمَعَاتِ, أ َوْلـَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلـَى قـُلـُوْ بِهِمْ لـَمْ لـَيَكـُو نَنَّ مَنَ

الـْغَافَلِينَ. (رواه مسلم)

Bermaksud:

Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Bermula sebaik-baik hari yang terabit padanya matahari ialah hari Jumaat, padanya dijadikan Nabi Adam a.s., dan padanya di masuk akan dia ke syurga, dan padanya dikeluar akan dia dari syurga.

Barang siapa mengambil wuduk dengan sempurnanya, kemudian datang sembahyang Jumaat, maka mendengar ia akan khutbah dan diam ianya, tidak berkata-kata di waktu khatib berkhutbah, nescaya terampun dosanya di antara Jumaat ke satu Jumaat lebih tiga hari. Dan barang siapa bermain-main seumpama anak batu, misalnya. Laghalah ia (di waktu khutbah).

Hendaklah berhenti oleh kamu dari meninggal Jumaat, tidak pun dibiar oleh Allah s.w.t. akan mati hati mereka (kalau tinggal juga sembahyang Jumaat) kemudian jadilah mereka daripada orang yang lalai.
(H.R. Muslim ).


Sekian dahulu, dan diucapkan:

Wassala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh…..!

(Rujukan:Kitab Tajzibu Athrif Al-Hadith (تجذيبطر الحديث,( m.s. 427)



----------------------------ooo000ooo--------------------

No comments:

Post a Comment