Tuesday, November 17, 2009

Jauahkan Arak dan Judi - Siaran 93







CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 –4807767 ( Rumah 05- 7163954.)
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 93
.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه



Pendahuluan.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56).


Firman Allah s.w.t. (226)

يَـآاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْ اِنَّمَا الـْخَمْرُ وَالـْمِيْسِرُ وَالْاَنْصِابُ وَالْا ْزْلا ًمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتـَنِيـُبوْهُ لـَعَلـَّكُمْ تُفـْلِحُوْنَ (90) ا ِنَّمَا يُرِيْدُ الشَّيْطَانُ اَنْ يُوْقِعَ بَيْنَكُمْ الـْعَدَاوَةَ وَالـْبَغْضَآءَ فِى الـْخَمِرَ وَالـْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ. فَهَلْ اَنْتـُمْ مُنْتَهُوْنَ. (91). الماءـده 90-91).
Maksudnya: “Wahai mereka yag beriman.! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan judi yang ditilik pada anak panah yaitu semuanya keji yaitu daripada pekerjaan syaitan, maka jauhilah akn dia moga-moga kamu dapat kemenangan. Sesungguhnya kehendak syaitan itu bahawa menjatuhkan di antara kamu itu, berseteru-seteru dan berbenci-benci. Pada arak dan judi dan menggalangkan kamu daripada mengingatkan Allah dan daripada sembahyang, maka hendaklah kamu berhenti daripada sekalian itu.

Ulasan:

Difahamklan daripada ayat tersebut Allah s.w.t. menegahkan kamu daripada minum arak dan bermain judi dengan apa jenisnya sekalipun, kerana itu semuanya pekerjaan syaitan yang keji dan amalan syaitan. Dan juga syaitan itu berkhendak menjadikan kamu itu berseteru-seteru dan berbenci-benci di antara satu dengan yang lain, dan lagi pekerjaan itu menggalangkan daripada ingat hati kepada Allah s.w.t., lebih-lebih lagi daripada sembahyang. Maka semuanya itu menarikkan kamu kepada kebinasaan dan membawakan kamu kelembah kehinaan. Oleh yang demikian hendaklah kamu jauhkan daripadanya. (Al-Quran Surah al-Maiadah ayat 90 dan 91). 226.

Sekian dahulu,

Wassala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh....!



---------------------oooooooooooooooooooooooooo---------------------

No comments:

Post a Comment