Sunday, November 22, 2009

Manusia yang Dermawan dan Bakhil - Siaran ke101






CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 101.
.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه



Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Manusia yang Dermawan dan Bakhil.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.


وَالـَّيْلِ إ ِذَا يَغْشَى (1) وَالنَّهَارِ إ ِذَا تَجَلىَّ (2) وَمَا خَلَقَ الذَّكـَرَوَالْأ ُنْثىَ (3) إ ِنَّسَيَعْيَكـُمْ

لـَشَتىَّ (4) فـَأ َمَّا مَنْ أ َعْطىَ وَاتـَّقىَ (5) وَصَدَّقَ بـِالـْحُسْنىَ (6) فَسَنُيَسَّرُهُ لِلـْيُسْرَى (7) وَأ َمـَّا

مَنْ بَخِلَ وَاسْتـَغْنىَ (8) وَكـَذَّبَ بـِا لـْحُسْنىَ (9) فَسَنُيَسِّرُهُ لِلـْعُسْرَى (10) وَمـَا يُغـْنِى عَنـْهُ مَالـَهُ

إ ِذَا تَرَدَّى (11).


1. Demi malam apaila menutupi (cahaya siang).

2. dan siang apabila terang benderang.

3. demi penciptaan laki-laki dan perempuan,

4. sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda.

5. Adapun orang yang membelanjakan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa,

6. dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga).

7. Dan Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.

8. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya serba cukup,

9. serta mendustakan pahala yang terbaiki,

10. maka kelak Kami akan menyiapkan (baginya) jalan yang sukar.

11. Dan hartanya tidak memberikan apa-apa manfat kalau (nasib
dirinya sendieri) celaka.


Sebab Turun Ayat 5.


12. Firman Allah s.w.t. ( bermaksud) ” Adapun orang yang membelanjakan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa,” dari Ibn Jarir katanya ” bahawa Abu Bakar r.a. memerdekakan hamba-hamba yang memeluk Islam di Makkah. Beliau telah memerdekan golongan yang lemah dan wanita apabila mereka memeluk Islam.

Abu Qahafah, bapanya menyatakan kepadanya: ”Wahai anakku! Aku dapati engkau telah memerdekakan manusia yang lemah. Bagaimana kalau engkau bebaskan lelaki yang gagah, mereka boleh berada di sisimu, mempertahankan dan membantu mu dan membela mu. Maka Abu Bakar menjawab: ”Memang benar wahai ayah ku, sesungguhnya aku hanya mencari keredaan Allah” Maka turunlah ayat ini iaitu firman Allah s.w.t. ayat 5. di atas.

13. Tafsir dan Ulasan

Firman Allah s.w.t. dalam ayat (5) bermaksud; ” Adapun orang yang membelanjakan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa” – Maksudnya siapa yang nenafkahkan hartanya ke arah kebajikan dan kebaikan, menghindari larangan dan apa-apa yang Allah haramkan, menyakini janji Allah tentang ganjaran keimanan dan ganjaran berbuat baik, nescaya Allah akan memudahkan mereka menunaiukan segala taklif dan arahan Allah – baik yang bersifat arahan berbuat mahupun arahan supaya meniggalkan perbuatan tertentu.

Allah juga akan menyediakan pedoman yang memudahkan mereka melakukan amalan kebaikan disamping memudahkan mereka berbelanja ke jalan kebaikan serta mematuhi perintah Allah.


14. Firman Allah di dalam ayat 8 hingga 11 yang bermaksud: ” Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya serba cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan (baginya) jalan yang sukar. Dan hartanya tidak memberikan apa-apa manfaat kalau (nasib dirinya sendiri) celaka.

Barangsiapa Yang bersikap bakhil terhadap hartanya, tidak mahu membelanjakanya ke jalan kebaikan dan merasa cukup dengan nafsu syahawat di dunia dari kesenangan di akhirat, tidak peduli ganjaran pahala dan kurnia Allah, disamping itu mendustai hari pembalasan diakhirat maka Allah akan menyediakan untuknya kesempitan serta jalan yang payah yang tidak menghasilkan sesuatu melainkan kejahatan sehingga menjadikannyta sukar menemui jalan-jalan kebaikan dan kemuliaan.


15. Mereka juga akan menjadi lemah untuk melaksanakan amalan kebaikan sehinggalah menemui siksaan api neraka. Manakala harta yang disimpan lantaran kebakhilan itu tiada sedikitpun mampu menyelamatkan mereka apabila diri mereka di humban ke dalam neraka.


Sekian dahulu buat sementra waktu, dan akan kembali semula dalam Siaran akan datang. Diucapkan:

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!



-----------------------ooooooooooooooo---------------------------

No comments:

Post a Comment